TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BANDAR MELBOURNE

By | 2/10/2015 09:04:00 am 15 comments
Kalau diberi pilihan, antara Sydney atau Melbourne .. Aku pilih MELBOURNE. Walaupun bandar Melbourne tidak sepadat bandar Sydney tetapi suasana di Melbourne lebih ngam dengan jiwaku. Mungkin kerana di Melbourne mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi khususnya di kawasan luar bandar. Hurm.


Berada di Melbourne selama 5 hari, memang syok gilaaaa !!! Rasa macam taknak balik pun ada. Huuu. Walaupun travel secara solo ke Melbourne, tapi seriously .. tak rasa bosan walau sesaat pun berada di sini. Bayangkanlah, 5 hari tu pun masih ada tempat yang aku tak sempat nak pergi. Simpan jela untuk masa hadapan. *Ayat sedapkan hati.. hahaha*.

Jadi hari ni, aku nak berkongsi 20 TEMPAT MENARIK DI BANDAR MELBOURNE yang boleh korang pergi. Pssstt, banyak lagi tempat menarik sebenarnya, tapi cukuplah 20 tempat dulu. Kang nak cerita semua, sampai besok pun tak habis. Kan? Kan? =P


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BANDAR MELBOURNE

1) Degraves Street

Degraves Street antara lorong yang terkenal di Melbourne. Dinamakan sempena Charles and William Degraves, kawasan ni jadi tumpuan pelancong dan merupakan salah satu tempat yang dihighlightkan kat poskad pelancongan Melbourne. Sepanjang Degraves Street ini juga mempunyai restoran, kafe, kedai dan lain-lain lagi.  Eh, kedai jual lukisan pun ada. Yang ni mesti Encik H suka. :)


2) Flinders Street Station

Tak sahlah gambar Melbourne korang kalau takde ambil gambar depan Flinders Street Station ni. Hewhew. Fliders Street Station ni sebuah stesen keretapi yang aku rasa boleh tahan sibuknya. Kalau nak amek video dalam mode Lapse, memang sesuailah amek kat sini. Mula dibuka pada tahun 1910, Flinder Street Station ni menghubungkan keretapi-keretapi di bandar Melbourne ni.


3) Birrarung Marr

Antara port favourite aku adalah Birrarung Marr. Kat sini tenang setenang-tenangnya. Sesekali korang boleh tengok orang berjogging secara group dalam jumlah yang ramai. Dibuka pada tahun 2002, Birrarung Marr ni sebuah taman yang terletak di tebing utara Sungai Yarra. Kalau nak tengok abam-abam sado berkayak atau berjogging, mehlah ke sini. Hahaha.


4) Queen Victoria Market

Kata orang kalau ke Melbourne, jangan lupa singgah Queen Victoria Market. Kata oranglah. Tapi bagi aku biasa-biasa je. Berkeluasan kira-kira 7 hektar dan mula dibuka pada tahun 1878. Dah lama tu...!! Selain dari jual makanan, kat sini juga ada jual perhiasan rumah, pakaian, souvenir dan lain-lain lagi. Harga pun boleh tahan murah berbanding kat luar.


5) Bourke Street

Wahai shopaholic sekalian, jangan lupa ke Bourke Street. Hahaha. Kat sini ada pelbagai jenis kedai baju yang semestinya lagi best, lagi mengancam dan lagi wow. Hahaha. Oh ya, H&M kat sini besar gila. Aku suka rekabentuk bangunan H&M tu. Fyi, kat jalan-jalan Melbourne pasti ada 'Little'. Contoh Bourke Street, ada Little Bourke Street. Haa, kat situlah ada restoran femes, Blok M. 


 6) Melbourne Town Hall

Salah satu kegemaran aku bila ke negara Mat Salleh, visit Town Hall dia. Hahaha. Entah kenapa weird sangat tabiat ni. Baik di eropah mahupun di Australia. Sebab setiap Town Hall mempunyai struktur rekabentuk yang menarik. Belum pernah jumpa Town Hall yang buruk. Hahaha.


7) Horsier Lane

Kalau kat Malaysia ni, dah dikategorikan sebagai vandalisme. Tapi lain pula citernya kat Melbourne ni. Seriously sana sini ada tulisan-tulisan macam ni. Naik rimas pun ada. Kalau lukisan 3D macam kat Penang tu boleh diterima jugakan? Tapi bila dah banyak-banyak dan dikumpulkan kat satu lorong, boleh tahan juga cantiknya. Boleh dijadikan sebagai port amek gambar. Hahaha. Eh, kat Horsier Lane je tau. Kat tempat lain macam merapu je. T_T


8) Federation Square

Federation Square ni kira macam Dataran Merdeka Kuala Lumpur lah. Kat sini kalau ada event, memang meriah gila. Menjadi tempat pertemuan orang-orang di sini dan bertentangan dengan Flinders Street Station. Mula dibuka pada tahun 2002, tempat ni tak pernah lengang dengan kehadiran manusia.


9) Yarra Footbridge

Memula aku macam nak abaikan Yarra Footbridge ni memandangkan ia macam biasa-biasa je. But actually bila dah sampai kat tengah-tengah jambatan ni, macam ada sesuatu yang meresap kat dalam jiwa. Secara spontan korang akan rasa kagum dengan pemandangan sekitar Yarra Footbridge ni. Budaya padlock pun dah merebak ke Yarra Footbridge ni. Lol!


10) Shrine of Remembrance

Suka sejarah?? Datanglah sini. Kalau tak suka pun, datang juga. Tempat ni sangat cantik. Shrine of Remembrance yang terletak di Kings Domain di St Kilda Road ini pada mulanya dibina untuk memperingati mereka (lelaki dan wanita) yang telah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama. Tetapi kini digunakan sebagai tempat memperingati semua yang telah berkhidmat semasa perang. Shrine of Remembrance ini juga antara memorial perang terbesar di Australia


11) St Kilda Beach

St Kilda Beach ni pantai favourite aku di Melbourne. St Kilda Beach ni sangat-sangat cantik di waktu sunset. Dengan warna langit seakan-akan berwarna pink dan diserikan lagi dengan kehadiran seagull yang jinak. Bila je matahari berlabuh pergi, bolehlah korang ke jeti pula melihat penguin-penguin liar di celah-celah batu. Lihat bagaimana kehidupan sebenar penguin-penguin ini. Manyak syok!


12) Brighton Beach

Masa kecik-kecik dulu, kalau ingat Melbourne je pasti teringat bathing boxes yang berwarna warni ni. Lokasinya takdelah di tengah-tengah bandar Melbourne. Korang kena naik keretapi di Flinders Street Station dan amek train Sandringham Line. Perjalanan mengambil masa kira-kira 25 minit. Kalau tanya aku, kat Brighton Beach ni biasa-biasa je. Best lagi Pantai St Kilda.


13) Melbourne Central Railway Station

Stesen keretapi bawah tanah di Melbourne ini dikendalikan oleh Metro yang menghubungkan antara bandar dan kawasan-kawasan lain. Ia dinamakan sempena shopping mall, Melbourne Central Shopping Mall. 


14) Albert Park Grandprix Circuit

Terletak berdekatan dengan tempat penginapan kedua aku di Mercure Hotel Albert Park. Nak dijadikan cerita, aku punyalah cari kat mana lokasi dia. Ku ingatkan macam kat Sepang tu, rupa-rupanya Australia F1 Grand Prix ni menggunakan litar jalanan je yang dilalui oleh orang awam setiap hari. Hahaha, nampak sangat bukan peminat F1. Kihkih.  Tapi litar ni cantik, sebab ia mengelilingi tasik buatan manusia, Albert Park Lake. Best lepak sini petang-petang.


15) Eureka Skydeck Tower

Nak tengok bandar Melbourne dari atas?? Datanglah ke Eureka Skydeck Tower. Panorama yang pasti buat korang teruja. Actually lagi best kalau naik hot air balloon. Tapi mahalnya!! Tak mampu den. So, nak jimat naik jelah Eureka Skydeck Tower ni. Hehehehe.


16) Melbourne State Library

Kat dalam ni mesti ada student Malaysia. Percayalah! Eh tetiba. Dah tatau nak pergi mana, pergila melawat Melbourne State Library ni. Bangunan lama yang dibina pada tahun 1856 ni tersergam indah di Swanston Street. Sambil-sambil tu bolehlah singgah makan churros di San Churro yang terletak bersebelahan dengan Melbourne State Library ni.



17) Chinatown Melbourne

Chinatown memang tak boleh dipisahkanlah dengan bandar. Pergi je memana pasti ada Chinatown. Memandangkan aku rasa tempat ni macam lebih kurang sama je dengan Chinatown di tempat lain, so aku tak explore banyak. Sekadar bergambar di hadapan ni je. Hahahaha.



18) St Paul's Cathedral

Antara bangunan lama di Melbourne, St Paul's Cathedral ni dibina pada tahun 1836. Terletak bersebelahan dengan Federation Square. Aha!



19) Melbourne Star Observation Wheel

Asyik-asyik observation wheel, asyik-asyik benda ni. Tak perlu kata apa-apa. Naik je lah Melbourne Star ni dah alang-alang sampai sini. Hewhew.


20) Rod Laver Arena

Secara kebetulan masa aku pergi tu tengah ada acara Australian Open 2015. Tapi aku tak tengoklah, memandangkan aku bukan die hard fan sukan tenis. Hahaha. Rod Laver Arena ni menjadi tumpuan seluruh dunia setiap kali kejohanan sukan tenis (Australian Open) diadakan. 


Best ke tak best Melbourne ni? Bagi aku best!!! Nanti aku cerita pasal trip ke The Great Ocean Road pula eh. Ini baru teaser. Ada banyak lagi benda menarik kat Melbourne ni. Yang pasti, aku tak sabar nak pergi ke sana lagi. Best sangat!!!

Happy Holiday~ 
______________________________

Terima kasih Tunehotels kerana menaja penginapan Kisah Tatie di Melbourne CBD selama 3 hari 2 malam sebelum Kisah Tatie berpindah ke Hotel Mercure Albert Park. 

Newer Post Older Post Home

15 comments:

  1. nice sharing..insyallah akan ke sana juga :)

    ReplyDelete
  2. Penginapan bajet utk family ada x?

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg menarik,in shaa Allah akan ke sana tahun depan bercuti bersama keluarga.

    ReplyDelete
  4. awak....camne nak pergi ke Kilda Beach tu kalau kita stay kat tgh town melbourne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi
      naik tram. tapi kena bayarla. kalau dalam cbd free.

      Delete
  5. Hai sis..kalau xkesah..bley whatsapp sy x... nk tanya pasal kat melbourne... 01115606084

    ReplyDelete
  6. Haii, mau tanya bagaaimana buat visa australia nya?
    Dlu tinggal d hotel mercure gmn? Hotelnya bersih?
    Trims

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply online .. 20usd je .. Siap satu hari make sure ada credit card

      Delete
  7. bestnye sis..sya nk pergi soon =)

    ReplyDelete
  8. Jangan delete blog ni, nak buat rujukan utk honeymoon april 2017 hehe, Thx ya for infi ;)

    ReplyDelete
  9. Transport sndri ke ? Sewa kereta ke?
    Sehari bleh pegi berapa tempat eh?

    ReplyDelete
  10. nice sharing, boleh plan nak gi disember ni, tqvm

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane