Aku memang sentiasa dahagakan percutian. Kata orang, sah budak ni kena gigit dengan travel bugs. Biar penat sampai mengensot-ensot, tapi kat otak ni masih berlegar-legar ke mana destinasi seterusnya. Sampai macam tu sekali. Siyes!
Lagi best kalau dapat bercuti secara mewah dan exclusive kan? Kalau kerap sangat bercuti mewah boleh botak kepala ni. Tapi sesekali takpela juga. Once in a bluemoon gitew sebagai reward kepada diri sendiri yang dah penat membanting tulang cari rezeki. Hewhew.
Apakata kita naik Blue Dolphin Cruise kat Langkawi. Memang tersangat exclusive especially mereka yang nak beromantik laki bini celebrate tarikh-tarikh penting seperti anniversary atau birthday bolehlah ke sini. Memang romantik sangat. Awww~
Refreshing Towel As Usual
Kalau fikir mengenai harganya, memang sampai ke sudah tak merasa. Tapi apa salahnya hadiahkan sesuatu buat mereka yang tersayang. Si suami dah penat bekerja cari duit dan si isteri dah penat menguruskan hal rumahtangga. Why not bagi pasangan korang reward? The moments together is more expensive than the value of the money.
Blue Dolphin ni kepunyaan NAAM Langkawi. Masih ingat entry lepas pasal parasailing di Langkawi? Yes, both adalah under one company. Kalau nak bercuti secara mewah dan exclusive di Langkawi, contact je NAAM. Memang tak menghampakan service diorang ni.
Pssst, dengar cerita NAAM baru dapat satu pulau di Langkawi dan bakal dinamakan sebagai NAAM Island. Pulau tersebut bakal dijadikan sebagai satu pulau yang giat dengan pelbagai aktiviti air. Berbalik pada kapal Blue Dolphine ni, aku memang teruja naik kapal ni. Lebih-lebih lagi bila dapat naik free. Hahaha.
Pelancong Disambut Dengan Kalungan Bunga
Dan Dihiburkan Dengan Alunan Muzik
First sekali mestilah taklimat keselamatan. Ala-ala naik flight. Tapi berbeza caranya. Naik flight di udara, naik Blue Dolphin di atas air. Haha.
Siapa pemilik NAAM Langkawi ni? Jangan terkejut tau sebab dia bukan berasal dari Langkawi atau Kedah tetapi dari negeri lain. Kata staff kat situ, dia anak kelahiran Negeri Sembilan. Dia yang dimaksudkan adalah Dr Ravi Ponniah, Founder dan Chairman NAAM Sdn Bhd.
Taklimat Keselamatan
Sebenarnya, lagi meriah naik ramai-ramai kat atas Blue Dolphin ni. Suasananya lagi havoc berbanding naik berdua. Berdasarkan pengalaman aku la. Lagipun kalau naik beramai-ramai, takdela rasa 'sakit' sangat nak keluarkan duit. Macam tak biasa pula tong-tong duit. Huh!
Lunch Di Blue Dolphin
Captain pula kejap di bawah, kejap di atas. Dalam pada serious, dia seorang yang sangat friendly. Siap suruh kitorang try mengemudikan Blue Dolphin ni sekali. Haha.
Kapal Blue Dolphin ni mempunyai 3 bilik. Setiap bilik mempunyai toilet yang tersendiri. Sangat selesa dan memang very classy. I like..!! Kot-kot nak berehat ke, privasi ke, mandi ke, bolehlah guna bilik-bilik ni. Bestnyaaaa... Eh, birthday aku dah nak dekat. Ehem.
Jom Ke Bawah
Bilik Pertama
Bilik Kedua
Bilik Ketiga
Toilet Di Salah Satu Bilik Yang Ada Jacuzzi
Berehat Sebentar
Lepas makan, kita lepak kat atas pula. Orang yang menyanyi semasa kedatangan kami memula tadi tak terhenti begitu saja, diorang continue di bahagian atas. Sporting habis kengkawan aku ni. Ada yang menari lah, main alat muziklah dan lain-lain lagi. Sangat fun!
Me?? Kira Berapa Kuntum Bunga Kat Dalam Kalung Ni. Lol!
Suasana Semakin Panas Dan Panas
Habis kat situ, kita layan pemandangan pula. Haha. Kapal ini mengelilingi pulau-pulau cantik di sekelilingnya. Dapatlah layan kejap kat bahagian hadapan. Ambil mood dan sambil feeling-feeling kejap. Hahaha. Langkawi sangat cantik dan suasana yang sangat menenangkan. Jauh dari kesibukan kota, udara yang segar dan of course, sejuk je hati bila melihat pemandangan yang memukaukan. Boleh imagine tak? Hikhik.
Sedar tak sedar, masa berlalu begitu cepat. Eh, kejapnya masa?? Ala, ini yang tak syok. Tengah-tengah best tetiba dah nak sampai ke penghujung. Entah bila lagi dapat merasa naik kapal mewah ni. By the way, pengalaman ni sangatlah best dan sangat bermakna.
Lebih-lebih lagi dapat melihat pemandangan indah. Pemandangan indah ni takkan dapat dilihat dengan menaiki ferry Langkawi atau lain-lain lagi. Hanya dengan menaiki bot atau kapal sebeginilah, korang dapat explore ke pulau-pulau kecil di sekeliling Langkawi.
Muka Sedih Nak Meninggalkan Blue Dolphin Termasuk Pengarah Tourism Kedah
Tamatlah sesi lunch kami di atas kapal Blue Dolphin sambil mengelilingi pulau. Alhamdulillah. :)
Terdapat beberapa pakej menarik yang ditawarkan oleh NAAM Langkawi untuk Blue Dolphin ni, antaranya seperti :
3.5 Hours Untuk RM18000
4 Hours Untuk RM20000
8 Hours Untuk RM36000
Thank you Tourism Malaysia Kedah. I hope dapat naik lagilah kapal Blue Dolphin ni. Hahaha. ;)
Info lanjut? Layari :
NAAM Langkawi
Mak aih! Meleleh darah hidung bila tengok harga dia but bila fikir balik.... tak ada la mahal sangat sebab kira kita dapat satu kapal tu la kan. Kalau pergi rombongan cik kiah, confirm boleh tong tong. Sekali sekala boleh la. Anyway, their rooms look so cozy and nice!
ReplyDeletewow.....
ReplyDeleteinternet lembap so loading gambar pun lambat.....
wow best nyer.... entah bila boleh dapat peluang gitu... huhuhu
ReplyDelete