PENGANGKUTAN AWAM DI MELBOURNE

By | 2/12/2015 12:03:00 pm 4 comments
Tak susah sebenarnya nak bergerak kat Melbourne CBD ni. Sebab terdapat banyak pengangkutan awam kat sini. Segalanya mudah dan jimat. Kalau korang menginap di sekitar Melbourne CBD, korang tak perlu susah hati sebab perkhidmatan tram adalah percuma sepanjang di tengah bandar. Unless nak pergi St Kilda atau Brighton, korang memerlukan kad Myki untuk bergerak.

Jika di Sydney mereka menggunakan Kad Opal, berbeza dengan Melbourne, mereka menggunakan Myki. Myki dan Opal ni sama spesis macam kad Touch N Go, cuma ia berbeza mengikut bandar di Australia. Jangan pula datang Melbourne guna kad Opal. Memang tak boleh gunalah jawabnya.


Kad Myki ni digunakan kat tram, bas, keretapi, V/line Commuter Train dan lain-lain lagi. Kat mana nak beli Myki?? Kat Melbourne International Airport ada mesin Myki. Korang boleh beli kat situ. Untuk pelancong, diorang ada Myki Visitor Value Pack.

TRAM

Perkhidmatan tram-tram di kawasan Melbourne CBD adalah FREE. Manakala selebihnya adalah berbayar dengan menggunakan kad Myki. 


TRAIN

Aku menggunakan train untuk ke Brighton Beach dari Flinders Station. Selain tram, train juga merupakan antara pengangkutan utama di Melbourne. Sentiasa ramai dan padat dengan penumpang. Oh, jangan lupa topap kad Myki korang ya! :)


TAXI

Malas-malas sangat, naik je teksi. Teksi sini tak menipu seperti teksi-teksi lain. Nak tahu lebih lanjut pasal perkhidmatan teksi, bolehlah klik sini : Melbourne Taxi 


RIVER CRUISE

Sesekali naik Cruise menyeberangi Sungai Yarra di Melbourne memang syok. Menikmati panorama sepanjang Sungai Yarra. Antara tempat-tempat famous yang akan dilalui seperti Melbourne Cricket Ground, Federation Square, Southbank, Docklands dan lain-lain lagi.


BECA/ TEKSI

Tak tahulah nak panggil apa benda ni. Beca ke, teksi ke apa ke.. Arghh.. apa-apa jela. Hahahaha. Tapi kat label dia tulis teksi. Ohhhhhh. Beca ni ada kat kawasan Birrarung Marr. Kot-kot malas nak jalan, bolehlah naik. Kalau tak silap AUD 5 untuk seorang. Kalau tak silaplah. Hiks!


KERETA KUDA

And last, nak feeling lebih lagi .. naiklah kereta kuda. Hewhewhew. Yang ni confirm feeling terlampau. Pusing-pusing naik kereta kuda. Yang ni jangan tanya aku, confirm mahal. Hahaha. 


Aku harap segala apa yang aku cerita kat entry kali ni dapatlah membantu korang yang nak pergi bercuti ke Melbourne. Stay safe and enjoy Melbourne. Happy holiday.

Study Map Melbourne

Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. Salam. Hee saya pun sudah lama tidak ke Melbourne.

    ReplyDelete
  2. salam..


    naik naik free tram tu, kena ada myki pass tak? sy keliru kerana ada baca yg still required myki utk touch on.. tq..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane