Latest Posts

Showing posts with label MELBOURNE. Show all posts
Showing posts with label MELBOURNE. Show all posts
Entri terakhir pasal percutian ke Melbourne. Akhirnyaaa.... Lega!! Hahaha. Hari terakhir ni aku nak cerita pasal tempat penginapan terakhirku kat Melbourne, tak lain tak bukan di Mercure Hotel Albert Park yang dahulunya dikenali sebagai Citigate Albert Park Melbourne Hotel.

Menginap di Mercure Hotel Albert Park selama dua malam sebelum pulang ke tanah air. Ada orang menggelarkannya 'Mercure Pullman' sebab ia mempunyai satu kaunter check-in yang sama dengan Pullman Hotel. Apa-apapun lokasinya 8 minit dari bandar jika menaiki tram. Tapi Albert Park ini bukanlah di zon percuma tram. Korang kena touch Myki kad sejurus selepas Federation Square.

Yang bestnya, Mercure Hotel Albert Park ni berdekatan dengan Pantai St Kilda. My favourite beach in Melbourne. Hehehe. Hotel ini juga menghadap Albert Park. Albert Park?? @_@


Albert Park ni terkenal dengan sukan permotoran Formula 1 Australian Grand Prix. Litar dia litar terbuka yang hari-hari orang dok jalan mengelilingi Albert Park tu. Tasik Albert Park ini adalah tasik buatan manusia. Negara-negara lain yang tiru litar Albert Park ini seperti Valencia, Singapore dan Abu Dhabi.

Albert Park

Persekitaran hotel Mercure Albert Park ni sangat menenangkan. Sesekali nampaklah kereta-kereta mahal lalu di hadapan hotel. Petang-petang bolehlah ke Albert Park atau nak feel lagi naik tram ke St Kilda tengok sunset. Kalau naik tram dari bandar, ia sehala juga dengan stop ke Shrine of Remembrance.

Suasana Di Luar
Lobby Pullman & Mercure Hotel
Receptionist & Concierge
Ruang Menunggu Di Hotel Mercure Albert Park
Tangga Untuk ke Ballroom

Hotel Mercure Albert Park ni bertaraf 4.5 bintang. Bilik yang sangat luas. Kemudahannya seperti swimming pool, gym dan lain-lain bergabung dengan Pullman Hotel. Arghhh, dua-dua sama je milik Accor Group. Kannn?? Hahahahahaha. :)

Jenis Bilik : 
Premium King Lakeview

Bilik dia sangat luas. Cuma yang tak bestnya bilik air takde bathtub. Tak syoklah macam tu. Baru nak feeling-feeling bubble bath. Hahaha. Lol!


Pemandangan Dari Bilik

So far, okaylah Hotel Mercure Albert Park ni. Dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang. Kalau korang sukakan ketenangan, menginaplah di hotel ni. 7 Eleven terletak kira-kira 8 minit berjalan kaki. Kalau lapar, dekat otw to St Kilda ada kebab halal. Jalan kaki kira-kira 15-20 minit. Eh, larat ke?? Hahaha. Kalau tak larat naik je tram. Senang dan jimat tenaga. Huahuahua.

Cuma yang tak best ia bukanlah di tengah bandar. Tak pasal-pasal kena topap kad Myki. Isk, isk, isk. 

Inilah Kebabnya.. Sedap!! Tapi Lagi Sedap Kebab Kat London. Hahaha.

Mercure Hotel Albert Park
65, Queens Road,
Albert Park Melbourne.

Happy Holiday ~


GREAT OCEAN ROAD MELBOURNE adalah destinasi wajib pergi bila ke Melbourne. Sungguh, aku tak tipu. Kat sini sangat cantik. Bukan sekadar pemandangan laut tapi ada banyak benda menarik kat sini. All the way to Great Ocean Road, mata korang terpana melihat keindahan di sepanjang jalan.

Sangat berbaloi dan sangat rugi sekiranya tak ke sini jika ke Melbourne. Phew~

Special thanks to Down Under Day Tours. Sesiapa nak ke Great Ocean Road dengan harga paling murah, silalah dapatkan pakej hebat dari Down Under Day Tours. Memang murah dari yang lain. Aku dah survey dah!! Hehehehe.

Jap, jap. Ada yang bertanya cara mana yang best dan murah untuk ke Great Ocean Road, naik kereta atau amek pakej? Kalau pergi seorang atau berdua, aku sarankan beli je lah pakej. Tapi kalau pergi ramai-ramai better sewa kereta. Sebabnya, kalau tolak minyak, insuran (wajib amek in case terjadi pape senang), GPS dan lain-lain sama je actually dengan amek pakej. Melainkan kalau pergi ramai-ramai, bolehlah tong-tong duit. Kan? Kan? =)


Perjalanan ke Great Ocean Road mengambil masa lebih kurang empat jam. Tolak tambah adalah lebih kurang 500km (lebih) pergi balik ke sana. Memang lama dan jauh! Sebab tu aku tak sarankan sewa kereta kalau pergi seorang.  Penat nak drive seorang-seorang. Huh!

\
Selfie Dalam Bas

Pakej yang ditawarkan oleh Down Under Day Tours serendah AUD109/seorang/dewasa dan AUD55/seorang/kanak-kanak. Okaylah dari yang lain kebanyakannya AUD 125 la, AUD130 la.. Mahal. Pagi-pagi pick up ambil di hotel dan kemudian berkumpul di belakang Federation Square jam 8 pagi. Dalam bas siap ada toilet okayyyy. Kot-kot nak kencing kat tengah jalan, bolehlah terus ke toilet. Haha.

First stop, kitorang singgah di sini untuk minum pagi. Tapi aku lupalah nama tempat ni. Haha. Yang aku ingat, kat sini ada jual muffin besar gila. Hah! Singgah lebih kurang 20 minit untuk isi perut.



Dah isi perut, kitorang meneruskan perjalanan. Teruja melihat pemandangan sepanjang ke Great Ocean Road ni, tapi lagi teruja bila dapat melihat dengan wild kangaroo di tepi jalan. Homai, homai. Comel gila. Alhamdulillah, jimat duit tak payah pergi zoo. Bahahaha. 


Spot The Wild Kangaroo

Then sampailah ke pintu gerbang Great Ocean Road. Ini baru pintu gerbang, yang tempat terkenal 12 Apostles tu jauh lagi kak oiiiii... Tapi dari sini dah mula nampak view-view cantik sebab laluan sepanjang Great Ocean Road ni merentasi jalan di tepi laut. Sebenarnya syok lagi kalau sewa kereta, boleh berhenti sesuka hati. Eh, tapi bas ni pun henti juga di beberapa kawasan famous. Sama je jalan ceritanya!


Great Ocean Road


Perbandingan pemandangan dalam gambar dan pemandangan sebenar memang sangat ketara. Kalau pemandangan sebenar 5x lagi cantik. Dengan rumah mewah terletak cantik di tepi lereng bukit, bukit bukau, ombak dan lain-lain lagi. Sangat memukaukan! Hewhew.


Rumah-rumah Di Lereng Bukit


Antara tempat-tempat yang kitorang singgah :
- Bells Beach
- Separation Creek
- Apollo Bay
- Torquay and Lorne
- Twelve Apostles
- Loch Ard Gorge
- Port Campbell
- London Bridge

dan lain-lain .. Tak ingat!! Hahaha


Comel La Auntie Ni ...

Setiap persinggahan ada cerita tersendiri. Memang kena singgah kalau nak tau apa yang istimewa kat tempat tu. Kalau dok bayang-bayangkan atau nak compare kan dengan tempat lain, memang jauh beza. Don't judge!! Sebab Great Ocean Road ni memang satu tempat yang sangat WOW! Tambahan lagi langit kat Australia ni sentiasa biru. Sometimes tidak memerlukan photoshop atau filter untuk edit gambar.

Spot The Wild Koala

Apollo Bay 

Dan, paling ditunggu-tunggu ... 12 APOSTLES!!! Oh lalala. Macam tak lengkap destinasi percutian korang ke Melbourne kalau tak ke 12 Apostles. Macam pakai kasut tanpa pakai socks la umpamanya. Haha. Dikatakan batu kapur yang terletak cantik di atas air ni makin lama makin pupus dihempas ombak. Kalau rajin kiralah, zaman dulu-dulu ada 12 kesemuanya.


And the best thing, dapatlah naik heli kat situ. Alhamdulillah. Kat 12 Apostles ni kalau nak feel lagi naiklah heli. Lagi murah berbanding di Malaysia. If beli melalui agent (macam Down Under Days Tour) tu lagi murah dari walk in. Lebih kurang AUD95 untuk 15 minit .. SEORANG! If i'm not mistaken, lagi murah berbanding naik heli di Malaysia.


Syok gila!!! Insyallah, kalau diberi peluang .. Nak ke Great Ocean Road lagi. Hari tu tak sempat singgah outlet dan beberapa tempat lain. Pssst, kawan kata on the way ke situ ada outlet murah. Alaaa....!!! 

Have fun ya all!! :)

Untuk booking pakej tour ke Sydney atau Melbourne, sila layari :
downunderdaystour

American Airliner Plane