PENANG JUMP STREET INDOOR PARK TRAMPOLINE TERBESAR DI ASIA

By | 2/20/2015 09:27:00 am 5 comments
JUMP STREET TRAMPOLINE PENANG. Syok gila !!! Memang syok gila bila dapat melompat-lompat kat atas trampoline. Lebih-lebih lagi di satu kawasan yang besar. Pergh, best gila feeling dia. Aku memang suka lompat-lompat atas katil masa kecik-kecik dulu. Mungkin sebab tu la aku tinggi. Ni selalu orang tua cakapla. Haha.

Tapi tu masa kecik, kalau sekarang lompat atas katil, alamatnya terpaksa suruh Encik H beli katil baru. Hahaha. Opsieee!! Apa susah sangat? Sekarang ni dah ada Jumpstreet Trampoline. Ini lagi best dan lagi gempak. Boleh ajak kengkawan yang sekepala pastu lompat secara berjemaah. Hahaha.

Masa trip Kembara Cuti-cuti 1 Malaysia Gaya Travel baru-baru ni kitorang sempat singgah kat Jump Street Penang yang terletak kat D'Piazza Mall Bayan Baru. Woot, woot!! Aku tahu korang dah pergi kat Petaling Jaya, tapi kat Penang lagi besar dan lagi menarik.

Group Photo Yang Paling Sempoi

Jump Street Trampoline adalah Malaysia's First Indoor Trampoline Park. Kalau dulu, kita selalu tengok omputih lompat-lompat atas trampoline, tapi kini kita dapat merasa camana havocnya bila melompat atas trampoline ni. Memang gempak.

Manakala, Jump Street Trampoline Penang yang baru dibuka bulan lepas ni adalah yang terbesar di Asia dan berkeluasan 27000 square feets. Hebat tak hebat baru seminggu ia dibuka, Jump Street Trampoline Penang ni berjaya mencatat jumlah pengunjung sebanyak 5000 orang. Wow!!

Jumpstreet Penang
Kaunter Bayaran
Kedatangan Yang Disambut Dengan Penuh Meriah

Take Note

Korang bukan je boleh melompat kat Jump Street Trampoline ni, tapi boleh buat party kat sini macam birthday party dan lain-lain. Terdapat tiga bilik untuk disewa dan dikategorikan mengikut warna : yellow, blue dan red. Yang ni aku cerita nanti kat entri Jumpstreet Trampoline Kuala Lumpur.



Dan pada hari tu juga kitorang dapat beramah mesra dengan CEO Jumpstreet Asia, Mr Duncan McGilligan. Nampak seperti seorang yang sangat tegas tetapi sebaliknya peramah gila siap boleh melompat lagi bila kitorang suruh. Hahaha.

Mr Duncan McGilligan
Sentiasa Memantau Pekerja-Pekerjanya

Bayaran masuk ke Jump Street Trampoline ni takdelah mahal mana. Ia mengikut masa dan setiap entri berlainan kaler. Contoh, korang masuk jam 8pm, kaler label dia adalah berlainan dengan warna sebelum atau seterusnya. Ini memudahkan pekerja-pekerja dia memantau gerak geri korang. Jangan sesekali main tipu kengkonon nak lompat lebih masa. Tak dapekla jet! Hahaha.

Harga Tiket Jump Street Trampoline Penang

Aku nasihat korang supaya book tiket Jump Street Trampoline melalui online. Lagi senang dan terjamin ada. Takut-takut kalau walk-in, tetiba tiket habis tak pasal-pasal je kan? 

Untuk book online, layari :

Tak Sabarnya Nak Melompat

Stokin Diberi Percuma Dan WAJIB Pakai Stokin Ni Bila Nak Melompat

Kemudahan-kemudahan seperti surau, tandas, tempat simpan barang dan kafe disediakan kat dalam Jump Street Trampoline ni. Mudahkan?


Tandas

Tempat Simpan Barang
Jumpstreet Trampoline Penang

Apa yang ada kat Jump Street Trampoline Penang ni? 

1) Tower Jump


2) Slam Dunk



3) Dodge Ball


4) Foam Pit


5) High Performance



6) Main Court


7) Battle Beam


Dan lain-lain seperti :
- Big Bag di High Performance
- The Wall di High Performance

Korang kalau tak reti nak melompat tak maulah segan-segan. Sebab diorang boleh tunjuk ajar cara-cara nak melompat. Tak kisahlah lompat biasa ke, lompat berpusing ke.. Staff-staff Jump Street Trampoline ni sedia membantu. Kebanyakannya berpengalaman dan ada yang bekas atlit gimnastik. 

Bukan tu je, siap ada Jump School lagi untuk mereka yang berminat nak belajar cara-cara lompat dengan lebih serious dan professional. Pastu kalau ada yang nak kurus, join je kelas aerobic kat Jump Street Trampoline ni. Kelas Aerobic Jump Street Trampoline ni bagus, especially yang nak maintain badan. Hahaha. Nak joinlah nanti.

Kalau tetiba lapar, pergi je Jump Cafe ni. Oh ya, aku sempat rasa beberapa makanan kat sini. Not bad!! Paling aku suka Nutella Milkshake. Best tahap nak menangis!! Malangnya takde jual kat Jump Street Trampoline KL. Alaaaa... 

Jump Cafe, Jumpstreet Trampoline Penang

 

Antara makanan-makanan yang aku rasa, seperti :

Barley Grain Salad RM8
Big Stack Sandwich RM16
Chicken Tikka Tacos RM13
Aglio Olio With Pickled Pumpkin RM8
Blackened Chicken With Couscous Tarbouleh RM15
Chocolate Brownies With Ice Cream RM8
Nutella Milkshake RM10

Last sebelum balik, kita shopping!!!!  Bolehlah beli souvenir t-shirt ke atau lain-lain kat kedai Jump Street Trampoline ni. Oh, kalau tetiba korang datang sehelai sepinggang dengan jeans dan blouse, kot-kot terasa nak lompat sekali.. Ha, boleh beli baju yang sesuai kat kedai ni. Pastu tukar je kat toilet. 


Seronoknya. Penat tetapi berbaloi. Sepuluh minit lompat di trampolines ni sama dengan 30 minit jogging kat taman. Haa, mana satu yang berbaloi? Semestinya lompat kat Jump Street Trampoline ni. Bukan setakat fun, tetapi dalam masa yang sama helps build balance, coordination, stamina, strength dan lain-lain lagi. 

Lokasi Jump Street Trampoline Penang 
Atrium of D'Piazza Mall, 70, Jalan Mahsuri,
Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Website :
Jump Street Trampoline Asia

Hashtag :
#jumpstreetasia #jumpstreetpenang #jumpstreetkl

Have fun!! :)

Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. Looks like lots of fun!!!! Best kannnn

    ReplyDelete
  2. Hey - thanks for the write up :) Your photos are great - can we use some of your photos for our Facebook page? Thanks - Jump Street

    ReplyDelete
  3. A little superb plus enlightening posting. I actually favored them. With thanks to get writing listed here around. Continue to keep replacing extra.

    ReplyDelete
  4. A good in addition to beneficial write-up. I preferred the item. Appreciate it intended for placing in this article with us. Hold bringing up-to-date far more.

    ReplyDelete
  5. Slightly exceptional additionally enlightening submitting. My partner and i in fact popular these. Together with as a result of acquire creating listed here about.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane