MUZIUM 3D LANGKAWI TERBESAR DI MALAYSIA

By | 2/21/2015 09:34:00 pm 8 comments
MUZIUM 3D LANGKAWI. Fuyoooo.... tetiba banyak pula Muzium 3D kat Malaysia ni. Satu persatu, ada je yang baru. The latest muzium 3D adalah di Langkawi. 

Muzium 3D Langkawi ni masih 'baby' lagi. Baru je dilancarkan awal bulan ni oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Muzium 3D Art in Paradise Langkawi ini adalah yang terbesar di Malaysia. MUZIUM 3D TERBESAR DI MALAYSIA?? Yesss!! Memang besar. Kena spend at least 1 jam lebih kat dalam ni. Itu pun rushing tau. Tak sempat nak feeling-feeling. Haha. 



Lokasi Muzium 3D Art in Paradise ni adalah di Oriental Village Langkawi. Ala, satu tempat dengan Langkawi Cable Car lah. Aku pasti korang ke Langkawi mesti naik kereta kabel tu kan? Alang-alang tu, pergilah Muzium 3D Art in Paradise ni.



Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Langkawi

Jika sebelum ni pergi mana-mana muzium 3D tak perlu tanggalkan kasut, berbeza dengan Muzium 3D Langkawi ni. Korang diwajibkan menanggalkan kasut dan simpan di bahagian Shoe Rack yang terdapat di pintu masuk Muzium 3D Langkawi ni. Jangan risau, ia selamat dalam simpanan. :)

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Shoe Rack
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Muzium 3D Langkawi ni memang besar dan mempunyai 3 tingkat. Sebab tu aku cakap kena spend masa lama sikit kat sini. Nak fikir idea untuk pose gambar lagi. Hahaha. Kos pembinaannya je dah menelan belanja sebanyak 17 juta. Hasilnya mestilah bombastickan?

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Suasana Di Muzium 3D Langkawi

Bukan setakat terbesar di Malaysia je, malah kedua terbesar di dunia. Terdapat lebih 200 lukisan 3D kat Muzium 3D Langkawi ni dan ia terbahagi kepada sembilan zon. Antaranya, ilusi optik, akuarium, fantasi, Mesir, istana lama, interaktif, safari, klasik dan Malaysia. Semua lukisan-lukisan ini diilhamkan oleh Leading Korean Master Artists. 

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Yang lucunya, aku ingat ni pun sebahagian dari zon 3D kat Muzium 3D Langkawi ni. Rupa-rupanya memang tandas betul. Hahaha. Selamat tak masuk tandas lelaki. =P

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Kat sini juga ada kafe (di bahagian luar) dan juga kedai souvenir. Harga-harga barang dan makanan masih berpatutan. Dah lepas posing maut kat dalam Muzium 3D Langkawi ni mesti rasa dahaga kan? 

Souvenir Shop
Kafe
Durian Parfait
Jangan Lupa Try Durian Parfait Ni.. Terbaik Dari Ladang Katanya ..

Muzium 3D Art In Paradise Langkawi
Oriental Village, Burau Bay, 
07000 Langkawi, Kedah

Website :

Promosi Terkini Muzium 3D Langkawi :

Waktu Operasi Muzium 3D Langkawi :
9 am - 6 pm setiap hari

Harga Tiket Masuk Muzium 3D Langkawi :

Have Fun People !! :)
Newer Post Older Post Home

8 comments:

  1. Real habis! Aaaaa should come to this place in future! TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ramai yang tatau. sebab dia baru je buka awal bulan ni

      Delete
  3. Bestnyaaaa! Suka gila dengan muzium 3D yang ada kat malaysia ni. Nampaknya rakyat malaysia makin kreatif menghasilkan seni-seni 3D. Kagum!

    ReplyDelete
  4. Wah, bestnya!!!
    Saya ada nampak beberapa 3D pun ada di Art in Paradise Bangkok.

    ReplyDelete
  5. dah terjah tempat ni. memang best! :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane