Riang hatiku badan bertuah,
Punya teman comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemaniku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
La, la, la, la
Siapa masih ingat lagu Basikal Tua nyanyian Allyarham Sudirman? Kalau ikut aku, definisi basikal tua tu adalah basikal lama (basikal antik) yang zaman sekarang susah gila nak jumpa. Kalau ada pun mungkin di bahagian-bahagian kampung. Itu pun tak semua kampung ada.
Kot ada yang rasa-rasa nak cuba naik basikal tua ni bolehlah ke Langkawi. Eh, aku tak bermaksud kat tempat lain takde. Cuma kat Langkawi rasanya lagi best. Sebab kat sini, korang boleh ambil angin kat tepi airport sambil saksikan kapal terbang mendarat dan juga berlepas.
Soooo Sweet!! Indian and Chinese .. Hahaha.
Sampai-sampai je tempat permulaan di Kampung Bohor Cempedak Langkawi, tuan rumah dah sedia ternanti dengan hidangan kuih muih dan minuman pagi. "Nak berbasikal kenalah ada tenaga,"katanya kat kitorang.
Minum Pagi Anda Jadi Sihat Dan Kuat .. Eh, Eh
Selain dari basikal tua, kat rumah makcik ni ada koleksi-koleksi barangan antik yang memang rare dan susah nak cari pada zaman sekarang ni. Sebahagian dari koleksi ini lebih berusia dari aku. Memang lama gilalah sehinggakan aku sendiri pun terpinga-pinga melihat koleksi makcik ni.
Dapur Lama
Kukur Lama Tradisional
Setrika Jenis Lama
Tempat Buat Tepung Beras
Sinki Lama
Terdapat dua jenis basikal tua rupa-rupanya. Yang ni confirm generasi zaman sekarang tatau termasuklah aku. Ngeee. Terdapat perbezaan basikal untuk lelaki dan wanita. Kalau lelaki, dia ada palang, kalau wanita macam biasa tu lah. Ohhhh...
Ini Basikal Lelaki Dan Ada Palang Di Tengah-Tengah
Ini Basikal Wanita Dan Tiada Palang Di Tengah-Tengah
Topi Pun Ada .. Maklumlah Cuaca Panas Terik Sekarang Ni
Berbasikal dari Kampung Bohor Cempedak ke Kampung Paya Mempelam ni takdelah jauh mana. Penat tu automatik hilang bila melihat pemandangan indah di sepanjang jalan. Sesekali feeling-feeling pelumpa Le Tour De Langkawi. Huahuahua.
Tapi best tau naik basikal beramai-ramai ni. Hilang stress, hilang segala masalah. Lucu pun ada. Bukan senang nak kayuh basikal tua ni. Kena ada skill. Tapi kat sini bukan setakat basikal tua, ada juga basikal baru. Kalau taknak naik basikal tua, sewalah basikal baru.
Panorama-panorama sepanjang jalan ... Ini baru sikit, banyak lagi sebenarnya.
Kalau penat, boleh minta berhenti kejap ...
Dah sampai ke destinasi yang ditujui .. Yeay!
Kalau nak try naik basikal ni, contactlah Tourism Malaysia Kedah atau LADA. :)
wahhh...seronoknya berbasikal... teringat zaman kecik2 dulu kat kg..hehhee
ReplyDeletePengalaman unik berbasikal sambil makan angin dan mengeluarkan peluh. :)
ReplyDeletewah dah lama tak naik basikal tua hehe..
ReplyDelete