Pengalaman Naik Tropical Charter Langkawi | "U jump, I jump or we jump together. Don't worry.. It will be okay and fun!,". Beria-ia mat salleh ni cuba yakinkan aku untuk terjun dari bot Tropical Charter Langkawi ni. Err, terjun tanpa jaket? Sumpah, aku tak berani. Terketaq-ketaq lutut ni tengok diorang terjun wei. Hahaha.
Tapi bila sampai je hotel, terus rasa menyesal. Dush! Dush! Apesal lah aku chicken sangat tadi? Why???? *nangis*. Sebenarnya itulah keseronokan dan kelainan yang terdapat dalam pelayaran Sunset Cruise di Tropical Charter ni. Memang kesalnya sampai ke hari ini.
Tropical Charters Langkawi ni memang best dan seronok. Ada dua sesi, satu day cruise dan satu lagi sunset cruise. Duration pelayaran lain-lain. Untuk day cruise, korang akan berlayar selama 6 jam dan untuk sunset cruise, korang akan berlayar selama 3 jam. Pilihlah yang mana korang suka. Hihi.
Tempat berlepas adalah di Port Awana Porto Malai. Tropical Charters Langkawi ni jauh lebih murah berbanding Blue Dolphin Cruise. Cuma yang ni lebih open dan mix dengan orang lain (kurang privasi). Tapi takpelah, suasana kat Tropical Charters ni lebih havoc dan meriah.
Terdapat dua jenis kapal Tropical Charters Langkawi ni. Dua-dua sama je actually cuma bentuk dan warna lain-lain. Satu warna kuning, satu lagi warna putih. Tengok jelah gambar yang aku amek kat bawah ni. Senang! Huhuhu.
Kapal Ni Yang Kitorang Naik
Yang Ni Official Kapal Tapi Tengoklah Sarat Gila
Kat atas Tropical Charters Langkawi ni selain dari tengok sunset, korang juga dihidangkan dengan minuman dan juga barbeque. Semua ni free flow. Makan dan minumlah sampai muntoh. Memang dah termasuk dalam pakej. Makanan yang disediakan adalah HALAL. Jangan risau. Cuma janganlah pergi order Alcohol Drink. Itu korang yang cari penyakit. Hihihihi.
Senarai Minuman Yang Terdapat Di Tropical Charters Ni
Sebenarnya sebelum makan, aktiviti lompat dan mandi. Yang ni dari jam 5 hingga 6.30 petang dan kemudian 'net' akan dinaikkan tanda berhentinya waktu mandi. Tempat tukar baju juga disediakan di bawah kapal. Lompatlah sepuas-puasnya, mandilah sepuas-puasnya. Pengalaman yang rare dan takkan dapat di tempat lain. Itu pasal lah aku terkilan sampai hari ini. Sobsss!
Kalau tak reti lompat, ada mat salleh yang akan bantu korang. Dia ni memang power. Korang boleh lompat dengan dia atau lompat sendiri sambil diperhatikan oleh dia. In case apa-apa yang tidak diingini terjadi, dialah yang akan jadi superhero penyelamat. Haha.
Menyelit Kat Gambar Yoga
Hi Sureena
Aril Melakukan Lompatan Paling Cantik Katanya
Inilah Mat Salleh Yang Aku Cakap
The Salt Water Jacuzzi Net
Memang jauh beza kapal Blue Dolphin dan Tropical Charters ni. Ini lebih santai dan open. Kalau Blue Dolphin, dia lebih mewah dan elegant. Both lain-lain company.
And now, mari tengok sunset. Langkawi terkenal sebagai salah tempat untuk tengok matahari terbenam di Malaysia. Ada yang cakap ini adalah yang tercantik di Malaysia. For me, memang cantik pun. Jatuh hati okay! Sebab tu lah mat salleh dan pak arab suka gila Langkawi. Eh bukan tu je, dulu pun Langkawi sering dijadikan sebagai tempat penggambaran filem Bollywood. Ingat lagi tak?
Sunset Di Pulau Lagenda, Langkawi
Sunset Kiss .. Hahaha
Sebelum terlupa, harga pakej untuk Tropical Charters ini murah je :
RM 260 (dewasa) RM130 (kanak-kanak)
*kanak-kanak di bawah 3 tahun adalah percuma*
Untuk Info dan Pembelian Tiket, Sila Layari :
Tropical Charters Langkawi
Have Fun!
0 BUAH HATI KISAH TATIE:
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)