Latest Posts

Showing posts with label MUSEUM. Show all posts
Showing posts with label MUSEUM. Show all posts
Bilik Rosmah sewaktu zaman dulu-dulu dah biasa aku tengok memandangkan rumah parents dia terletak di belakang rumah arwah bapakku kat Gedong Lalang Ampangan. Tapi bila melangkah kaki ke Taman Memorial Tun Abdul Razak, teringin juga nak tengok bagaimana keadaan bilik Najib Razak suatu ketika dulu.

Ternyata join trip hari tu tak sia-sia. Mih,mih,mih. Dapatlah jejak kaki ke kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak. Korang pun boleh pergi sini juga. Kat Taman Tasik Perdana je. Senang nak parking dan amat digalakkan. Sebab struktur rumah dia sangat cantik. 

Memorial Tun Abdul Razak

Dulu tempat ni dinamakan sebagai Bangunan Seri Taman dan didiami oleh Tun Razak sampai tahun 1972.

Aku Suka Bahagian Depan Rumah Ni
 

Harga Tiket? Hey, percumalah. Tak payah bayar pape. Cuma korang tak boleh ambil gambar. Jangan jeles sebab aku boleh ambil gambar. Kahkahkah. =P

Taman Berkonsepkan Jepun Katanya

Dari sudut yang aku nampak, Tun Razak ni mementingkan kekeluargaan. Sana meja makan, sini meja makan, atas meja makan.. Diorang cakap, sewaktu dia hidup, dia suka menghabiskan masa bersama keluarga setiap kali ada masa terluang.

Meja Makan Utama
Koleksi Pinggan 
Dapur
Ada 4 Tangga Kat Bangunan Ni .. Ni Kat Dapur
 
Sumbangan Dari Luar

Kat bawah ni di bahagian belakang. Bertentangan dengan kolam renang kecil.

Tempat Bersantai Aku Rasa
Mini Bar
 
Tangga Lagi

Rumah ni very simple. Hiasan perabot tak terlalu padat dan berkonsepkan moden.

Ruang Tamu Pertama
Ruang Tamu Kedua
Bilik Mengaji Al-Quran
 
Tangga Ke Atas

And paling aku excited nak tengok .. mestilah bilik Perdana Menteri kita sekarang ni. Bilik ni dia pakai sejurus pulang dari tamat pengajian di England dan bekerja di Petronas pada tahun 1974. By the way, masa tu dia belum berkahwin dengan Rosmah lagi okay!

Inilah bilik PM kita, Dato' Seri Mohammad Najib Tun Razak

Macamana Agaknya Bilik Dia Sekarang Eh?
Ini Pula Bilik Nazir Razak .. Orang Kuat CIMB Dulu Tu ...
Bilik Ahmad Johari dan Mohamed Nazim

Then, kita ke bilik gosokan pula ...


 Keluar je bilik gosokan tu, terus ke main opis di rumah ni. Kira ni private office Tun Razak di rumahnyalah. Kat sini masih simpan lagi diari milik Tun Razak. 

 

Bahagian luar opis, ada meja makan lagi .. 

Ruang Makan Di Opis
Pemandangan Dari Atas
 Eh, basikal exercise

Next, kita ke bilik tidur utama ... Ini ohsem!! Hihihihihi...

Balkoni Menghadap Belakang

Bilik Tidur Utama

Walk In Wardrobe dam Dressing Table

Bilik Air Utama .. Luas Gila!!

Hallway dari bilik ke bilik pun cantik .. Macam kat bawah ni .. 


Dan kat bawah ni pula stor tempat letak beg. Ada 2 stor kat atas ni. 



Dan bahagian terakhir, bilik bacaan. Boleh jadi sebagai mini opis.


Tapi kalau ikutkan, kediaman ni takdelah segah Galeria Perdana Tun Mahathir atau kediaman yang didiami oleh anaknya kini, Dato' Seri Najib. Cuma aku suka struktur rumah ni yang simple dan tak terlalu padat. Masuk-masuk je, tenang je rasa. 


Kat belah kiri memorial ni ada satu taman rusa. Tapi kalau tak silap tu milik Tasik Perdana. 

Taman Rusa
Byeee,, bedah nak balik dulu ..!! Hahaha

Memorial Tun Abdul Razak
Jalan Perdana, Tasik Perdana, 
50480 Kuala Lumpur

MUZIUM 3D LANGKAWI. Fuyoooo.... tetiba banyak pula Muzium 3D kat Malaysia ni. Satu persatu, ada je yang baru. The latest muzium 3D adalah di Langkawi. 

Muzium 3D Langkawi ni masih 'baby' lagi. Baru je dilancarkan awal bulan ni oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Muzium 3D Art in Paradise Langkawi ini adalah yang terbesar di Malaysia. MUZIUM 3D TERBESAR DI MALAYSIA?? Yesss!! Memang besar. Kena spend at least 1 jam lebih kat dalam ni. Itu pun rushing tau. Tak sempat nak feeling-feeling. Haha. 



Lokasi Muzium 3D Art in Paradise ni adalah di Oriental Village Langkawi. Ala, satu tempat dengan Langkawi Cable Car lah. Aku pasti korang ke Langkawi mesti naik kereta kabel tu kan? Alang-alang tu, pergilah Muzium 3D Art in Paradise ni.



Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Langkawi

Jika sebelum ni pergi mana-mana muzium 3D tak perlu tanggalkan kasut, berbeza dengan Muzium 3D Langkawi ni. Korang diwajibkan menanggalkan kasut dan simpan di bahagian Shoe Rack yang terdapat di pintu masuk Muzium 3D Langkawi ni. Jangan risau, ia selamat dalam simpanan. :)

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Shoe Rack
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Muzium 3D Langkawi ni memang besar dan mempunyai 3 tingkat. Sebab tu aku cakap kena spend masa lama sikit kat sini. Nak fikir idea untuk pose gambar lagi. Hahaha. Kos pembinaannya je dah menelan belanja sebanyak 17 juta. Hasilnya mestilah bombastickan?

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Suasana Di Muzium 3D Langkawi

Bukan setakat terbesar di Malaysia je, malah kedua terbesar di dunia. Terdapat lebih 200 lukisan 3D kat Muzium 3D Langkawi ni dan ia terbahagi kepada sembilan zon. Antaranya, ilusi optik, akuarium, fantasi, Mesir, istana lama, interaktif, safari, klasik dan Malaysia. Semua lukisan-lukisan ini diilhamkan oleh Leading Korean Master Artists. 

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi
Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Yang lucunya, aku ingat ni pun sebahagian dari zon 3D kat Muzium 3D Langkawi ni. Rupa-rupanya memang tandas betul. Hahaha. Selamat tak masuk tandas lelaki. =P

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Kat sini juga ada kafe (di bahagian luar) dan juga kedai souvenir. Harga-harga barang dan makanan masih berpatutan. Dah lepas posing maut kat dalam Muzium 3D Langkawi ni mesti rasa dahaga kan? 

Souvenir Shop
Kafe
Durian Parfait
Jangan Lupa Try Durian Parfait Ni.. Terbaik Dari Ladang Katanya ..

Muzium 3D Art In Paradise Langkawi
Oriental Village, Burau Bay, 
07000 Langkawi, Kedah

Website :

Promosi Terkini Muzium 3D Langkawi :

Waktu Operasi Muzium 3D Langkawi :
9 am - 6 pm setiap hari

Harga Tiket Masuk Muzium 3D Langkawi :

Have Fun People !! :)
American Airliner Plane