RANCANGAN SAFIYYA TV 9 - TRAVEL BLOGGER

By | 12/16/2014 12:00:00 pm 3 comments
Sorotan entri pasal Rakaman Safiyya baru-baru ini di rumah mummy, klik sini : Safiyya TV9. Sebenarnya, aku memang tak boleh tengok diriku secara live. Rasa macam nak gelak guling-guling. Malu, segan, rasa cam nak tumbuk-tumbuk je screen TV. Aku ke dalam TV tu? Haha.


Terima kasih yang sudi menonton. Hahaha. Aku terima beberapa notification pada hari tu. Thanks kepada yang sudi snap gambar and tagged aku. Rajin korang. Aku hargai sangat-sangat. Korang membuatkan aku rindu kat arwah abah. Dulu time aku masuk TV untuk rancangan Muzik@Ria, dialah yang snapkan gambar. Rindunya kat abah. =')

By the way, thanks. Aku harap ini adalah satu titik permulaan untuk langkah yang lebih besar. Terima kasih Hasrul Hassan, Ruby dan blogger-blogger otai yang banyak beri nasihat dan tunjuk ajar. Bukan senang nak jadi blogger. Kengkadang terpaksa berdepan dengan musuh dalam selimut, yang talam dua muka, yang kaki domba dan lain-lain.

Antara yang sempat aku print screen kat facebook .... (sorry yang kat Instagram tak sempat print screen.. tapi komen dan ucapan kalian tersemat di hati.. thank you).

via Bella Farhana's Facebook

via Halim Manap's Facebook

via Khai Artzfar's Facebook

Via Nannie Isa's Facebook

Via Syima Syaz's Facebook

Hehehe. Thanks korang. *blushing* ... Nah jom tonton video ni. Kalau tak clear, boleh tengok Safiyya kat Tonton. Cari Safiyya Episod 48 (siaran 14 Disember 2014). Hehehe. Terima kasih pembaca blog Kisah Tatie. Tanpa korang, siapalah aku. Thank you very much. Hugs!



Thank you TV9 and Safiyya.

Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. Tapi memang malu dan segan semua ada bila tengok diri sendiri kat TV kan? Sebab tu most artis tak tengok movie sendiri haha

    ReplyDelete
  2. Amboi, packing baju kurung nak pi mana tu? Hahaha! Apa2pun, tahniah! Next time jumpa, nak kena minta autograf juga ni...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane