TRAVEL TIPS : SIMPAN DUIT SYILING

By | 12/26/2014 08:21:00 am 11 comments
Memang kadang-kadang sakit kepala bila balik dari travel, duit syiling melambak-lambak. Nak tukar, kebanyakan money changer tak nak terima. Akhirnya, lesap macam tu je sebab misplaced. (aku ler tu suatu ketika dulu.. hahaha). 

http://www.kisahtatie.com

Nak letak dalam wallet, entah bila lagi nak travel? Kan??? Jadi, hari ni aku nak tunjukkan cara bagaimana aku simpan lebihan syiling hasil dari pergi melancong. Memang kengkadang rasa macam annoying sangat balik bawa syiling lebih ni. Buat berat wallet je. Huh!

Tapi siapa tahu, 2-3 tahun lagi ada rezeki ke sana lagi, bolehlah menyimpan untuk kegunaan masa akan datang. Cuma aku nasihatkan, jika menyimpan duit lebihan ni, ada pros n cons. Korang kena alert dengan currency exchange. Bukan setakat syiling, tapi duit kertas juga. Contohnya, duit rupiah 100ribu yang bakal ditamatkan tahun depan. Kelebihan dia pula, kalau ringgit jatuh teruk, duit ni akan naik melambung. Macam pound, dulu £1  bersamaan RM7.

Tapi aku percaya, ramai yang buat cara sama macam aku ni. Cuma mungkin tabung korang lagi cantik. Sebab tempat simpanan aku ni murah je. Beli kat Daiso, RM5 je.. Kehkehkeh. 

CARA-CARA MENYIMPAN DUIT SYILING
(P/s : Boleh digunakan untuk simpan syiling negara juga)

First sekali, ambil sehelai kertas dan labelkan ikut negara yang korang dah pergi. Kalau satu negara pun takpe. Jangan susah hati. Entah, bulan depan pergi negara lain pula. Keep smile and think positive.

Labelkan Negara Pada Kertas

Seterusnya, beli bekas ni kat Daiso. Masuk Daiso je, mesti rambang mata kan? Banyak bekas yang menarik. Actually ni tempat letak ubat. Tapi aku jadikan sebagai tempat simpanan duit syiling. Asal boleh.. Bila dah beli, korang asingkan duit syiling tu  ikut negara. Contoh macam kat bawah ni, 15 tempat = 15 negara. Yang sikit-sikit aku letak kat bahagian kecik. Yang mana rasa-rasa selalu pergi, letak kat bahagian yang lagi luas.

Asingkan Duit Syiling

Akhir sekali, tampal label-label negara tu, ikut mata wang diorang. Mudah, murah dan menyenangkan. Nanti nak guna takdelah pening kepala. Ambil je kat tempat simpanan ni. Dulu sebelum ada benda ni, aku campurkan semua sekali dalam satu bekas. Bila nak pakai, mulalah pening kepala. Especially duit Taiwan dan duit China. Pening bila tercampur sebab dua-dua tulisan cina. Hahaha.

Tampal Label Tadi Mengikut Syiling

Mungkin korang boleh gunakan cara macam ni juga. Jom ke Daiso sekarang. Eh?? Fyi, ni bukan sponsored post promote Daiso. Hahaha. Semoga tips ni berguna untuk korang semua. =)

Selamat Melancong. Ingat kapal terbang, ingat Kisah Tatie ~

Newer Post Older Post Home

11 comments:

  1. banyaknya syiling2 luar negara. bagus info ni leh guna.thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil pergi travel... simpan sikit-sikit. hehe

      Delete
  2. hahaha menarek gak ye..haiyoo same lahhh xtau nk buat pe pdhal coin 1 euro je dh 4 hengget xkn nk buang cmtu je kn huhu nk pegi lagi xtau la bile...haarr hahhaa mai sy tmbah stu cara utk coin Rupiah HAHAHHAHAHA bg je la kat mane2 bibik yg korg kenal iAllah dgn niat sedekah kn..berbaloi giler utk dorg tau rtu de bp Rp ntah coin die gtau bleh dpt satu bakso ngan air siap! kemain! hahhaha pjg akuh mngomen ni sorry tatie spam! LOL XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sayang kalau letak merata tempat. simpan kak oi.. boleh beli baju.. hahaha

      Delete
  3. good idea.. memang boleh guna. nanie penah terbeli makanan kat malaysia bagi duit singapore. ntah macammana boleh tercampur. hihihi

    more info and tips plzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu selalu. especially kalau simpan duit-duit macam ni kat wallet. haha

      Delete
  4. kreatif.. bole cuba ni... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. pening tengok bersepah-sepah. nanti bila nak pakai mulalah tercari-cari. so bila buat macam ni senang.

      Delete
  5. Mana tau boleh tukar jd banyak. Hehe. Kreatif Kak Tatie!

    ReplyDelete
  6. Kt mne boleh tukat duit siling australia.. xbnyk dlm 700 Doler je tapi siling.. nk tkr kt bank x ambik money changer pon x ambik pening pale info lokasi lau ade tmpt areal KL

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane