TIPS MELANCONG SEMASA BERLAKU BENCANA ALAM

By | 12/27/2014 12:20:00 pm 3 comments
Melancong tu memang best. Menikmati pemandangan indah, menghirup udara segar, merakam momen-momen manis dan macam-macam lagi. Pendek kata, semuanya manis. 

Tapi, kadang-kadang... Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dalam pada kita tengah berseronok, swimming, menyelam atau berehat. Tiba-tiba bencana melanda. Tanpa warning awal, tanpa membuat persediaan dan out of sudden je. Menakutkan bukan?

Tapi dah banyak berlaku. Seperti Tsunami 2014, banjir besar di Pantai Timur dan lain-lain lagi. Jadi camana kita as a tourist ni? Apa perlu kita buat? Menjerit? Melolong? Atau pasrah je.. apa nak jadi, jadilah. Hey, mana boleh macam tu. Jangan give up!

Throwback 2012 : Low Season Di Pulau Boracay (Ngeri Gila)

First sekali, korang akan rasa betapa pentingnya amek travel insurance ketika ini. Siyes, aku tak pernah amek port pasal ni dulu. Aku memang selalu ignore especially naik flight Airasia. Nak jimat. Tapi sejak kes MH370, aku sedar betapa pentingnya benda ini dan lagi penting kalau pergi travel. Sekiranya tetiba korang kena samun atau sebagainya, benda inilah yang akan membantu korang sepanjang di luar negara.

Second, seharusnya sebelum travel, kita kenalah contact embassy negara kita kat tempat mana kita nak pergi tu. Supaya anything berlaku, diorang tahu kewujudan kita. Kalau korang perasan, setiap kali bencana, mesti pemberita tu call embassy. Embassy akan cakap, sekian sekian jumlah orang Malaysia kat sana. Haa, tu pentingnya diorang tahu kewujudan kita kat sana.

Tapi biasalah ... aku ni pemalas. So, kalau malas macam aku ni, korang salin dan simpan nombor embassy tu kat tempat selamat pun dah cukup. Sekiranya apa-apa berlaku, terus contact mereka dengan cepat.

Alert dengan persekitaran. Peka dan sentiasa mendengar apa yang berlaku di sekeliling korang. Aku pasti bila korang pergi ke sesuatu tempat, pasti dah tahu serba sedikit mengenai tempat tu. Jadi, apa korang kena buat peka. Contohnya, bunyi siren kecemasan Tsunami. Jangan pula korang lenggang kangkung mak minah sayang buat-buat tak dengar. Memang alamatnya, hai-hai, bye-byelah jawabnya.

Selamatkan benda-benda penting dulu seperti dokumen (passport, ic dan lain-lain). Ini sekiranya sempatlah dan ada masa. Kalau benda tu tetiba berlaku on the spot seperti Tsunami, redha jelah. Yang penting, keselamatan diri. Jangan membahayakan nyawa korang untuk mengambil barang-barang tu.

Last sekali, paling penting adalah doa. Doa orang musafir ni antara doa-doa yang mustajab. Seperti HR Tarmizi, Bukhari, dan Abu Daud, Rasulllah SAW bersabda,

"Tiga doa yang dimakbulkan oleh Allah - doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa anak untuk kedua ibu bapanya".


Jadi berdoalah korang ketika dilanda bencana. Insyallah dimakbulkan dengan kuasaNYA. Apa-apapun, berhati-hati walau dimana jua korang berada. Ingatlah setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya. Setiap kesedihan dan kedukaan itu pasti berakhir dengan kegembiraan. Cepat atau lambat, itu terpulang padaNYA. Jangan sesekali merungut. :)

Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. good info.. tapi wat masa skang ni.. nak g melancong pun fikir banyak kali... terkenang kawan-kawan.. T_T

    ReplyDelete
  2. Good tips. Yeah, sometimes benda yang remeh tu la sebenarnya kita perlu utamakan. Who knows apa yang jadi kat kita bila berada di tempat orang kan? TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Betul2..by the good tips..thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane