Melangkah ke sini membuatkan aku mengimbau ke zaman lalu. Di sinilah hotel persinggahan kami sekeluarga ketika arwah abah masih hidup. Hotel Perdana Kota Bharu ni dah lama, cumanya baru-baru ini dia membuat transformasi besar-besaran yang menelan belanja berjuta-juta demi memastikan keselesaan pengunjung.
Kini, Hotel Perdana Kota Bharu bertaraf 5 bintang dan merupakan antara mercu tanda negeri cik Siti Wan Kembang. Apa yang best, hotel ni lengkap dengan facilities yang menarik. Memang totally changed! Jauh nau beza dengan zaman dulu-dulu.

Hotel Perdana Kota Bharu

Receptionist Counter
Okaylah, hari ni aku nak buat review pasal hotel ni. Best ke tidak? Selesa ke tidak? Staff friendly ke idok? Kalau ikutkan, bila aku melangkah masuk ke hotel ni. bagaikan ada satu perasaan teruja. WOW, sudah baru. Hotel ni mempunyai 2 wings - classic dan executive yang mempunyai 272 bilik termasuk suite.

Ini bukan cermin tau.. Ini tingkap ke tingkap

Sambutan Dari Pihak Hotel Perdana Kota Bharu


Refreshment and Tarian Cik Siti Wan Kembang

Fashion Show
Hotel Perdana Kota Bharu ni ditutup untuk renovasi besar-besaran dan dibuka pada Ogos tahun lepas. Kalau tengok harga di Agoda dan lain-lain, hotel ni takdelah mahal mana. Masih mampu lagi dan boleh dikategorikan sebagai 'murah' dengan taraf 5 bintangnya.

Hallway
Bilik Yang Aku Duduk Di Hotel Perdana Kota Bharu

Dari Sudut Pintu
Dari Sudut Tingkap

Cupcakes

Bathroom

Bathroom

Toiletries

Dalam Almari

Pemandangan Luar
Hotel Perdana Kota Bharu ni mempunyai beberapa buah restoran dan kafe. Don't worry ianya HALAL certified by JAKIM. Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan and of course, tidak ketinggalan juga makanan tradisi negeri Kelantan. Antara restoran-restoran yang terdapat di sini seperti Cerana Coffee House, Jade Restaurant, Eleven Restaurant, Rebab Cafe dan Anjung Terrace.

Cerana Coffee House

Kelantan Kitchen
Kemudahan-Kemudahan Yang Terdapat di Hotel Perdana Kota Bharu

Swimming Pool

Gym
Kesimpulannya, hotel ni memang best dan masih fresh. Perabot-perabot baru dan modern. Sesekali terbau 'ke-baruan' perabot di hotel ini. Lokasi hotel ni pun berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancong dan juga airport. Sesuai untuk percutian keluarga, business dan lain-lain lagi.
Opsss terlupa pula. Kat sini ada spa tauuuuu!!! Dan aku berpeluang untuk merasai pengalaman diurut kat spa ni. Memang best. Hehehehe. So, kalau korang mencari tempat spa best di negeri Kelantan, maybe boleh pertimbangkan untuk ke sini. Highly recommended!
Secret Spa Therapy, Hotel Perdana
Kota Bharu, Kelantan




________________________________
wahh..bestnya tapi tak pernah stay hotel kat Kelantan..dah balik kg tido je rumah parent :-)
ReplyDeleteNampak cantik, berseri-seri lepas upgrade. ;)
ReplyDeleteOk nk try sekali
ReplyDeleteDekat je dengan rumah ni. Makanannya best.
ReplyDeleteAssalamualaikum... saya nak tanya.. tentang wifi yang disediakan adakah ianya bagus...wassalam harap dibalas
ReplyDelete