Ya ampun. Aku hampir-hampir lupa dengan entri Percutian ke Hong Kong yang tak habis-habis lagi ni. Haha. Nasiblah dapat whatsapp dari Harnanie yang bertanyakan pasal Hong Kong. Hari ni kira langsam lah entri Percutian ke Hong Kong. Takut next time aku lupa pula. But first of all, sorry... entry hari ni memang panjang lebar. Kot-kot penat, sambunglah besok eh? =P
Apa yang menarik kat Hong Kong ni?? Jika entri lepas aku dah cerita pasal The Peak Hong Kong, hari ni lebih panjang lebar mengenai tips-tips ke Hong Kong. Hong Kong ni boleh dikatakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia. Buktinya, masa aku pergi flight full oit!
Tambahan lagi, perjalanan flight dari Malaysia ke Hong Kong takdelah jauh mana. Bagi family, diorang memang suka bawa anak-anak bercuti ke Hong Kong sebab kat sini ada Disneyland Hong Kong. Kira lengkaplah kat sini, ada tempat shopping, ada Disneyland, ada makanan halal, ada Jackie Chan... eh?
Hong Kong Airport
DOKUMEN MASUK KE HONG KONG
Benda pertama sekali, mestilah dokumen. Takde dokumen, tak bolehlah masuk Hong Kong. Masa dalam flight, anak kapal akan bagi borang untuk korang isi. Seperti biasalah kan? Serahkan masa kat kaunter Immigration Hong Kong nanti, kemudian mereka akan bagi satu kertas kecik yang dikepilkan kat passport. Kertas kecil ni jangan sesekali dihilangkan. Naya korang nanti. Fyi, pergi Hong Kong takde cop passport. Janganlah mengharap, minta sekali pun takkan dapat.
PENGANGKUTAN DARI HONG KONG AIRPORT
Dari Hong Kong Airport ke bandar memanglah jauh. Jangan mimpilah nak naik teksi. Confirm mahal gila. Unless korang duduk berdekatan dengan airport. Jadi, aku suggest naiklah Airport Express. Tapi sesetengah hotel menyediakan perkhidmatan shuttle bas. Tapi still kena naik Airport Express juga dan berhenti di antara stesen Hong Kong. Di situ ada perkhidmatan The Airport Express Shuttle Bus
Klik Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
Hong Kong Airport Express Shuttle Bus ni complimentary kepada pemegang tiket Airport Express. Harga tiket airport express adalah $110/per trip/person (RM50).
Airport Express
Bas Dari Citygate Outlet ke Airport
Nak balik ke Hong Kong Airport, kitorang naik bas dari Citygate Outlets. Kira jimatlah kat situ. Tapi agak leceh sikitlah. Sebab kitorang naik teksi ke MTR Stesen, then naik MTR ke Citygate Outlets, dari sana naik bas ke airport. Walaupun shuttle bas, tapi kena bayar okay?
PUBLIC TRANSPORT
Boleh katakan semua public transport kat Hong Kong kitorang naik masa trip lepas. Dari Mass Transit Railway sampailah ke Star Ferry. Tak cukup dengan tu, orang kata tak sah kalau tak naik tram.. haa, tu pun kitorang balun sekali. Hahaha. Kat Hong Kong ni korang boleh beli Octopus Card yang menjimatkan bajet korang. Tapi kitorang tak beli pun. Sebab masa suntuk sangat. Macam tak berbaloi je kalau setakat 24 jam je jalan-jalan kat sana. Untuk lebih memahami pasal kad Octopus ni, bolehlah klik sini : Octopus Card.
Hong Kong MTR
Hong Kong Teksi
Hong Kong Tramways
Hong Kong Starferry
SUHU DI HONG KONG
Suhu kat Hong Kong macam aku cakap, tidak seperti di China walaupun sebelah-sebelah je dengan Shenzen. Masa aku pergi hari tu, cuaca masih panas lagi. Sesekali bila ada angin, barulah sejuk. Sekarang kat sana musim winter, tapi takdelah sesejuk negara lain. Last Hong Kong snow diorang cakap tahun 1975.
MATAWANG HONG KONG
Perubahan Dari Semasa Ke Semasa
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HONG KONG
Aku cuba lari dari bayangan Disneyland. Yela, asyik-asyik Disneyland. Kalau ada anak-anak umur 4 tahun ke atas yang mengerti watak-watak Disneyland tu lainlah cerita. Excited sikit nak pergi Disneyland.Kan?? Haha. Untuk trip ke Hong Kong yang lepas, aku sempat pergi ke beberapa tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di sana.
The Peak Hong Kong
Hong Kong Park
Clock Tower
Avenue Of Stars
Maritime Museum
Victoria Harbour
Kowloon Islamic Centre (Masjid)
Jalan-Jalan Di Hong Kong
Antara tempat-tempat yang menarik di Hong Kong seperti :
Avenue of Stars
The Peak
Victoria Harbour
Hong Kong Park
Chi Lin Nunnery
Nan Lian Garden
Lantau Island
Sai Kung
Ocean Park Hong Kong
Ngong Peak Village
Mong Kok
Causeway Bay
Tsim Sha Tsui Promenade
Tak perlu risau pasal makanan halal kat Hong Kong kalau korang stay area Kowloon. Lebih-lebih lagi jika berhampiran dengan Masjid Kowloon. Sana sini restoran makanan halal. Tak perlu risau. Lagi best kat Tsim Sha Tsui ada Restoran Syed Bukhara milik Syed Bistro Malaysia. Fuyooo.. Siap ada nasi lemak. Hahaha.
Restoran Syed Bukhara Hong Kong
Restoran Popeye, Satu-satunya Halal di Hong Kong Airport
TEMPAT SHOPPING DI HONG KONG
Tempat shopping di Hong Kong?? Kat sini ada banyak butik yang menarik. Malah, kat sini barang dia lebih banyak dari Malaysia. Kasut sukan up to date. Selain Citygate Outlets, kat sini juga ada banyak outlet-oulet seperti contoh Isa Boutique Outlet yang dah bertapak di Hong Kong selama 30 tahun. Wow!! Memang sana sini outlet, sampai aku rasa ori ke ni? Muahaha.
Ada setengah berpendapat ori.. ada yang kata tak ori. Tapi apa aku tengok, kat sini sangat mewah. Kalau kat Kuala Lumpur tu, boleh kira high end shopping mall ada Pavi, The Gardens and KLCC, tapi kat sini.. fuh banyak. Setiap kali masuk mall je, mesti ada Hermes, ada Chanel .. aisey, banyaklah.
Mall Mewah Di Hong Kong Island
Canton Road
Tsim Sha Tsui
Citygate Outlets
Antara mall-mall yang boleh pergi kat Hong Kong seperti The Landmark Square, The Pacific Place, The Galleria Square, Peddar Building, Langham Place Shopping Mall, Lung Cheung Plaza dan New Town Mall. Ops, jangan lupa ke Harbour City. Kat sana pun banyak yang best.
Nak lagi best, silalah ke Ladies' Market. Night market yang popular di Hong Kong. Market-market lain seperti Stanley Market, Temple Street dan lain-lain lagi. Last sekali of course, sebelum balik, singgah kejap ke Citygate Outlets yang terletak di Tung Chung. Citygate Outlets ni outlet dalam mall.
HARD ROCK CAFE HONG KONG
Bagi peminat Hard Rock Cafe, korang takkan miss untuk ke sini kan? Hard Rock Cafe Hong Kong terletak di D'Aguilar Street (Hong Kong Island). Akan tetapi sekiranya korang malas nak pergi sini, The Rock Shop pun ada kat atas The Peak Hong Kong tu. Tapi bak kata orang, dah alang-alang sampai sini, kenalah pergi D'Aguilar Street. Cumanya, dari bawah nak ke atas dengan jalan kaki, mohon pakai kasut yang sesuai sebabnya korang kena berjalan dan mendaki. Fuhhhh, penat!!
Gambar Dari Atas (Jauh Ke Bawah Lagi Tu)
Berehat Sebentar
Harapnya, tips percutian aku ni bolehlah diguna pakai untuk mereka yang bercadang untuk ke Hong Kong. Hong Kong so far okay. Kengkadang rasa macam pergi Singapore je. Dengan persekitarannya macam tu. Apa-apapun, sekiranya ada masa lebih, bolehlah naik ferry ke Macau atau naik bas ke Shenzen. Dah dekat sangat dah tu. Hehehe. :)
Selamat Melancong. Ingat Kapal Terbang, Ingat Kisah Tatie.
wah interesting.. bila laa nak dapat pegi hong kong ni..
ReplyDeleteawesome.... Miera teragak agak lagi... nak ke Hong Kong dan Disneyland dengan anak I tu ke atau nak ke Beijing tahun depan... but thanks for sharing this.. this will be very handy!!!!
ReplyDeletethanks for tips dear, btw my name is Harnani not Hernani. hihi
ReplyDeletenanie dah take note semua tips ke HK, doakan nanie selamat pergi selamat pulang nanti. :)
very useful tips ,, thanks kak tatie :)
ReplyDeleteThanx for sharing....
ReplyDeleteGiliran kami ke Hong Kong pulak bulan Oktober nanti... Insya Allah...
Tips yg sangat baik.
ReplyDeleteInsha Allah kami akan ke Hong Kong akhir Oktober 2015 ini.
Terima kasih.
hong kong memang dlm plan!
ReplyDeleteThx for the tips..
kolin zainal
Assalam miss tatie.. Nak tnya hard rock tu terletak di mana ya? Yg d'aguilar tu .. Klau nak je sana kena trun di stesyen apa ya? Stesyen central ke? Next week dah nak ke hk.. Hihi
ReplyDeletehrc dekat dengan hong kong island
DeleteKena trun kat stesyen central la mksd nya kan ?? Hihi
ReplyDeletewahhh best nyeer perjalanan, nak juga buat macam tatie,.. salam kenal ya tatie, saya subari dari bukittinggi indonesia, bila ada masa ke bukittinggi bolehlah call bari, nanti bari tolong urusna percutiannya di indonesia, bari ada buat agency pelancungan di bukittinggi, sila contact or whatsapp +6281806803803,
ReplyDeletewassalam
terima kasih
ReplyDeletewah bestnya. banyk info dapat dari blog u Tatie. Insyalah saya ke Hong Kong Januari nanti. tapi nak tahu cuacalah n suhu. perlu ke winter coat ek..sbb tgk u pakai baju biasa je. neway salam perkenalan Tatie.
ReplyDeleteAkan ke Macau then hong Kong 25/2/16
ReplyDeleteThx tips sis....
useful tips..next year feb mmg kesana..wonder and ponder jugak tempat2 menarik di hong kong selain Disneyland..thank you :)
ReplyDelete