Trip ke Hong Kong sempena anniversary ke-3 memang sangat mencabar. First, nak arrangekan masa. Yela, Encik H lately busy bebenar. Karang kita dah arrange, dia pula kena pergi keje. Second, pergi time cuti sekolah. Serik woi. Ingat flight to London je yang penuh, sekali hamek kau. Hampir semua time full.
Bab hotel, dah cover baik punya. Thanks BP International Hotel and Tourism Hong Kong for the treatment. Tapi bab flight memang gila. Last minute bagi tahu Encik H pasal plan ke Hong Kong (dah kata suprise). Hahaha. At first dia memang tak percaya. Betul ke bini dia ni, betul ke, ke tipu-tipu..
Sekali dengan aku terkena bila Cathay Pacific full. Kitorang terpaksa tunggu kat waiting list. Eh, tak boleh jadi ni. 7 orang menunggu di waiting list. Harapan tipis. Nak tak nak, pergi balik kat kaunter MAS, beli another tiket. Fuh, lari sana, lari sini. Akhirnya ada seat juga. Tu pun last minit tinggal 2 (sebab ada orang tak check in). Legaaaa..!!
Ke Hong Kong Kita Pergi
Thanks Stewardess Sebab Tolong Ambil Gambar Kami
Depart dari Kuala Lumpur 4 petang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong takdelah jauh mana. 3 jam ++. Sambil-sambil tu layan movie dalam flight, makan dan selfie. ops!
Hong Kong International Airport
Winter In Hong Kong? Dok ehhh, masa aku sampai tu cuaca sama je dengan Malaysia. Takdela sejuk. Toksahlah berangan nak pakai boot tinggi-tinggi and baju sejuk. Tapi kalau pergi around Februari tu, maybe sejuk sikitlah kot.
Sampai-sampai je, terus cari public transport. Dari Hong Kong Airport ke Tsim Sha Tsui, kami menaiki Airport Express. Itu je paling cepat. Tapi kena tukar stesen, then naik MTR.
Beli Tiket Di Sini
Harga Tiket Airport Express (person)
HK$110/person (RM44)
Dari Stesen Tsi Yi ke Tsim Sha Tsui
around HK$ 10
Next, bersambung di entry seterusnya ~
Tak sabar nak baca Episod seterusnya. Kak Ella dah 2 kali p Hong Kong. macam nak p lagi jer .. haha
ReplyDeleteBestnyer... Happy Anniversary Tatie.. semoga berbahagia selamanya... wish I can do that with my husband tapi dia tak suka nak travel jauh jauh
ReplyDeletemenarik..slalu tertunggu2 sharing tatie masa travel. hong kong pun kami belum sampai lagi, dok tunggu review best baru nak pegi kot. hehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tercapai juga plan surprise walaupun kelam kabut ye..semoga bahagia berkekalan hendaknya :-)
ReplyDeleteTHanks dear. i nak komen lagi dan lagi. nak baca semua entry hong kong :)
ReplyDelete