Latest Posts

Showing posts with label BERSAMA MEDIA. Show all posts
Showing posts with label BERSAMA MEDIA. Show all posts
Alhamdulillah. Kisah Tatie muncul lagi dalam magazine. Kali ni dalam majalah Santai Travel Magazine. Terima kasih Santai Travel Magazine.

Bermula dari September, majalah ni akan buat satu ruangan khas yang dinamakan sebagai 'Travel Blogger' di mana blogger- blogger di Malaysia ni berpeluang menulis dan muncul dalam majalah tersebut. Kira akulah yang first sekali. 

Sebelum ni pun banyak kali muncul kat majalah ni. Tapi kebanyakan menyelit masa trip je. Tapi this time, special 2 pages. Hehehe. Tengkiuuu STM.

Penat fikir nak cerita pasal apa, last sekali aku pilih Switzerland. Hihihi.

Majalah Santai Travel keluaran September

So kengkawan, jangan bimbang. Insyallah adalah rezeki korang muncul dalam majalah ni nanti. By the way, jangan lupa dapatkan keluaran September ni tau. Majalah ni boleh beli kat kedai buku seperti MPH dan lain-lain. Tak mahal murah je. Banyak tips-tips travel. Weee...

Terima kasih Santai!

Untuk lihat cerita-cerita Kisah Tatie featured in Media, klik sini :


Sorotan entri pasal Rakaman Safiyya baru-baru ini di rumah mummy, klik sini : Safiyya TV9. Sebenarnya, aku memang tak boleh tengok diriku secara live. Rasa macam nak gelak guling-guling. Malu, segan, rasa cam nak tumbuk-tumbuk je screen TV. Aku ke dalam TV tu? Haha.


Terima kasih yang sudi menonton. Hahaha. Aku terima beberapa notification pada hari tu. Thanks kepada yang sudi snap gambar and tagged aku. Rajin korang. Aku hargai sangat-sangat. Korang membuatkan aku rindu kat arwah abah. Dulu time aku masuk TV untuk rancangan Muzik@Ria, dialah yang snapkan gambar. Rindunya kat abah. =')

By the way, thanks. Aku harap ini adalah satu titik permulaan untuk langkah yang lebih besar. Terima kasih Hasrul Hassan, Ruby dan blogger-blogger otai yang banyak beri nasihat dan tunjuk ajar. Bukan senang nak jadi blogger. Kengkadang terpaksa berdepan dengan musuh dalam selimut, yang talam dua muka, yang kaki domba dan lain-lain.

Antara yang sempat aku print screen kat facebook .... (sorry yang kat Instagram tak sempat print screen.. tapi komen dan ucapan kalian tersemat di hati.. thank you).

via Bella Farhana's Facebook

via Halim Manap's Facebook

via Khai Artzfar's Facebook

Via Nannie Isa's Facebook

Via Syima Syaz's Facebook

Hehehe. Thanks korang. *blushing* ... Nah jom tonton video ni. Kalau tak clear, boleh tengok Safiyya kat Tonton. Cari Safiyya Episod 48 (siaran 14 Disember 2014). Hehehe. Terima kasih pembaca blog Kisah Tatie. Tanpa korang, siapalah aku. Thank you very much. Hugs!



Thank you TV9 and Safiyya.

Pernah tak korang tengok budak yang tak ready apa-apa tetiba muncul kat rancangan TV? Capai je baju apa di depan mata, make up bersahaja .... Itulah yang berlaku kat aku baru-baru ini.

Pada mulanya, aku sangka tak jadi. Maklumlah lokasi pengambaran tak confirm, tiba-tiba dapat whatsapp, crew Safiyya dah sampai Seremban. Apa lagi, lintang pukang aku bersiap. Maafkan aku sekiranya tidak se-gah seperti orang lain. Tapi percayalah sampai hari ni aku rasa seperti bermimpi. 

Betul ke aku yang masuk rancangan Safiyya TV9 tu?  Apesal selekeh sangat? Alahai. T_T

SAFIYYA TV9
Shooting Safiyya TV9 Di Rumah Mummy

Actually hari tu memang aku tak cukup rehat. Sampai dari Kelantan (trip Sahabat Media Kelantan Unique) awal pagi tu. Memang lemau lah badan tak cukup rehat... Eyebag? Jangan citerlah. Sebesar duit syiling 50 sen lama.  *nangis*
Memang aku tak ready apapun. Nasiblah dah beberapa kali masuk TV. Kurang sikit rasa gabra. Kalau tak confirm basah lecun berpeluh jantan. Tapi still, entah apa yang aku merepek pun aku tak tahu. Arghhh, nanti korang layankan aje lah... hahaha.

SAFIYYA TV9
 Kerjaya Sebagai Blogger
SAFIYYA TV9
 Nak Ambil Baju Pun Masuk TV? Hahaha.

Kali ni aku masuk TV sebagai 'Kaki Jalan' atau sinonimnya sebagai travel blogger. Apa destinasi pilihan aku, itu ini.. blablablabla.... goreng selagi boleh. Segalanya tentang travel. Kalau korang nak tahu, slot Safiyya TV9 ni slot Islamik sikit. Apapun, maaf sekiranya terkurang.


Tapi kenapa aku pakai baju tu?? Whyyy?? Why??? Arghh, nampak besar!!! T_T

SAFIYYA TV9

Saksikan rancangan Safiyya Ahad ini 
14 December, 11 pagi di TV9

Terima kasih Safiyya & TV9
(^_^)

Hai assalamualaikum semua. 

Selamat berhujung minggu. Just a quick update sebab tuan punya blog sedang mengikut trip Tourism Negeri Sembilan ke Port Dickson sempena Pesta Air Port Dickson 2014. Jadi buat adik, kakak, abang, jiran sebelah rumah ayuh dan para pembaca yang dikasihi sekalian jomlah ke Port Dickson pada hujung minggu ini. Macam-macam aktiviti akan dijalankan sempena pesta air ini.

Oh ya, sebelum terlupa jangan lupa dapatkan suratkhabar Utusan Malaysia keluaran hari ini (sabtu) sebab Kisah Tatie berkongsi cerita mengenai Tasik Kenyir. Terdapat penambahan dari segi info dan lain-lain lagi berkaitan Tasik Kenyir di ruangan Cuti-Cuti Bajet edisi 3 Mei 2014. (^_^)

teaser

Terima kasih Utusan Malaysia
Untuk kali keempat (termasuk Ruangan Blogger Pilihan), empunya blog Kisah Tatie mencelah lagi kat suratkhabar Utusan Malaysia. Alhamdulillah. Terima kasih Utusan Malaysia. Nak tengok yang lain-lain, click SINI

Lampiran Cuti-Cuti Bajet ini adalah di Ruangan .COM dan ia sebagai rujukan bagi Kaki-Kaki Travel di luar sana untuk bercuti secara sederhana. Haaaa, jadi saya berkongsi pengalaman setakat mana yang saya tahu. Setakat ni, article-article saya yang dah disiarkan di Cuti-Cuti Bajet adalah Kuching, Cameron Highlands dan terbaru Kampung Sungai Melayu Johor Bahru.

Article lengkap 'Syoknya Bercuti di Kampung Nelayan'

Terima Kasih Utusan Malaysia

Siapa kata blogger hanya menaip di BLOG mereka sendiri? Jika ada usaha pasti berjaya. Cewah! Hahaha. Selain itu, anda juga berpeluang menjadi contributor di Virtual Malaysia (link) dan Destination Malaysia (link). Sambil menulis di blog, sambil buat duit. Tak mahu ke?

Nak tahu cara macam mana nak buat duit melalui blog selain dari iklan, boleh baca blog Abang Hasrul di http://www.hasrulhassan.com/Dia ada bagi sedikit tips. Ehhh, bukan melalui jualan MLM ke apa ke, NO, NO AND NO. Tetapi melalui pengalaman anda sebagai traveller. Menarikkan? Jom berubah!

Blogger sekarang semakin mendapat perhatian. Selain dari periklanan di blog, blogger juga boleh sumbangkan article, menghadiri event, product review, menjadi tetamu jemputan bagi talk dan banyak lagi. Kuasa blogger semakin berkembang. Tapi janganlah pulak disalahgunakan. Kita tulis secara jujur dan ikhlas. OK?

Periklanan di blog juga semakin penting, sebab apa yang ditulis di blog akan lebih cepat tersebar dalam satu tempoh yang lama (melainkan blogger itu delete entrynya). Sekarangkan zaman IT, semuanya di hujung jari. Just google dan keluarlah apa yang anda cari. Mudah dan cepat. Jadi fahamkan kenapa perlu bayar blogger? Tak faham lagi, sila rujuk blog Ahmad Faisal, click SINI atau blog Abang Hasrul, click SINI =)

Terima kasih readers dan semua yang terlibat
Teruskan membaca kisahtatiedotcom.

Untuk cerita lengkap tentang Kampung Sungai Melayu Johor Bahru boleh click SINI .

Hi.

Kalau korang perasan, hari sabtu lepas .. Sekali lagi, empunya blog Kisah Tatie masuk dalam suratkhabar dan pertama untuk tahun 2014 ini. Kali ni agak berlainan sekali dengan sebelumnya. Jika sebelum ini saya ditemuramah, tetapi kali ini saya berpeluang untuk menulis di ruangan Cuti-Cuti Bajet di ruangan .COM Utusan Malaysia. Alhamdulillah, rezeki.

Sebenarnya, nak tulis pasal tempat lain, tapi disebabkan saya terlupa deadline untuk hantar article, maka saya pun memilih Kuching sebagai destinasi bajet sebab masa tak cukup. Alang-alang sekarang tengah hangat kat sana dengan Asean Tourism Forum 2014, apa salahnya jika promote Kuching. Bolehlah dijadikan rujukan buat delegasi-delegasi pelancongan yang ada kat sana.hehehe.

Bagi anda yang dah lama follow blog ni, sebenarnya cerita Kuching ni pernah saya paparkan tahun lepas. Ingat lagi tak? kalau tak ingat, boleh klik sini :

Kenapa banyak sangat link??? Haaa, untuk pengetahuan korang, trip ke Kuching adalah trip paling lama kerana saya berada kat sana selama 10 hari. Selama 10 hari, bermacam-macam jenis makanan dan tempat saya dah explore. Memang Kuching best dan puas hati bila berada kat sana dalam satu masa yang lama.

Tak Bosan Ke Lama-Lama?

Soalan ni saya pernah jawab dahulu.. Jawapannya tidak. Sekecil-kecil negeri Melaka tu (contoh), jika anda pandai bahagikan kawasan mengikut hari dan buat jadual dengan pengisian aktiviti yang padat, Insyallah perjalanan anda takkan bosan. Kalau sebesar-besar Pahang, anda duduk hotel sahaja tanpa buat sebarang aktiviti, maka bosanlah percutian anda tu. Jelas sekarang? Hahaha. Jadi, pentingnya perancangan sebelum pergi bercuti bagi memastikan percutian anda bermakna. 


http://www.utusan.com.my/
milik tangan siapakah ini? terima kasih sebab sudi baca

http://www.utusan.com.my/
nahhh untuk lebih jelas

http://www.utusan.com.my/
hehehehe

Terima Kasih Utusan Malaysia
(^_^)


Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

 Tahun Melawat Malaysia 2014


Jika anda berada di area Lot10 pada pagi Rabu yang lepas, anda akan tengok seorang perempuan berlari ke sana, berlari ke sini sambil pegang board Visit Malaysia 2014. Ngeee... dan perempuan itu adalah saya. *facepalm*

Ini bukan KERJA GILA tetapi ini adalah untuk sesi photoshoot bersama media yang bertemakan jalan-jalan. Terlebih dahulu, terima kasih Utusan Malaysia kerana memilih blog Kisah Tatie.

Walaupun pada mulanya, agak segan untuk berjalan-jalan, kejar lampu hijau dan memegang board VMY di kawasan ramai orang, tapi dek kerana arahan abang photographer, kita ikutkan ajer.. hahaha. Pengalaman baru dan bermakna bagi saya.

sebelum

after

Thank You Kak Ya Ambam for sponsoring me make up. Berbaloi-baloi!!! Dengan harga serendah RM300 anda mampu tampil jelita dan anggun dengan sentuhan magik daripada Kak Ya Ambam. Jadi apa tunggu lagi? Contact Kak Ya Ambam sekarang. Gerenti puas hati. Kak Ya ni make up artis area Seremban dan sekitar Negeri Sembilan. Jadi kalau anda cari mak andam sekitar Seremban dan Negeri Sembilan ni, bolehlah guna khidmat Kak Ya. (kak ya guna product-product MAC & NARS)

Blog :

No Tel :
019-2928499


Jadi, projek pada hari itu adalah bersama Utusan Malaysia untuk ruangan Blogger Pilihan Utusan siri 28 Disember 2013. Ini projek pertama featured in media untuk tahun ni. Terima kasih Yuji.Semuanya last minit. I dapat tahu pun sehari before photoshoot. Terus blur nak pakai baju apa. Hahaha. Tapi memandangkan Yuji cakap, pakai casual bertemakan nak pergi jalan-jalan.. Terus capai apa yang ada. 

Tempat : 
area Lot 10, Kuala Lumpur

Projek :
Blogger Pilihan Utusan









dan hasilnya ....

Keratan Akhbar Utusan Malaysia - 28 Disember 2013

Terima Kasih Azrul (ex-classmate), Yuji (wartawan) & abang photographer, Kak Ya Ambam (make up) & Jannah (peneman). Pengakhiran tahun baru yang cukup bermakna. 

Selain tu, Blog Kisah Tatie juga featured in ...

China Press 13 Disember 2013

Media Hiburan 21-27 Disember 2013

Terima kasih semua especially my beloved followers and readers.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Next entry, Summary 2013. Nantikan.


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...



hey guys.

okay just a short and quick update .. i tatau apa yang keluar kat kosmo today. LIKE SERIOUSLY! i tak dapat  baca, i tak dapat tengok.. maybe tonight baru mengodek kosmo online dengan harapan, ada lagi lah cerita pasal ni .. lagipun today, i'm not feeling well.. nak bangun tak larat.. hurm... :(

so, beli tak kosmo hari ni? i was sooooooooooooooooooooooo (x_X) .. OMG. sumpah, at first i tatau apa yang terkandung, gambar apakah, or apa isi cerita.. sampaila, beberapa orang instagram, tweet and tagged me in facebook! i'm dead! hahaha

ini kali kedua saya masuk Kosmo.. the first one masa study dulu.. about the Tablet Generation and saya cakap pasal ipad.. this time just a small picture and paling tak boleh tahan, sambil makan durian crepe. OMG! hahahaha. ;p

YES, saya gila durian.. my family semua makan durian.. kami rasa sangat mengjengkelkan bila tengah syok makan, dan orang sebelah bising.."busuknyaaa"... rasa sangat annoying! kita semua ada citarasa sendiri, ada orang suka makan belacan, ada orang suka makan budu, ada orang suka makan cencaluk, dan aku pulak suka makan durian! so lain lidah lain citarasa.. please jangan complaint about the smell. i suka durian, but i hate cincau sebab busuk. so annoying tak saya? begitu juga anda. hahaha.

but like seriously, sila, sila cuba durian crepe. i swear you gonna love it! many of my friends yang tak suka makan durian, bila makan durian crepe mereka jadi ketagih.. hahaha i don't know why.. maybe sebab mix dengan cream.. maybe!

Kosmo 19/12/12

okay this is the last for this year. thanks Kosmo... thanks pembuat durian crepe.. 
now, i'm craving!!! urgh! (=,=)

hi .. siapa beli KOSMO hari ini sila angkat tangan!!!!
kalau buka bahagian Ratu, mesti anda jumpa cerita ini kan?

and that's my MUMMY

cerita pasal kejayaan sebagai ibu tunggal .. bagaimana permulaan, pertengahan dan semualah. i tak masuk kali ni.. kasi chance kat kakak i. hahahaha. 

I love you so much mother :)

norbiah buyong
KOSMO - SUNDAY

Fuh lega..!! akhirnya majalah Intrend berjaya dibeli. Punyalah lambat sampai seremban. 
ape-ape pun... yabedabeduuuuu!!!! sayang intrend! hehehe =D

 Intrend October tau! g beli sekarang! 
especially for B2B, sila beli!! rugi tak beli!
best sangat keluaran october ni..
semua pasal WEDDING, wedding and WEDDING
kalau boleh ulang banyak kali, memang nak ulang dah!
gorgeous sangat!! i love wedding! from A to Z..

OMG! my favourite designer pun ada. I love ZZ so much! 
tapi takde jodoh nak buat kat dia. but, my dream still on..
maybe baju untuk majlis cukur jambul maybe?
errrrrr..... ;p


so... mana saya??
MANA?????


itu dia..
page 98... 

renjis-renjis siber...

thank you very much Intrend sebab pilih my blog as "PILIHAN KAMI"
terharu sangat.. and of course.. happy pun ada!
=D



dan
sambil menyelam sambil minum air

my favourite magazines you.. haruslah tak miss!
kahkahkah. 

my future reference - Hijabista (insyallah one day)
and
 my favourite fashion mag,  Female


p/s : alhamdulillah. kali ketiga keluar majalah dalam tahun ni.
Terima kasih pembaca dan followers. 


i don't know about this
sampailah tadi received tweet from Fazreen



OMGGGG.. thank you INTREND....
alhamdulillah.. again. in magazine.


p/s : thanks kepada all my beloved followers and readers.
walaupun lately post agak merapu 
but i will try to find something yang interesting to share with you all soon.
hi assalamualaikum

dah dapatkan majalah pesona pengantin? errr err... 
saya belum beli lagi !! maklumlah bakal bekas pengantin
hahahahaha...

tapi tadi, adalah beberapa orang tanya
"itu kau ke?"..."muka familiar..kau eh?"
errrrrrrr... tak boleh nak jawab!!!
sebab belum beli lagi... (motif aku beli majalah pengantin?)

sampailah satu kawan ni tagged kat facebook!!
ahaaaaaaa.... yelah.. itu aku!
kuikuikui

oh mannnnn... 
again! LOL! muka yang berlesung itu dibesarkan
haihhhhh... 

tak mau cakap banyak
sila beli untuk cerita seterusnya
pastu update kat aku eh?
hihihihi

x)
media and i? huh? hehehe...

well, thank you so much to my ex classmate, hafiz ahmad sebab sudi menjadikan my wedding sebagai assignment for his work. hehe... 

at first, i thought my story only 2 pages, but bila belek2 6 pages including isi kandungan.. segan gila coz i'm nobody .. *sedar diri*

ok, jom lihat!
1. ISI KANDUNGAN
PAGE 1 
PAGE 2
PAGE 3
PAGE 4
PAGE 5

so, apa tunggu lagi... dapatkan majalah ni sekarang....
hahahaha

Adakah anda membeli suratkhabar Kosmo hari ini? 

kalau dah beli, sila ke laman INFINITI!

FRONT PAGE BAHAGIAN INFINITI
SECOND PAGE INFINITI

DUA MUKASURAT???? Okay fine, gila glamour!!! Hahaha
American Airliner Plane