PENGALAMAN NAIK PEAK TRAM KE THE PEAK HONG KONG

By | 12/10/2014 07:58:00 am 11 comments
Bersambung hari ni pasal PERCUTIAN KE HONG KONG. Hari ni super excited nak cerita sebab ia berkisarkan tempat favourite aku kat Hong Kong, tak lain tak bukan The Peak. Hew hew... best gilerrrr!! Tempat ni sangat romantik. Time nak pergi sini, tak kisahlah malam ke siang ke.. feelingnya tetap sama. Romantik giteww!!

Kalau siang, nampakla bangunannya, kalau malam berserilah dengan limpahan cahayanya. Memana pun okay, tapi aku lagi suka siang. Lagi luas pandangan mata. Kawww rasa? Huhu.

Untuk ke atas, korang boleh naik teksi atau naik tram. Tapi sebagai tourist, eloklah naik tram. Feelingnya lebih sikit berbanding naik teksi.
Free Hong Kong Sky Tour Dengan Setiap Pembelian Tiket Tram
Beratur Yang Panjang
Sebelum Naik, Bolehlah Tengok-Tengok Galeri 
Peak Tram Sky Pass
Peak Tram Sky Pass
Ramai Sangat?
Menunggu
Tempat Duduk Dalam Tram
Peak Tram Hong Kong ni ada dua gerabak dan korang boleh turun di beberapa tempat seperti May Road dan lain-lain.  Tapi jangan tanya aku apa yang ada kat tempat-tempat tu. Sebab aku naik tram sampai atas dan jarang aku tengok orang turun kat situ.

Empat Stop

Kelajuan and Kecuraman

Masa nak naik tak rasa sangat. Tapi bila nak turun, barulah rasa curam dia camana. Sesekali terbayang filem Final Destination. Boleh sakit jantung dibuatnya. Hahaha. 


Sampai-Sampai Je Ada Kedai Souvenir

Apa yang aku notice, kedai souvenir kat sini lebih murah berbanding kat kawasan lain. Pastu ada tiga empat kedai pulak tu. Dannnnn, ramai orang beli termasuk pelancong dari Malaysia. Maknanya murahlah tu kan?



Kat The Peak ni ada macam-macam. Korang bukan sekadar tengok pemandangan semata-mata. Tapi kat sini juga, boleh shopping, dining with a view, nature walk mengelilingi Mount Austin Road dan paling menarik, bolehlah ke Madame Tussauds Hong Kong. Tapi disebabkan aku dah pergi Madame Tussauds yang first sekali di dunia kat London, maka aku skip Madame Tussauds Hong Kong. Kekdahnya sama je, patung lilin selebriti.

100 years dah?? Wow, lamanya!

Sila Naik Sampai Atas Untuk Ke Sky Terrace 428

Bertingkek-tingkek

Post Love To The Future??! Menarik
Madame Tussauds Hong Kong
Madame Tussauds Hong Kong

Selain Madame Tussauds, kat atas ni pun ada Rock Shop (Hard Rock Cafe Hong Kong). Cuma kat sini kecil lah, just Rock Shop. Nak pergi the real one, silalah ke D'Aguilar Street.


Hong Kong Sky Tour  - Guna Teknologi Je

Fuyooooooooooooooo!!! Dah sampai atas ni, hilang segala gayat dan takut bila melihat panorama cantik dari sini. View 360 darjah. Wonderful. Walaupun macam berkabus jerebu sikit, tapi dapatlah lihat. Cuaca pun tak panas sangat. Mengenai gadget Sky Tour tu, korang boleh ambil di pintu masuk.

Just click bangunan mana kat gadget tu, nanti dia akan explain. Its free uolsss. Sekali dengan tiket. Eh berapa harga tiket ke The Peak Hong Kong ni eh?  Ada dua, either korang nak naik sampai atas (Sky Terrace 428) atau just bahagian korang turun tram tu je.

Harga Tiket Peak Tram & Peak Tram Termasuk Sky Terrace 428
Me and Hubby
View Dari Atas
Kalau Korea Terkenal Dengan Padlock, Sini Terkenal Dengan Kad
My 2014 is so awesome. Korang pula?
Amboi, Layan Feeling Lebih Nampak?
Tatie Was Here 261114 ... Haha.

Layan Coffee Sambil Tengok Panorama

Memang best!! View yang sangat menarik dari atas dan tak bosan sebab macam-macam ada. Kira worth la kalau spend HK$ 40 untuk tiket Peak Tram ni. Suasana pun aman. Sambil-sambil tu boleh tengok rumah orang-orang kaya kat Hong Kong. Perhaps, rumah-rumah kat Hong Kong ni dikategorikan antara paling mahal kat dunia. I mean property kat sini. Terlalu mahal. Tak percaya? Google lah. Hehehe.

THE PEAK HONG KONG

(Opening Hours The Peak Hong Kong)
The Peak Tram   7 am - 12m/night
Sky Terrace 428  10 am - 11 pm (weekend/p.holiday buka jam 8am)
The Peak Tower  10 am - 11pm (weekend/p.holiday buka jam 8am)

For More Info, Just Email Them :
info@thepeak.com.hk

Newer Post Older Post Home

11 comments:

  1. wah.. teringin nya nak pergi :) tapi orang ckp hong kong mahal. is that true?

    ReplyDelete
  2. Best kan gi The Peak naik Trem? Seronok tgk pemandangan seluruh Hong Kong dari atas tu, kan

    ReplyDelete
  3. bestnyer.... teringin nak pergi....

    ReplyDelete
  4. Maknanya harga souvenir kat the peak lagi murah banding kat ladies market ke?

    ReplyDelete
  5. Tq tatie.. Insyaallah i gi bln 4 or 5 nanti... Ada lagi ke cerita HK? Cepar update..

    ReplyDelete
  6. hi! may i know tempat yang boleh teropong tu, kena beli ticket skypass ke? yang $80???

    Thank you!

    ReplyDelete
  7. salam, nak naik peak tram include sekali dengan sky terrace ke? ke kena beli asing?

    ReplyDelete
  8. thank you..good info..plan to fly ke HK in feb :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane