NASI KANDAR LAWOOD NILAI FAVOURITE AKU

By | 5/27/2014 01:27:00 am 22 comments
Nasi Kandar Melayu di Nilai

Kalau bicara pasal makanan, aku boleh dikategorikan sebagai cerewet tahap kedua. Hahaha. Bayangkanlah orang lain pergi Pulau Pinang ibarat syurga makanan. Berbeza dengan aku yang sanggup pergi ke sekitar Queensbay semata-mata nak cari restoran Melayu juga. T_T

To be honest, aku tak gemar makan di restoran mamak atas sebab-sebab tertentu melainkan kalau aku dah lapar sangat dan takde pilihan lain, barulah aku makan. Tak payahlah aku explain kenapa dan mengapa. 

Disebabkan hal ini aku tertanya-tanya, sedap ke Nasi Kandar tu? Camana rasa dia? Sedap sangat ke? Teringin nak makan. Tapi ada ke Nasi Kandar Melayu? Ermm, macam takde je.

Sampailah satu hari aku follow cousin ke sebuah kedai makan di Desa Cempaka Nilai yang specialtynya adalah Nasi Kandar. At first (sebelum turun kereta), aku ingatkan kedai ni kedai mamak. Dalam hati dah cakap, kempunan nasi kandar lagilah sat lagi. Hehe.

Tapi tekaanku salah. Restoran Nasi Kandar Lawood Nilai ni adalah milik Melayu dan owner dia adalah orang Kelantan. Fuh, Alhamdulillah. Akhirnya ada juga Nasi Kandar Melayu. 

Restoran Nasi Kandar Lawood
Nasi Kandar Lawood, Nilai

Restoran Nasi Kandar Lawood Nilai ini memang tidak asing lagi bagi penduduk Nilai dan kawasan sekitarnya. Kalau korang pergi time lunch, kebarangkalian nak dapat tempat duduk tu agak tipis. Restoran ini juga sering menjadi persinggahan pekerja-pekerja di airport. So, korang bolehlah nampak kakak-kakak stewardess makan or staff-staff makan tengahari kat sini.

Menu di Restoran Nasi Kandar Lawood ni simple sahaja. Aku selalu makan nasi bersama ayam goreng, kobis dan kuah kari. Walaupun simple, tetapi yang datang ... pergh ramai. Kedai ni mempunyai pelanggan tetap yang sangat ramai dan salah seorangnya adalah aku. Hehehe. =P

Restoran Nasi Kandar Lawood
Nasi Kandar Beratur versi Melayu . Haha
Restoran Nasi Kandar Lawood
Time lunch
Restoran Nasi Kandar Lawood
Time-time nak tutup pun orang masih datang dan makan

Harga makanan di Nasi Kandar Lawood sangat berpatutan. Ayam dia korang boleh minta nak half ke, nak full ke. Tapi kalau aku nasi sikit ayam full. Baru puas makan! Haha.  

Lokasi Nasi Kandar Lawood terletak di Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai dan sederet dengan Sekolah Menengah Taman Cempaka Nilai. Senang je nak cari bagi first timer yang merancang untuk datang ke sini. Don't worry takkan sesat. Hehehe.

Restoran Nasi Kandar Lawood
Nasi Kandar Lawood

Kuah mana? Kuah asing. Aku lupa nak ambil gambar.
Hehehehehehe.

By the way kalau merancang untuk ke Restoran Nasi Kandar Lawood, aku tak suggest pergi time lunch. Ramai gila orang. Unless kalau korang boleh tunggu. 

Restoran Nasi Kandar Lawood
Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

GPS 
2.778142, 101.7751709
Newer Post Older Post Home

22 comments:

  1. Cayalahh,, orang Melayu buat nasi kandar sedap..

    ReplyDelete
  2. Jarang ada org melayu meniaga nasi kandar kan...biasa kat johor byk..ns ni mcm x byk sgt...ada tu ada la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sangat nak jumpa orang melayu jual nasi kandar, kalu jual nasi ayam ada la.. hehe

      Delete
  3. 1st time dgr ada nasi kandar melayu..maknanya ada peluang mkn nasi kandar..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. biasa dengar mamak je jual nasi kandar..

      Delete
    2. the problem is sya x makan kat kedai mamak ..hehe

      Delete
    3. bolehlah try makan nasi kandar ni :)

      Delete
  4. samalah kalu pergi kedai mamak, order air tin je ada sebab sebab tertentu.. hehe

    ReplyDelete
  5. eh..tetiba ada iklan pulak..haha

    ReplyDelete
  6. Orang Kelantan tu..caiyokk...hidup Kelantan..hehe

    ReplyDelete
  7. Serious memang sedap, selalu makan :))

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane