Latest Posts

Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts
Aku dan dessert ibarat Nannie dan Tatie. Lul.

Walaupun cuba untuk mengelak, tetapi mustahil. TERLALU SUKAR! Sebab kemanisannya itu menikam-nikam di jiwa, lalu terngiang-ngiang di kepala sampai termimpi-mimpi.  Hahaha.

Memang aku penggila makanan yang manis. Tapi tak terlampau manis. Just nice gitu. Dan menetap di Seremban ni kengkadang sukar untuk mencari dessert yang terbaik. Mungkin ada, tetapi tidak bertahan lama. Itulah hakikatnya.

Tetapi, baru-baru ni .... aku sempat menjenguk ke Aunty Tartlets yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Fuh, lega betul bila makan kat sini. Tercapai segala hasrat nak makan benda yang manis dan sedap. Hiks!

Aunty Tartlets Seremban 2

Aunty Tartlets ni dibuka tahun lepas dan ianya bermula dengan perkhidmatan delivery dahulu (ala order guna whatsapp and etc). Kemudiannya bila dapat sambutan yang sangat menggalakkan, barulah owner dia timbul idea untuk buka kafe yang diberi nama Aunty Tartlets.


Hidangan istimewa di sini sudah tentulah dessert seperti tartlet, roti, muffin, brownies, kek, creampuff dan lain-lain lagi. Haih, meleleh dah airliur terkenang makanan di Aunty Tartlets ni.

Masing-masing dah tak sabar nak berebut makanan

Bagi siapa yang tak pernah sampai Seremban 2 ni, kawasan ni terletak berhampiran exit tol Seremban. Kalau keluar dari tol KL-Seremban, korang perlu ke kanan selepas traffic light. Kalau dari arah Selatan Melaka/JB ke arah KL, korang perlu ke arah kiri dan terus sahaja ikut signboard.

Kemudian, cari bangunan Mydin Seremban 2. Sesat? Pakai WAZE je. Tapi jangan keliru bangunan Mydin dan Aeon. Sebab ianya berdekatan. Dan Aunty Tartlets ni terletak berhampiran dengan Mydin Seremban 2. Alah, kacang je lah nak cari lokasi ni.


Onomnomnomnom ... burpp!!!

Biskut raya? Yums!!

Selain dari makanan kering seperti biskut dan pasty, kat sini juga ada jual sandwich dan lasagne. Lasagne dia memang power!! Kalau tak, masakan si Nannie boleh melantak banyak gila lasagne hari tu. Hihihi. (matilah aku bocorkan rahsia si Nannie).


Mereka juga turut menyediakan makanan berat such as Nasi Lemak, Kuey Teow dan banyak lagi. Nasi Lemak yang diperbuat dari Beras Basmathi ni tersangatlah murah .. RM 1 je uol!!! Nak lagi jimat order teh-o-ais dan harganya hanya RM1.50 .. HARGA TAK MASUK AKAL BETUL!!! 


Allahu .. naik berapa kilo ni .. makan tak henti.

Favourite Churro in Seremban Town

Syukurlah ada kafe sebegini berhampiran dengan rumah baru aku. Kalau cenggini, raya nanti tak payahla susah payah nak buat kek dan masak bagai. Aku suruh je korang pergi Aunty Tartlets ni. Amacam? Hahahahaha.


AUNTY TARTLETS
No 173, Jalan S2 B22,
Pusat Dagangan Seremban 2
(Dataran Centrio Belakang Mydin)

Tak jumpa juga, korang contactla aku, nanti aku tunjukkan jalan.
Hewhewhew
Rasa macam tak lengkap percutian tu kalau pergi sesebuah negara tapi tidak merasa local cuisine diorang. At least try satu dua pun jadilah walaupun dessert. Tapi kengkadang susah juga nak cari yang halal kat certain countries yang aku pergi. Siyes! T_T

Tapi kat Dubai ni, tak yah khuatir. Memang halal. Cuma tepuk dada tanya selera. Kalau korang tanya aku kat mana nak makan Emirati Food yang sedap? Jawapanku, Restoran Seven Sands Dubai.

Seven Sands Dubai

Lokasi Seven Sands Dubai ni di Jumeirah Beach Residences dan dari luar memang nampak gah. Tapi janganlah dek kerana gah, korang takut nak masuk. Hihi. Masuk dulu, try their food and baru comment lepas tu. I bet semua mesti puas hati sebab memang sedap.

Kat dinding-dinding diorang, terukir lakaran sejarah dari zaman unta hinggalah zaman moden sekarang. Memang kreatif dan cantik gila restoran ni. Sambil makan, sambil belajar. Cewah! Hahaha. Tapi apapun, korang wajib makan kat sini at least sekali seumur hidup. Sebab memang sedap dan tak berapa kering sangat makanan diorang ni.

Kering?? Yup, Emirati Food kebanyakan kering tak macam makanan kita, berkuah sampai hilang bentuk nasi tu. Hahahaha. =P

Budaya diorang kalau sambut tetamu, mesti renjis air ni.

Restoran Seven Sands Dubai ni terbahagi kepada dua tingkat, atas dan bawah. Tapi aku prefer dok atas sebab more privasi dan view cantik. Kalau nak shisha, bolehlah duduk bahagian atas (luar).

Tangga pun dah cantik
 
Ni semua kat tingkat atas
Bahagian luar atas .. Siyes cantik dan bersih kawasan ni
Ladies night pun ada... Setiap Rabu tau!! Hahaha.
Menu

Makanan kat sini sedap. Alang-alang dah sampai sini, haruslah melantak Emirati Food. Tapi korang wajib try Shark Sambousa (samosa). Memang real shark. Rasa?? Haa, tu kenalah try sendiri.

Kalau pening-pening nak pilih makanan, waiter diorang sedia membantu korang buat pilihan. Mostly aku perhatikan, ramai customer order menu sama macam bawah ni. Yang pasti, kitorang balik dengan perut yang over gendut sebab makan banyakkkkkkkkkkkkkkk gila. Haha.

COMPLIMENTARY SNACK

_______________________________________________

DRINK
a) Seven Sands Date Frappe (aed 32)
Capuccino vanilla, ginger bread flavouring, dry dates and milk topped with whipped cream
b) Black Cinnamon Mojito (aed 28)
Blackberries with cinnamon stick, lime wedge, fresh minth & soda water
c) Sama Dubai (aed 28)
Blue Lagoon Syrup combined with lime, fresh lemon & soda water
_______________________________________________

HOMEID WITH GREEN MANGO SALAD (aed 25) 
_______________________________________________

SEVEN SANDS SIGNATURE SALAD (aed 25)
_______________________________________________

SHARK SAMBOUSA (aed25)
_______________________________________________

CHICKEN THEREED (aed 65)
_______________________________________________

SHRIMP FOUGA (aed 95)
_______________________________________________

AISHU LAHAM (aed 75)
_______________________________________________

CATCH OF THE DAY (aed 80)
_______________________________________________

WRAPPED BEZAR PRAWNS (aed 95)
_______________________________________________

HAREES (aed 45)
_______________________________________________

KIBBEH AL BEZAR (aed 35)
_______________________________________________

HOMMOUS (aed 25)
_______________________________________________

MOUTABAL  (aed 25)
_______________________________________________

CHICKEN FOUGA (aed 65)
_______________________________________________

FISH FOUGA (aed 60)
_______________________________________________

VARIETY OF TEA
_______________________________________________

ARABIC MOHALABIA (aed 30)
_______________________________________________

FRUITS AND POMEGRANATE SORBET (aed 30)
_______________________________________________

SEVEN SANDS DATE PUDDING (aed 25)
_______________________________________________

KUNAFITNA (aed 30)

Kenapa 7 sands?
Sebab kat UAE ni ada 7 daerah dan setiap daerah pasirnya berlainan warna. Aku pun baru tahu. Macam kawasan pergunungan pasirnya gelap sedikit dan sebagainya.

 || Abu Dhabi , Dubai, Ajman, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, Umm ul-Quwain ||

Pasir-pasir dari setiap 7 tempat di UAE
_______________________________________________
American Airliner Plane