Hari ini aku nak ajak korang makan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. Yum, yum sedap sangat! Hehehe. Kat restoran? Bukanlah. Kat sebuah homestay milik Encik Mansor Saad di Felda Jengka 25.
Actually pada malam pertama program Kembara Berakit Sungai Pahang tu, kami stay di Homestay Felda Jengka 25 Pahang. Pada mulanya aku sangkakan mungkin homestay ni macam homestay-homestay lain yang aku pernah pergi sebelum ni atau lebih buruk daripada yang terdahulu. Macam-macam perkara negatif yang aku fikirkan. Tapi bila sampai sini semua jadi lain.
Homestay Felda Jengka 25 Pahang ini tersangatlah bersih dan rumah mereka ni boleh dikategorikan sebagai rumah besar-besar (bungalow kampung). Kehidupan yang sangat aman, serasi dengan udaranya yang segar, pemandangan flora yang menghiasi di setiap rumah kampung dan banyak lagi.
Sejuk mata memandang, sejuk lagi hati yang menginap
Rumah Mak Bapak Angkat Kami
Ini adalah kali pertama aku menginap di kawasan Felda. Apa yang boleh aku cakap, kawasan Felda Jengka 25 sini, orangnya ramai yang kaya. Lihat sahaja keluasan rumah mak bapak angkat kami ni. Kalau kat Kuala Lumpur mahu berjuta. Dahla lengkap dengan pond dan kebun buah-buahan kat belakang rumah. Pergh!
Aku ditempatkan bersama Lala (wakil dari Gaya Travel), Laila (wakil dari Tourism Malaysia Pahang) dan Evelyn (wakil dari Majalah Singgah). Mak bapak angkat kami sangat-sangat friendly. Kami diberi makan, makan, makan. Rasa macam singkat pula duduk semalaman kat sini. Ngeee.
Bagi yang risau pasal line Phone dan Internet kat Jengka Pahang, jangan risau. Gunalah CELCOM. Sebabnya aku masih boleh access ketika berada kat sini. Antara kami semua ada yang menggunakan line Maxis, UMobile, Digi dan lain-lain tetapi gagal mendapatkan line. Even ada yang tulis No Network langsung. Hahaha. Alhamdulillah, gunalah celcom. Even kat tengah laut pun masih boleh dapat line.
Ingat Jengka, Ingat Rumah ni
Dapur ada dua, ini bahagian basah.
Aku terdelete gambar ruang tamu yang luas tu. sobsobsob.
Bilik tidur Lala dan Laila
Bilik tidur aku dan Evelyn (macam bilik pengantin kan?)
Mak angkat kami memang pandai memasak. Masakan dia memang mengundang kegemukan. Hahaha. Dek kerana terlalu sedap aku asyik tambah nasi je. Ikan talapia goreng, ikan pating masak tempoyak, sayur masak putih dan lain-lain lagi. Memang sedap gila. Sedap yang bukan direka-reka cerita.
Aku tahu ada di antara kalian peminat tegar ikan patin masak tempoyak kat R&R Temerloh. Tapi once korang dah try makcik ni punya lauk, dah tak pandang dah ikan patin sana. Hahaha.
Lapar!!! T_T
Ikan Patin Masak Tempoyak.. Terbaik
Selain tu, kawasan persekitaran pun memang best. Mak bapak angkat kami bela itik dan ternak ayam. Siap ada tempat khas untuk itik-itik ni semua. Alahai..
Bukan setakat haiwan, kat belakang rumah banyak pokok buah-buahan seperti manggis, mangga dan banyak lagi. Kira kalau datang musim buah-buahan memang bestlah.
Khas Untuk Itik
Bergambar dengan empunya homestay yang kami duduk
Terima kasih pakcik dan makcik di atas layanan yang very-very exclusive. Walaupun tak sempat nak mengenali penduduk lain kat Homestay Jengka 25 Pahang ini, tetapi aku rasa dengan makan ikan patin yang makcik ni buat dah cukup complete tour aku ke sini. Hahaha.
So, kalau nak ke sana, singgah-singgahlah homestay mereka ni.
Ikan patin stim masak kicap I suka... Tempoyak... Errmmm kurang sikit.... Hehehe
ReplyDeletekalu tukang masak pandai masak ikan patin, memang bertengkek nasi boleh habis..
Deletemsk stim..hmm..x pernah dgr..
Deletesamalah.. tak pernah dengar jugak
Deleteeh..dah dekat dgn rumah Mak Mertua akak tu :-)
ReplyDeletewah mesti balik rumah mak mertua dapat makan ikan patin kan
Deleteyup..request je kalau nak..tapi akak x makan ikan patin..hehe
Deletewah seronoknya, request je :)
Deletemesti mak mertua masak sedap ikan patin tu
Delete;D
Deletemmg nmpk mcm blik pengantin, and ikan patin tu looks yummy ! :)
ReplyDeleteCantik2 tuan rumah hias bilik tu. Hehe
Deletebilik tetamu pun cantik macam bilik pengantin
Deleteyg pasti isi ikan ni lembut dan lemak..en hubby la yg ckp..;-)
Deletekan, cntik design blik..
Deletewah mesti sedap kan especially kalau kena dgn cara masakn ;)
Deletea ha akak isi ikan patin memang lembut
Delete;D
DeleteClassmate kalau balik dari pahang mesti bawa ikan patin. Femeslah.
ReplyDeletesamalah kalu ayah pergi kl mesti otw balik singgah jengka
DeleteKat sana famous ikan tu..especially kat Temerloh..
Deleteseronoknya.dapat join sekali :)
Deletebetul tu. ikan patin termerloh famous
Delete;D
DeleteIkan patin tempoyak mmg terbaik...best....mertua lalu sure x nampak..
ReplyDeletebiasa kalau kenduri rumah mak mertua akak kat Jengka mesti masak ikan patin tempoyak
Deletepernah cuba sekali, rasanya pun sedap.
Deletepernah cuba tapi tak leh nak telan..
Deletemest sedap kan :)
Deletekalu tak biasa macam tu lah
Deletebilik tetamu cantik betul
ReplyDeletekan..kg style..:-)
Deletebetul betul
Deleterindunya kat kg
Delete;D
Delete