Ops, aku terlupa nak cerita pasal Kampung Sungai Chenaam Nibong Tebal Pulau Pinang

the menu

with Stephen and Edgar

korang makan tak benda ni?

Teratai Layu di Kampung Sungai Chenaam

Anak-anak kampung

Mempersonakan
Acara Pukul Bantal
'Pukui, jangan tak pukui'
Pertandingan Tangkap Itik
Kampung Chenaam? CHENAAM? Kenapa namanya pelik sangat? First time sampai kat sini pun aku tertanya-tanya. Chenaam tu nama orang ke? Atau pengasas kampung ini? Haha. T_T
Sebenarnya ia bukanlah nama orang seperti yang aku sangkakan. Suatu ketika dahulu ada seorang budak kecil ni. Dia kelaparan dan mengadu kepada bapanya. "Ayah, cek nak am", yang bermaksud ayah, saya nak makan. Sejak hari tu kampung ni dikenali sebagai Chenaam. Lepas ni boleh whatsapp boypren, "Yang, chenaam".. LOL! Haha.
Kampung Sungai Chenaam ni hebat. Homestay-homestay yang sangat selesa dan besar. Jika sebelum ni aku ke homestay rata-ratanya memang 100% kampung, tetapi kat sini agak moden sikit. Rumah mereka pun agak besar dan ada yang sampai 5-6 bilik dalam sebuah rumah. Namun, masih mengetengahkan ciri-ciri kampung seperti kehidupan dan lain-lain lagi.

Sungai Chenaam
Kampung ni juga pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat antarabangsa pada tahun 2010 dan banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh kampung ini. Saiz kampung ni takdelah sebesar mana. Kira-kira 490 keluarga sahaja, namun keharmonian masih terjaga sehingga kini.

Secara besar-besaran mereka sambut kedatangan kami

makcik-makcik kampung
but first, let us take selfie.. haha

Kat kampung ni lah rumah pak mak angkat kami

adik beradik angkat bersama ibu bapa angkat
Untuk Homestay Kampung Chenaam, kami ditempatkan di sebuah rumah homestay milik Puan Noridah binti Ahmad bersama peserta dari luar negara. Keseluruhannya 6 orang peserta Jom Jelajah Koperasi menginap di rumah ini. Seorang dari Singapore, dua dari Philippines dan seorang lagi dari Australia. Manakala aku dan Miza pula dari Malaysia.
Rumah homestay Puan Noridah ni sangat besar. Bagi sesiapa nak menginap kat sini bolehlah contact terus dengan dia. Harga bermula dari RM40 semalam untuk seorang. Kalau dengan makanan, RM50/semalam. Okaylah tu. Cheap!
Puan Noridah binti Ahmad
56, Sungai Chenaam, Sungai Acheh,
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Rumah Mak Bapak Angkat Kami

bergambar bersama mak angkat

Ruang Tamu

Ruang makan

Pagi-pagi dah terhidang makanan.

Bilik kami (berkongsi dengan Miza)
Seterusnya, kami dibawa ke tempat penanaman pokok bakau. Korang tahu tak betapa kepentingan hutan bakau kepada alam semulajadi? Selain itu ia berfungsi bagi menghalang bencana seperti tsunami (mengurangkan tekanan gelombang) dan lain-lain lagi. Tak perlulah aku cerita dengan lebih lanjut. Rasanya semua kat sini belajar Geografi dulu kan? Hehehe.

spot me

berjalan-jalan di hutan kayu bakau

Sempat lagi.. haha

Duduk sebentar sementara menunggu yang lain

Spesis tumbuhan - Gedabu.

selfie berjemaah
Malam tu pula adalah upacara perasmian Jom Jelajah Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus. Pelbagai persembahan menarik yang diadakan pada malam tu dengan tema ala-ala kampung.

Persembahan Nyanyian

Kupang.. Kupang

the menu

with Stephen and Edgar

korang makan tak benda ni?

macho tak? hahaha . LOL.
look up ..



Persembahan dari Peserta Luar Negara
Tak lengkap rasanya pakej percutian di homestay jika tak merasai dan melakukan aktiviti kampung. Sekurang-kurangnya satu dua aktiviti pun jadilah. Jadi, kebesokan harinya, pepagi lagi kami dah berkumpul di tepi parit besar bagi menyaksikan aktiviti pukul bantal dan tangkap itik.

I love the view

Teratai Layu di Kampung Sungai Chenaam

Anak-anak kampung

Mempersonakan
Acara Pukul Bantal
Stress? Mahukan therapy? Inilah salah satu cara bagi mengurangkan stress. Haha. Pukul bantal ni juga famous di barat dan dikenali sebagai pillow fighting. Bezanya di kampung diorang pukul di atas titi. Siapa terjatuh orang tu lah yang kalah dan yang masih bertahan kat atas titi tulah yang menang. Lebih istimewa, aktiviti ini kini dikomersialkan dengan adanya Hari Lawan Bantal Sedunia yang diadakan pada 5 April setiap tahun. Ehem, ehem. 5 April. Haha.

Pertandingan Tangkap Itik
Adoi, sakit perut menahan gelak. Sumpah, ini adalah aktiviti paling lawak. Aktiviti tangkap itik dalam kolam memang sesuatu yang mencabar. As we all know, itik ini adalah antara binatang yang bijak dan sukar ditangkap. Kalau angsa tu tak payah kejar, kita sendiri kena kejar. Tapi berbeza dengan itik, diorang ni belum apa-apa dah lari. Hahaha.

acara tangkap itik

bawa bertenang.. jangan dimakan itik tu hidup-hidup. haha

ala-ala oversea

group photo
Terima kasih kerana sudi baca. Lepas ni aku nak kongsi pengalaman di Pesta Air Port Dickson pula ye.
Stay Tune. LoveloveLove from me, Kisah Tatie.
gambar2 yg tatie ambk semua cntik2, best je tgk :)
ReplyDeletebetul tu.
Deletekg view ;-)
Deletekan :)
DeleteCantik. Ada persembahan boria tak? Hehe
ReplyDeletetu la..rasa cantik sangat
Deleteutg Tatie..mcm2 pengalaman boleh rasa
Deletebetul tu, seronok klau dapat invitation join event cmni :)
DeleteProgram yg meriah pasti kan...siap dpt family angkat...
ReplyDeleteuntung mak angkat dapat anak angkat dari 1 dunia
Deletebestnya..dpt eratkn silaturrahim :-)
Deletetangkap itik tu paling hapening sekali
ReplyDeleteKrg tak pasal2 di patuk dek itik tu
DeleteCantik view sawah padi tu..subhanallah
Deletekan, dapat merasai suasana kg
Deletekan, dapat merasai suasana kg
DeleteBangga org chenaam bca ni.. Nice writing sis.. Huhu
ReplyDelete