Bagaikan sireh pulang ke gagang. Dah puas merantau pergi sana sini menyertai pelbagai aktiviti yang melibatkan Tahun Melawat Malaysia 2014, tibalah masa aku kembali ke negeri sendiri bagi menyertai Pesta Air Port Dickson 2014 di Negeri Sembilan. :)
Mascott Visit Malaysia 2014, Mr Proboscis
Kali ni aku sertai trip Tourism Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Friends Of Negeri Sembilan bagi mempromosikan Pesta Air Port Dickson 2014. Psstt, ini kali pertama aku pergi Pesta Air Port Dickson. Hehehe.
Thank You Tourism Malaysia Negeri Sembilan
(p/s siap ada nama lagi)
Trip kali ni selama 3 Hari 2 Malam dan kami menginap di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Pasal hotel ni kita cerita nanti okay? Untuk hari ni, aku nak story pasal kemeriahan di Pesta Air Port Dickson tempoh hari.
Jernihnya Air
Dan untuk kali pertama sejak 26 tahun hidup di Negeri Sembilan, aku melihat air laut Port Dickson jernih dan cantik. Subhanallah. Selama ni aku tak percaya orang cakap. Selalu pergi tak jernih pun. Kata orang, ia bermusim. Ada musim air kotor, ada musim air cantik. Tapi kali ni aku terpegun seketika melihat air laut Port Dickson. Macam tak percaya pun ada jugak. Beberapa kali gosok mata. MEMANG BETUL, tak mimpi, tak mengigau. Lokasi? Pantai Cahaya Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Dan sempena Pesta Air Port Dickson 2014, perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off (HOHO) Malaysia menyediakan perkhidmatan percuma khas untuk para pelancong dan penduduk tempatan sepanjang Pesta Air Port Dickson ini berlangsung. Jadi bagi warga PD, peluang ni memang diorang takkan lepaskan. Naik bas free wei, selama tiga hari pula tu. Ohsem!
Dengan Roommate, Nana
YB Dun Bagan Pinang pun join sekali
Suasana dalam bas Ho-Ho
Bukan itu saja, terdapat juga tapak-tapak perniagaan seperti gerai menjual makanan dan lain-lain lagi dibuka khas untuk orang ramai. Eh, peluang perniagaanlah. Hebat-hebat. Bila dah ada gerai, adalah aku. Sebab apa ada aku? Sebab akulah pelanggan tetap yang akan memborong segala jenis makanan. Hahaha.
gerai makanan
Yummy. Thanks Azul sebab belanja kami
Paling aku suka ada abang-abang tentera. Bersemangat patriotik tetiba bila tengok diorang. Haha. Bukan tu sahaja, diorang turut perform 'brass band' dan korang bolehlah posing-posing dan berselfie kat kereta kebal dan lain-lain. Seperti akak kat bawah ni. First time dia bergambar kat kereta kebal. Jakun sekejap. Hahaha.
"Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang ..."
Cute tak?
brass band by ATM Malaysia
Makan tengahari kami disediakan oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Berpicnic di tepi pantai sambil melihat lautan yang terbentang luas dan dihiburkan dengan alunan ombak. Wah, dramatik sungguh! Haha. Agak-agak korang dah berapa lama aku tak pergi picnic? Cuba teka?! =P
Picnic Time
Kenyang dah? JOM TENGOK aktiviti lain ..
Yang ni pula kumpulan I Love MY.. EH? haha
Gerai Jelebu 4x4. Kalau suka aktiviti lasak bolehlah daftar next time
ATV pun ada.
Yang ni aku join.. Nasib menang walaupun tulisan hancur. Haha.
Dan beberapa aktiviti sukan telah diadakan, antaranya :
Bola Tampar Pantai
Pertandingan Tarik Tali
Bola Sepak Pantai
Panjat Tiang & Pukul Bantal
Berkayak
Sewa Banana Boat dan Jet Ski
dan
BANYAK LAGI .. MERIAH SANGAT!!
Untuk group kami, kami sertai Pertandingan Tarik Tali dan Cari Pasangan.
'dibutakan seketika'
Mengagau-gagau Cari Pasangan
HAUS?
Abang Ice-cream ada.. Haha.
Dan pabila senja menjelma ...
Subhanallah, cantiknya sunset pada petang tu
Pada sebelah malam tu pula, adalah acara perasmian Pesta Air Port Dickson, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YB Dun Bagan Pinang, Tun Khairuddin Abu Bakar bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ong Hong Peng.
Perasmian Pesta Air PD
Percikan Bunga Api
Lepas acara perasmian, YB balik. Tinggalah kami bersama rakyat jelata. Seterusnya adalah konsert. Majlis diacarakan oleh Azrul Zaidi, naib juara Raja Lawak musim kedua. Artis-artis seperti Adira, Forteen dan lain-lain memeriahkan majlis dengan menyanyi dan buat contest untuk para pengunjung yang datang malam tu. Aku? Aku duduk saja. Nak join malu!!! Hahaha.
Konsert
Kumpulan Forteen
Persembahan Tarian
Terdapat juga contest selfie yang berlangsung sempena Pesta Air Port Dickson ni. Caranya mudah, pengunjung kena ambil gambar dengan Mr Proboscis ni dan upload di Facebook Tourism Malaysia. Aku? Aku tak join. Kasi chance kat diorang untuk menang. Haha. Oh yea, hadiah best juga. Dengar cerita pakej penginapan di Hotel Avilion Port Dickson. WOW! Nak tengok gambar selfie diorang, klik sini : Contest Selfie Pesta Air Port Dickson.
Akhir sekali, terima kasih Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Friends Of Negeri Sembilan kerana sudi menjemput Kisah Tatie untuk join event ni. Seganlah pada mulanya sebab aku seorang je blogger, yang lain media. Hahaha. Nasib kenal seorang dua. Thank you and hugs, Kisah Tatie.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Kisah Tatie
wahhh bestnya...enjoy :)
ReplyDeletemeriah habis
Deletebestnya bestnya :-)
Deletekan, nampak seronok n meriah :)
DeleteEh, gmbr kite pon ade. :)
ReplyDeletefarhan pun pergi jugak ke? seronoknya
Deleteoo..geng blogger la Farhan ni ek :-)
Deleteoo..geng blogger la Farhan ni ek :-)
Deletememang tak percaya air PD jernih mcm tu..seumur hidup akak setiap kali pergi mmg airnya keruh..maybe certain place kot...
ReplyDeleteIM pulak tak pernah sampai lagi T.T
Deleteagaknya mungkin certain place.. hari tu pergi air pun keruh jugak
Deletekan..actually byk kali ke PD..tapi x pernah airnya jernih..huhu
Deletetak pernah smpai lagi ke sini.. next time nak pergi :)
Deletewah, bestny :) :)
ReplyDeletesangat seronok tengok peserta pergi pesta ni
Deleteuntung la..;-)
Deletebetul betul, nampak meriah sungguh :)
DeleteNampak sungguh meriahnya. Macam2 aktiviti. Best kan dpt naik kereta kebal. Hehe
ReplyDeletetu la. abang atm pun join sekali, mesti ramai orang pergi
Deleteif I could join..hmmm
Deletemaybe next time akak boleh join :)
DeleteHaaa...masa ni adik akak ada jd urusetia..akak x pi sbb jln confirm jammed. ..next year nk explore la...
ReplyDeleteuh tiap tahun ada pesta ni kat pd?
Deleteye ke...ok la tu..at least ada yg kenal..
Deletemesti seronok kan kalau dapat join.
Deletewah santai betul tatie atas kereta kebal
ReplyDeletemesti best kan..boleh gak merasa ala tentera gitu :-)
DeleteTak berani nak naik banana boat tu..takut tercampak..hehe
Deleteaah, kalau tercampak mesti cuak, tpi ada life jacket tu, safe sikit ;)
Delete