Siapa kata aku tak pernah duduk asrama? Pernahlah. Tapi sekejap sahajalah. Setahun di Malacca Girls High School, Melaka. Tapi kini dah menjadi history. Zaman sekolah pun dah lama berlalu. (OMGG I'm getting old). Tapi kadang-kadang aku rindu zaman sekolah. Zaman duduk dorm, suasana sekolah dan semualah tentang sekolah. Aku rindu zaman sekolah.
Nak kembali ke zaman sekolah adalah sesuatu yang mustahil. Tapi untuk menginap di dorm sekolah bukanlah sesuatu yang mustahil. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang (SGGS) kini menawarkan khidmat dormitory.
Dormstay? Yes. Dormstay. Nak duduk di dorm? Inilah masanya. Jimat pun jimat. Tak perlu bayar lebih. Sesekali bertukar arah dan citarasa. Kembali ke zaman sekolah yuk!
Kembali Ke Sekolah
Awas, kanak-kanak melintas
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang ini adalah antara sekolah harian yang cemerlang di Malaysia. Pencapaiannya sangat tiptop. Maka tak hairanlah kenapa diorang boleh dapat idea untuk menghasilkan penginapan berasaskan dorm. Sesuatu yang unikkan? Aku pun tak pernah terfikir dorm sekolah boleh dijadikan sebagai penginapan untuk pelancong. Haha.
Dan dormitory ini dinamakan sebagai Casa Georgian. Ini adalah the real dorm yang dijadikan sebagai penginapan untuk pelancong. Tujuan sebenar penubuhan Casa Georgian ini adalah untuk membimbing dan memupuk sifat keusahawan dalam diri pelajar. Selain daripada itu, mereka juga menyediakan khidmat team building. Hebatkan?
Bangunan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang ini dibina pada tahun 1885 dan terletak di Jalan Macalister Pulau Pinang. Nak cakap dekat dengan tempat tourist tu takdelah, cuma sekolah ni mempunyai struktur bangunan yang menarik, suasana pun best dan tenang.
Lounge Area
The Room
katil
selimut dan sabun disediakan
almari/locker
The Toilet
Dan semua ini turut mendapat kerjasama dari Koperasi Pulau Pinang. Eh jap, jom tengok koperasi sekolah ni. Dengar cerita macam-macam ada.
Coop Mart
Hari Guru tak lama lagikan?
Kat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang ni terdapat dua koperasi khas untuk pelajar. Satu koperasi yang seperti kedai buku, satu lagi koperasi yang menjual pelbagai benda ala-ala mini kedai runcit gitu.
Ada jual Keychains
Tagged & macam-macam lagi
Next time nak try stay sinilah. Maybe aku kena buat plan dengan rakan-rakan yang lain. Plan ramai-ramailah baru best. Betul tak? Tapi ada juga beberapa peraturan yang para pengunjung kena patuhi. Macam tak boleh merokok dan lain-lain. Tentang waktu pula, tiada had. Just bagitahu pak guard sahaja. Tapi bertanggungjawablah terhadap barangan anda.
kami dihiburkan dengan persembahan Jazz
shushhh, adik tengah study. haha
budak-budak nakal
with St Georgians
wahh! sekolah lama yani :D
ReplyDeletesatu sekolah dengan tatie ke? senior junior ke?
Deleteoo...geng anak mami la ni ye :-)
Deleterindu zaman skolah mnengah, the best moment ever! :)
ReplyDeletebetul zaman baru nak kenal dunia..
Deletebetul tu..masa tu lah juga seorg kawan 'mencorakkan' kita if tak pandai pilih kawan
Deletebetul tu, setuju sangat, pengaruh rakan sebaya memang kuat masa zaman sekolah.. hehe
DeleteBestnya. Rindu zaman sekolah ;)
ReplyDeleterindu kawan sekelas & cikgu besar
Deletekan..tapi alhamdulillah still berhubung dgn kwn2 sekolah
Deletekan, rindu sangat, masuk universiti atau tme kerja 100% tak sama dengan zaman sekolah
DeleteJelesnya...bestnya kalau dpt back to school semula...kan?
ReplyDeletenak sangat back to school again
Deleteif balik kg sure akak lalu depan sekolah ..miss that moment
Deletebetul2, dapat join aktiviti cmni dpt relive moment2 kat skolah dulu :)
Deleterindunya zaman sekolah
ReplyDeletekan.. mesti semua yg baca ni rindu je zaman skolah dlu :)
Deletedasyat kan sekarang dah ada koop gempak !
ReplyDeletemiss stgeorge! :D
ReplyDeleteOo..dr satu sekolah dgn Tatie la ni
DeleteSekolah akak dulu xde jual key chain camtu..hehe
Deletebestnya aktiviti ni, u get to relive your high school experience! the best :)
ReplyDeleteWow... baca blog awak baru saya tahu SGGS dah buat Dormitory... thanks for the awesome post. I'm a Georgian... boleh pegi try ni! heheheh.
ReplyDeleteasrama ni dibuka untuk form6 tak ?
ReplyDeleteasrama ni dibuka untuk form6 tak ?
ReplyDeletesjuryjt
ReplyDelete