Kalau korang tanya aku pasal pulau di Pulau Pinang, secara jujur aku hanya tahu Pulau Jerejak sahaja. Tetapi semasa trip Jom Jelajah Penang, kami melawat satu pulau yang sememangnya aku sendiri pun tak pernah tahu kewujudannya sebelum ini. Ekekeke. Ampun!
Nama pulau tu adalah Pulau Aman. Aku tahu sebahagian daripada korang (especially orang utara) memang tahu kewujudan pulau ni. Tapi bagi aku, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Hasilnya, aku sendiri masih tak percaya ada pulau bernama Pulau Aman di Pulau Pinang. Haha.
Pulau Aman terletak berdekatan dengan jambatan kedua Pulau Pinang dan kira-kira 16 km nautika dari Seberang Perai. Jambatan kedua?? Ya, yang baru buka tu. Pulau ini terkenal dengan gelaran 'Island Of Peace'. Kenapa Island Of Peace? Haaa, yang tu korang google sendirilah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang
Perjalanan kami bermula di Kompleks Jeti Batu Musang. Memang ini adalah salah satu jeti untuk ke Pulau Aman (satu lagi dari Batu Maung). Dari sini korang akan menaiki bot untuk ke Jeti Pulau Aman. Bayarannya adalah RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak (return). Perjalanan mengambil masa kira-kira 5-8 minit untuk sampai ke Pulau Aman.
Berbalik pada cerita Pulau Aman, orang kata kalau pergi ke Pulau Aman tak sah kalau tak pekena mee udang dan sukun. Alhamdulillah aku dapat merasa dua-dua makanan ni. Kata mereka, zaman dahulu kala sebahagian dari penduduk pulau ini adalah kaum Cina dan selebihnya adalah Melayu. Tapi kini kaum Cina telah berhijrah dan tinggallah Melayu di Pulau Aman ini.

Kompleks Jeti Batu Musang, Pulau Pinang

Naik Dari Sini
Jeti Batu Musang

Jangan disangka air yang tenang, tiada dolphin

Semua excited!!

Jeti Pulau Aman

Memancing dulu sat

Bot Yang Kedua

Bersahabat Selamanya

Jom Terokai Pulau Aman

Where To Go?
Bagi yang mahu rasai suasana kehidupan di kampung nelayan sambil menghirup udara laut yang segar, bolehlah menginap di homestay-homestay dan chalet-chalet yang disediakan. Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati buah-buahan segar serta melawat beberapa tempat tinggalan sejarah. Eh, lupa pulak nak bagitahu. Pulau Aman ni adalah sebahagian dari projek Koperasi Pelancongan Pulau Pinang.

Mereka Kata Mee Udang Best Kat Situ

bot-bot nelayan
Tempat-tempat menarik di Pulau Aman, Pulau Pinang adalah seperti Telaga Emas, Batu Perompak, Gua Lanun, Kubur Lama dan banyak lagi. Rombongan kami sempat melihat dolphin di sini. Tapi sayangnya dek kerana teruja melihat dolphin aku terlupa nak ambil gambar. Nanti aku cari sesiapa yang ada gambar tu, boleh aku pinjam tepekkan kat sini. Hehehe.

Kuih Kapit

Khas Untuk Generasi Muda

Kat sini ada library, sekolah dan lain-lain

Cantikkan rumah ni?

Sukun antara yang wajib korang try bila di sini
Pada mulanya aku ingat tak dapatlah jamah mee udang yang dikatakan antara yang WAJIB TRY bila berkunjung ke Pulau Aman ni. Rupa-rupanya di pertengahan jalan, kami diarahkan supaya ke sebuah restoran. Alhamdulillah, rezeki. Bukan setakat mee udang, kami turut menjamah beberapa makanan lain seperti nasi goreng udang dan sukun goreng. OMGG SEDAP SANGAT!

Mee Udang Sedap

Cuba Teka Mana Satu Aku Punya

Nice House
Selepas makan tengahari, kami melawat perkampungan nelayan untuk melihat cara-cara nak buat belacan dan juga ikan masin. Busuk? Arghh pedulikan. Sekali sekala apa salahnya. Balik rumah boleh try buat belacan sendiri. Haha. Kebanyakan penduduk di Pulau Aman Pulau Pinang ini bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup.

Belacan Pulau Aman

Belacan-Belacan Yang Hampir Siap

Dipotong Sebelum Dipack

Ikan apa tah ni

Ikan Masin

Cuaca Panas Terik

Tenang Setenang-tenangnya

Pokok Sukun Tertua Di Malaysia

chalet-chalet

Okay Jom Balik

Pukat Ikan Pari
Sebelum balik kami singgah di Sangkar Ikan dulu.

Kali Kedua Berada Di Atas Sangkar
Dari jauh korang akan nampak pasir di Pulau Aman ini seakan-akan berwarna putih. Tapi jangan tertipu. Itu adalah kulit-kulit kerang yang menghiasi pantai-pantai di sini. Walau bagaimanapun, ia membuatkan pulau ini kelihatan unik dan cantik.
Itu sahaja yang boleh aku kongsi mengenai Pulau Aman ni. Majoriti yang datang ke sini adalah untuk menikmati hidangan mee udang yang sedap. Ada juga datang datang untuk melihat dolphin. Bagi kaki pancing, ini adalah ibarat syurga memancing untuk mereka. Tak kisahlah apa juga tujuan korang, yang penting bagi sesiapa yang tak pernah datang tu, jomlah singgah di pulau ini.
Aku pun kali pertama dengar nama pulau Aman ni. Tempat nampak menarik boleh memancing lagi.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejenjalan dari group review :)
follow sini yeee :)
i sesat di pulau aman tu
ReplyDeletetak nampak ikan masin besar dan sukun pulut tertua ><
sobsss...why i always miss something =="
hey no picture of u n i..next time must snap with u..#tumpangglamour hahaha
MY-Emily
tercari-cari juga mana dolfin! mana-mana? he..he..
ReplyDeletememng pulau ni island of peace!
baca entry ni reminde saya masa p sana..
kcuali x p tempat proses belacan.. he..he. :)
Eh, ada dolfin ke kat situ?
Deletehahh..ada ke ??
Deleteseriously? ehehe, gurau je kot.. hehe
Deleteseronoknye kakak jalan - jalan :)
ReplyDeletekan suka baca blog kak tatie, selalu pegi jln2 :)
Deletecantikny view! & terliur tgk mee udang tu :)
ReplyDeletemcm sedap kan..tp sygnya..x leh makan...huhu
Deletexpe kalau teringin prepare ubat allergic dlu :)
DeleteSygnya allergic dgn udang mmg tak dptlah nk merasa mee udang.
ReplyDeleteoo..ye ke..sama la kita
DeleteUntungla siapa yg dpt ikut trip ni...byk ilmu dikutip...mcm best je dpt tgok proses buat belacan...
ReplyDeleteTu la...mcm2 pengalaman they all dpt
Deletebetul tu, tak pernah lagi tengok proses membuat belacan ni
DeleteNgeri nya ikan tu..mcm grg jer..hehe
ReplyDeletehaha, besar mata ikan tu :)
DeleteNak piiii
ReplyDeleteNk p jg satu ari nnti
ReplyDeleteNk p
ReplyDeleteNk p jg satu ari nnti
ReplyDelete