MENGHARGAI JASA PAHLAWAN DI MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

By | 5/26/2014 03:01:00 pm 21 comments
Pahlawanku, 
Pergilah Berjuang Untuk Bangsa,
Jangan Ragu,
Namamu Tetap Dipuja.

Begitulah syahdunya lagu Pahlawanku yang kerap kali kita dengar setibanya tanggal 31 Ogos setiap tahun. Namun sejauh mana kita menghargai jasa-jasa pahlawan negara yang memerah keringat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara kita suatu ketika dahulu? Ataupun hanya sekadar bait lagu atau ungkapan semata-mata?

Melalui mata dan pandangan aku sendiri, semakin lama semakin dilupakan terutamanya generasi muda zaman sekarang. Mungkin jika ditanya pada mereka siapa Leftanen Adnan, mereka tidak tahu siapa perwira negara yang dahulunya sanggup menggadaikan nyawa demi tanahair. Sedihkan? Itulah yang aku rasa sekarang ni.

Sehubungan dengan itu, wujudlah Muzium Tentera Darat yang berpangkalan di Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Siapa yang tidak pernah ke sini memanglah rugi. Untuk pengetahuan korang, sejak bila Port Dickson ni digelarkan sebagai Bandar Tentera Darat sejak 29 September 2009.

Manakala bangunan muzium ini adalah hasil dari ubah suai dua buah bangunan lama di Pusat Latihan Asas Darat, mengambil masa selama 4 tahun untuk dibina, akhirnya siap dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-XII pada 28 Jun 2005.


Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah muzium tentera yang terbesar di Malaysia yang diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Kat sini terdapat pelbagai kemudahan seperti auditorium, surau, kedai souvenir dan lain-lain lagi.

Auditorium dan replika kapal terbang

Aku suka Muzium Tentera Darat ni sebab ia lain daripada yang lain dan paling penting kat sini terdapat pelbagai info yang berguna. Kalau zaman sekolah dulu nak tahu Rahsia dan Teknik Nak Dapat A1 dalam subjek Sejarah, korang kena rajin-rajinkan kaki pergi muzium. Alhamdulillah berkesan. Kalau baca buku je memang boring. Sebab tu kena pergi dan lihat dan fahamkan. 


Tapi apa kaitannya dengan Muzium Tentera Darat Port Dickson ni? Sebab ia padat dengan maklumat yang membantu dalam memahami sejarah lampau negara kita. Kat sini juga terdapat terowong komunis. Yang ni aku tak sempat nak explore.

replika kapal terbang

Peta Port Dickson
Tugu Peringatan

Mengenai bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson pula, dari mula-mula ia dibina sehinggalah kini adalah PERCUMA. Menarikkan? Dahlah best. Eh BEST? Yup, something yang berbeza dan muzium ni setanding dengan muzium-muzium tentera kat luar negara. *Bangga*

Lokasi Muzium Tentera Darat Port Dickson pula sangat mudah untuk dicari. Kalau korang daripada Kuala Lumpur dan ke Port Dickson menerusi highway, terus je sampai ke traffic light berdekatan dengan pintu gerbang Port Dickson, belok kanan. Landmark dia senang je, ada replika truck tentera di belah kanan. Ha, masuk simpang tu dan terus sehinggalah korang jumpa Muzium Tentera Darat ini di sebelah kiri.


Keretapi lama yang pernah membawa Agong yang terdahulu

Nak tahu info, just click je.. 

Kunci Kapsul Masa

Kapsul Masa.. akan dibuka lagi pada tahun 2033

Apa tu kapsul masa? Kapsul masa ni membantulah dari segi komunikasi. Kira macam wasiat dari zaman ni untuk generasi akan datang. Kot-kot korang nak sampaikan sesuatu kepada cicit-cicit bolehlah guna kapsul masa. 

Tapi Kapsul Masa di Muzium Tentera Darat Port Dickson ni berfungsi sebagai bekas untuk menyimpan barang atau maklumat bersejarah untuk disampaikan kepada generasi akan datang. Kapsul ini mengandungi surat Panglima Tentera Darat tahun 2008 kepada Panglima Tentera Darat tahun 2033, surat aspirasi keutuhan Tentera Darat, Surat BAKAT dari Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat pada 1 Mac 2033.

Kat sini juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Era Kesultanan Melaka, Era British, Era Penubuhan Askar Melayu, Era Portugis dan Belanda, Erra Fazira ... Eh?? Hehehe gurau je. Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak pergi. Keluasan Muzium Tentera Darat ni tersangatlah luas. Macam-macam ada. 


Kalau belajar sejarah, bab ni paling aku suka

Sayangnya kata mereka, kapal ni dah rosak. Kalau tak lebih menarik
(diorang kata ada 3D dan muzik)
Ke zaman dahulu...
Cantikkan baju dia? Boleh buat idea untuk blouse.. haha

Era British ...

Era Penubuhan Askar Melayu

Urmm..

Jom Jalan-Jalan

Aku tak sempat meneroka bangunan ni

Pelbagai jenis kereta perisai dan kereta kebal

Muzium Tentera Darat Port Dickson juga telah memenangi pelbagai anugerah dan paling dibanggakan ia pernah merangkul anugerah BEST TOURIST ATTRACTION (attraction by National Identity - Heritage) oleh Tourism Malaysia. WOW, Hebat!


Apa ni eh?

Kecil je helicopter ni. Cute!

Jet pejuang

Bergambar sekejap

Nak angkut bawa balik

Dan kat sini terdapat cafe dan gerai-gerai jual makanan. Kalau lapar bolehlah singgah dan pekena Kopi Mak Okid. Kopi Mak Okid ni famous tau kat area-area Port Dickson.


Tuan Empunya Kopi Okid
Kafetaria

Selfie time

Meremang bulu roma apabila melihat susah payah mereka mempertahankan negara. Bersyukur kerana hidup di zaman ini. Harapnya keamanan ini sentiasa dijaga.

Bagi generasi muda, aku suggest korang ke sini dari buang masa dengan aktiviti tak berfaedah. Sekurang-kurangnya belajar menghargai jasa mereka yang terdahulu. Bukannya kena bayar pun. FREE. Jangan anggap aman selamanya aman. JOM ke sini pada musim cuti sekolah ni.

Muzium Tentera Darat
Batu 4, Kem Sri Rusa
71050 Port Dickson

No Tel
06 647 1266

Website

Email
admin@armymuseumpd.gov.my

Operation Hour :
Rabu - Ahad 10 pagi - 5 petang
Newer Post Older Post Home

21 comments:

  1. part blouse tu funny :) :)

    ReplyDelete
  2. IM tak pernah sampai sana. Tp kalau lalu kat lumut nampak kapal tudm besar2 dah rasa semangat :)

    ReplyDelete
  3. Sini la yg Dania selalu berzikir kat telinga mamanya nk pi...anak dara akak tu lebih suka pi muzium...x tau la knp...

    ReplyDelete
  4. selalu lalu dpn tp x pernah singgah

    ReplyDelete
  5. pernah sekali datang buat lawatan kat sini..

    ReplyDelete
  6. wahh nk angkut kapalterbang tuuh,. ;)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane