Latest Posts

Showing posts with label HOMESTAY. Show all posts
Showing posts with label HOMESTAY. Show all posts
Pengalaman menginap di homestay adalah sesuatu yang sangat berharga. Jauh dari hiruk pikuk, udara segar bugar dan paling best korang dapat merasai suasana kampung. Amannya, Subhanallah!

Tapi tak ramai di antara kita yang gemar menginap di homestay. Kata mereka, less privacy. But for me, ia adalah satu pengalaman yang best. Di samping menginap dengan mak bapak angkat, korang juga berpeluang merasai sendiri kehidupan kampung yang jauh beza dengan kehidupan di bandar.

Homestay Bukit Gantang

Terdapat homestay yang menawarkan pakej sekali dengan aktiviti-aktiviti kampung. Ada hiking, mandi air terjun, perkahwinan olok-olok, mengait buah, bbq, masuk gua dan banyak lagi bergantung pada tempat homestay yang kita pergi tu. Apa-apapun, korang ni faham ke sebenar-benarnya maksud homestay??

Mengikut Wikipedia, maksud Homestay ialah ..

"Homestay is a form of tourism that allows a visitor to rent a room from a local family in a homelike setting and visitor will getting familiar with the local lifestyle."

Dalam erti lain, ia dikenali sebagai inap desa.

Aktiviti Sukan di Homestay Mengkuang Titi Pulau Pinang

________________________________

Berikut antara yang disenaraikan oleh Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2014.

[ Homestay in Negeri Sembilan ]
Homestay-homestay di Negeri Sembilan

Homestay Batang Nyamor, Kota
Homestay Kuala Klawang, Jelebu
Homestay Lonek, Batu Kikir
Homestay Mudin Hasan, Serting
Homestay F'Best, Serting
Homestay Laman Bangkinang, Kuala Klawang
Homestay Rawa, Lenggong
Homestay Pelegong, Labu
Homestay Pachitan, Port Dickson
Homestay Gemas, Gemas
Homestay D'Pelandok Best, Port Dickson

[ Homestay di Selangor ]
Homestay-homestay di Selangor

 Homestay Kampung Endah, Banting
Homestay Sungai Sireh, Tanjung Karang
 Homestay Seri Kayangan, Sungai Besar
Homestay Air Manis, Sabak Bernam
 Homestay Papitusulem, Sekinchan
Homestay Sg Nibong Batu 23, Sungai Besar
Homestay Bougainevilla, Batu Caves
Homestay Kampung Sungai Lang Tengah, Banting
Homestay Kanchong Darat, Banting
Homestay Kundang, Kuala Langat
Homestay Kg Batu Laut, Kuala Langat
Homestay  Sepintas, Sabak Bernam

 [ Homestay in Kedah ]
Homestay-homestay di Kedah

 Homestay Kampung Relau , Bandar Baharu
Homestay Desa Keda Ulu Legong, Baling
Homestay Kampung Raga, Yan
 Homestay Kampung Sungai Badak, Gurun
Homestay Kampung D'Belimbing, Kuala Nerang
Homestay Kampung Jeruju, Ayer Hitam
 Homestay Kampung Pulau Pisang, Jitra
 Homestay Kampung Desa Lahar Tanjung, Alor Setar
 Homestay Wan Tok Rendong, Langkawi
Homestay Pulau Tuba, Langkawi
 Homestay Sungai Itau, Langkawi

[ Homestay in Perak ]
Homestay-homestay di Perak

Homestay Klah, Sungkai
Homestay Bagan Datoh, Pekan Selekoh
Homestay Maju Manik, Teluk Intan
Homestay Kampung Beng, Lenggong
Homestay Selama, Taiping
Homestay Kampung Relau
Homestay Pendiat, Bota
Homestay Gopeng, Gopeng

[ Homestay in Perlis ]
Homestay-homestay di Perlis

Homestay Kampung Paya Guring, Arau
 Homestay Felda Mata Ayer, Padang Besar

[ Homestay in Melaka ]
Homestay-homestay di Melaka

Homestay Ayer Limau, Masjid Tanah
Homestay Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah
Homestay Tambak Paya, Ayer Molek
Homestay Kampung Pulai, Merlimau
Homestay Kg Parit Penghulu, Umbai
Homestay Kampung Morten, Melaka Tengah
Homestay Kampung Alai, Melaka Tengah

[ Homestay in Johor ]
Homestay-homestay di Johor

Homestay Kampung Sri Gunung Pulai, Kulaijaya
Homestay Tanjung Piai, Pontian
Homestay Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi
Homestay Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi
Homestay Kampung Parit Bugis, Batu Pahat
Homestay Kampung Permatang Sepam, Pontian
Homestay Kampung Sri Paya, Kulaijaya
Homestay Felda Semenchu, Kota Tinggi
Homestay Kampung Parit Tengah, Batu Pahat
Homestay Kampung Puteri Menangis, Pontian
Homestay Kampung Lukut, Kota Tinggi
Homestay Kampung Air Papan, Mersing
Homestay Kampung Batu 28 Lenga, Muar
Homestay Kampung Sarang Buaya, Batu Pahat
Homestay Kampung Sinaran Baru, Skudai
Homestay Kg Perigi Acheh, Pasir Gudang
Homestay Felda Tenggaroh 3, Mersing

[ Homestay in Pahang ]
Homestay-homestay di Pahang

Homestay Kg Taman Sedia, Cameron Highlands
Homestay Kuala Medang, Kuala Lipis
Homestay Sungai Pasu, Raub
Homestay Gali Hilir, Raub
Homestay Felda Mempaga 1, Karak
Homestay  Kampung Peruas, Raub
Homestay Kampung Janda Baik, Bentong
Homestay Kg Leban Chondong, Rompin
Homestay Sungai Lembing, Kuantan
Homestay Pantai Sepat 2, Kuantan
Homestay Seri Makmur, Kuantan
Homestay Desa Murni, Temerloh
Homestay Felda Jengka 25, Jengka
Homestay Rumpun Makmur, Temerloh

[ Homestay in Penang ]
Homestay-homestay di Pulau Pinang

 Homestay Pulau Betong (pulau)
 Homestay Kampung Sg Chenaam (pulau)
 Homestay Pulau Aman (pulau)
 Homestay Jalan Baru (pulau)
 Homestay Teluk Bahang (pulau)
 Homestay Kota Aur
 Homestay Sungai Duri
 Homestay Sg Semilang
 Homestay Sungai Setar
 Homestay Kampung Mengkuang Titi

Homestay in Kelantan ]
Homestay-homestay di Kelantan

 Homestay Kubang Telaga, Bachok
 Homestay Jelawang, Kuala Krai
 Homestay Nelayan Pantai Suri, Kota Bharu
 Homestay Kampung Kemuncup, Machang
Homestay Jelawang, Dabong
Homestay Bukit Jering, Jeli
Homestay Ranok Baru, Gua Musang
Homestay Batu Papan, Gua Musang

Homestay in Terengganu ]
Homestay-homestay di Terengganu

Homestay Felda Selasih, Jertih
Homestay Felcra Keruak, Besut
Homestay Kg Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Homestay Kg Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
Homestay Kampung Buloh, Kuala Berang
Homestay Kampung Pasir Raja, Dungun
Homestay Jerangau, Dungun
Homestay Rhu 10, Setiu

[ Homestay in Sabah ]
Homestay-homestay di Sabah

Homestay Miso Walai, Sandakan
Homestay Moido Walai Toko, Sandakan
Homestay Koposizon, Papar
Homestay Misomporu, Kudat
Homestay Long Pasis, Sipitan
Homestay Melangkap, Kota Kinabalu
Homestay Taginambur, Kota Belud
Homestay Mitabang, Tuaran
Homestay Tambunan Village, Tambunan
HomestayWalai Tokou, Ranau
Homestay Lobong-Lobong, Kota Kinabalu
Homestay Penampang, Penampang
Homestay Kota Likas, Beaufort

[ Homestay in Sarawak ]
Homestay-homestay di Sarawak

Homestay Santubong, Kuching
Homestay Pangliman Seman Lama, Kuching
Homestay Annah Rais, Padawan
Homestay Kg Benuk, Kuching
Homestay Kg Pueh, Sematan
Homestay Teluk Melano, Lundu
Homestay Kg Tanah Hitam, Lundu
Homestay Kg Mongkos, Serian
Homestay Maludam, Betong
Homestay Senau, Mukah
Homestay Rumah Patrick, Miri
Homestay Kedayan, Miri
Homestay Rumah Panjang Bawang Assan, Sibu
Homestay Ba'kalalan, Lawas
Homestay Rumah Benjamin Angki, Kanowit
Homestay Rumah Nyuka, Sarikei
Homestay Sungai Asap, Belaga
Hometay Krokong, Bau
Homestay Rumah Wilson Bana, Sri Aman

[ Homestay in Labuan]
Homestay-homestay di Labuan

Homestay Kampung Bukit Kuda
Homestay Kampung Sungai Labu
Homestay Kg Patau-Patau 2

Untuk keterangan lanjut, bolehlah direct 

Tourism Malaysia

1 300 88 5050 (within Malaysia)
603 8891 8000 (Malaysia/oversea)

Website :
http://www.tourismmalaysia.gov.my/en/my

Email Tourism Malaysia :
enquiries@tourism.gov.my

[ Happy Holiday ]

Hari ini aku nak ajak korang makan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. Yum, yum sedap sangat! Hehehe. Kat restoran? Bukanlah. Kat sebuah homestay milik Encik Mansor Saad di Felda Jengka 25.

Actually pada malam pertama program Kembara Berakit Sungai Pahang tu, kami stay di Homestay Felda Jengka 25 Pahang. Pada mulanya aku sangkakan mungkin homestay ni macam homestay-homestay lain yang aku pernah pergi sebelum ni atau lebih buruk daripada yang terdahulu. Macam-macam perkara negatif yang aku fikirkan. Tapi bila sampai sini semua jadi lain.

Homestay Felda Jengka 25 Pahang ini tersangatlah bersih dan rumah mereka ni boleh dikategorikan sebagai rumah besar-besar (bungalow kampung). Kehidupan yang sangat aman, serasi dengan udaranya yang segar, pemandangan flora yang menghiasi di setiap rumah kampung dan banyak lagi.

Sejuk mata memandang, sejuk lagi hati yang menginap
Rumah Mak Bapak Angkat Kami

Ini adalah kali pertama aku menginap di kawasan Felda. Apa yang boleh aku cakap, kawasan Felda Jengka 25 sini, orangnya ramai yang kaya. Lihat sahaja keluasan rumah mak bapak angkat kami ni. Kalau kat Kuala Lumpur mahu berjuta. Dahla lengkap dengan pond dan kebun buah-buahan kat belakang rumah. Pergh!

Aku ditempatkan bersama Lala (wakil dari Gaya Travel), Laila (wakil dari Tourism Malaysia Pahang) dan Evelyn (wakil dari Majalah Singgah). Mak bapak angkat kami sangat-sangat friendly. Kami diberi makan, makan, makan. Rasa macam singkat pula duduk semalaman kat sini. Ngeee.

Bagi yang risau pasal line Phone dan Internet kat Jengka Pahang, jangan risau. Gunalah CELCOM. Sebabnya aku masih boleh access ketika berada kat sini. Antara kami semua ada yang menggunakan line Maxis, UMobile, Digi dan lain-lain tetapi gagal mendapatkan line. Even ada yang tulis No Network langsung. Hahaha. Alhamdulillah, gunalah celcom. Even kat tengah laut pun masih boleh dapat line.

Ingat Jengka, Ingat Rumah ni
Dapur ada dua, ini bahagian basah.

Aku terdelete gambar ruang tamu yang luas tu. sobsobsob.

Bilik tidur Lala dan Laila
Bilik tidur aku dan Evelyn (macam bilik pengantin kan?)

Mak angkat kami memang pandai memasak. Masakan dia memang mengundang kegemukan. Hahaha. Dek kerana terlalu sedap aku asyik tambah nasi je. Ikan talapia goreng, ikan pating masak tempoyak, sayur masak putih dan lain-lain lagi. Memang sedap gila. Sedap yang bukan direka-reka cerita.

Aku tahu ada di antara kalian peminat tegar ikan patin masak tempoyak kat R&R Temerloh. Tapi once korang dah try makcik ni punya lauk, dah tak pandang dah ikan patin sana. Hahaha.

Lapar!!! T_T
Ikan Patin Masak Tempoyak.. Terbaik

Selain tu, kawasan persekitaran pun memang best. Mak bapak angkat kami bela itik dan ternak ayam. Siap ada tempat khas untuk itik-itik ni semua. Alahai.. 

Bukan setakat haiwan, kat belakang rumah banyak pokok buah-buahan seperti manggis, mangga dan banyak lagi. Kira kalau datang musim buah-buahan memang bestlah.

Khas Untuk Itik
Bergambar dengan empunya homestay yang kami duduk

Terima kasih pakcik dan makcik di atas layanan yang very-very exclusive. Walaupun tak sempat nak mengenali penduduk lain kat Homestay Jengka 25 Pahang ini, tetapi aku rasa dengan makan ikan patin yang makcik ni buat dah cukup complete tour aku ke sini. Hahaha.

So, kalau nak ke sana, singgah-singgahlah homestay mereka ni.
Ops, aku terlupa nak cerita pasal Kampung Sungai Chenaam Nibong Tebal Pulau Pinang


Kampung Chenaam? CHENAAM? Kenapa namanya pelik sangat? First time sampai kat sini pun aku tertanya-tanya. Chenaam tu nama orang ke? Atau pengasas kampung ini? Haha. T_T 

Sebenarnya ia bukanlah nama orang seperti yang aku sangkakan. Suatu ketika dahulu ada seorang budak kecil ni. Dia kelaparan dan mengadu kepada bapanya. "Ayah, cek nak am", yang bermaksud ayah, saya nak makan. Sejak hari tu kampung ni dikenali sebagai Chenaam. Lepas ni boleh whatsapp boypren, "Yang, chenaam".. LOL! Haha.

Kampung Sungai Chenaam ni hebat. Homestay-homestay yang sangat selesa dan besar. Jika sebelum ni aku ke homestay rata-ratanya memang 100% kampung, tetapi kat sini agak moden sikit. Rumah mereka pun agak besar dan ada yang sampai 5-6 bilik dalam sebuah rumah. Namun, masih mengetengahkan ciri-ciri kampung seperti kehidupan dan lain-lain lagi.

Sungai Chenaam

Kampung ni juga pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat antarabangsa pada tahun 2010 dan banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh kampung ini. Saiz kampung ni takdelah sebesar mana. Kira-kira 490 keluarga sahaja, namun keharmonian masih terjaga sehingga kini.

Secara besar-besaran mereka sambut kedatangan kami
makcik-makcik kampung
but first, let us take selfie.. haha
Kat kampung ni lah rumah pak mak angkat kami
adik beradik angkat bersama ibu bapa angkat

Untuk Homestay Kampung Chenaam, kami ditempatkan di sebuah rumah homestay milik Puan Noridah binti Ahmad bersama peserta dari luar negara. Keseluruhannya 6 orang peserta Jom Jelajah Koperasi menginap di rumah ini. Seorang dari Singapore, dua dari Philippines dan seorang lagi dari Australia. Manakala aku dan Miza pula dari Malaysia.

Rumah homestay Puan Noridah ni sangat besar. Bagi sesiapa nak menginap kat sini bolehlah contact terus dengan dia. Harga bermula dari RM40 semalam untuk seorang. Kalau dengan makanan, RM50/semalam. Okaylah tu. Cheap! 

Puan Noridah binti Ahmad
56, Sungai Chenaam, Sungai Acheh,
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Rumah Mak Bapak Angkat Kami
bergambar bersama mak angkat
Ruang Tamu
Ruang makan
Pagi-pagi dah terhidang makanan.
Bilik kami (berkongsi dengan Miza)

Seterusnya, kami dibawa ke tempat penanaman pokok bakau. Korang tahu tak betapa kepentingan hutan bakau kepada alam semulajadi? Selain itu ia berfungsi bagi menghalang bencana seperti tsunami (mengurangkan tekanan gelombang) dan lain-lain lagi. Tak perlulah aku cerita dengan lebih lanjut. Rasanya semua kat sini belajar Geografi dulu kan? Hehehe. 

spot me
berjalan-jalan di hutan kayu bakau
Sempat lagi.. haha
Duduk sebentar sementara menunggu yang lain
Spesis tumbuhan - Gedabu.
selfie berjemaah

Malam tu pula adalah upacara perasmian Jom Jelajah Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus. Pelbagai persembahan menarik yang diadakan pada malam tu dengan tema ala-ala kampung.

Persembahan Nyanyian
Kupang.. Kupang

the menu

with Stephen and Edgar

korang makan tak benda ni?
macho tak? hahaha . LOL.
look up ..
Persembahan dari Peserta Luar Negara

Tak lengkap rasanya pakej percutian di homestay jika tak merasai dan melakukan aktiviti kampung. Sekurang-kurangnya satu dua aktiviti pun jadilah. Jadi, kebesokan harinya, pepagi lagi kami dah berkumpul di tepi parit besar bagi menyaksikan aktiviti pukul bantal dan tangkap itik. 

I love the view

Teratai Layu di Kampung Sungai Chenaam

Anak-anak kampung

Mempersonakan

Acara Pukul Bantal

Stress? Mahukan therapy? Inilah salah satu cara bagi mengurangkan stress. Haha. Pukul bantal ni juga famous di barat dan dikenali sebagai pillow fighting. Bezanya di kampung diorang pukul di atas titi. Siapa terjatuh orang tu lah yang kalah dan yang masih bertahan kat atas titi tulah yang menang. Lebih istimewa, aktiviti ini kini dikomersialkan dengan adanya Hari Lawan Bantal Sedunia yang diadakan pada 5 April setiap tahun. Ehem, ehem. 5 April. Haha.

'Pukui, jangan tak pukui'

Pertandingan Tangkap Itik 


Adoi, sakit perut menahan gelak. Sumpah, ini adalah aktiviti paling lawak. Aktiviti tangkap itik dalam kolam memang sesuatu yang mencabar. As we all know, itik ini adalah antara binatang yang bijak dan sukar ditangkap. Kalau angsa tu tak payah kejar, kita sendiri kena kejar. Tapi berbeza dengan itik, diorang ni belum apa-apa dah lari. Hahaha.

acara tangkap itik
bawa bertenang.. jangan dimakan itik tu hidup-hidup. haha
ala-ala oversea
group photo

Terima kasih kerana sudi baca. Lepas ni aku nak kongsi pengalaman di Pesta Air Port Dickson pula ye. 
Stay Tune. LoveloveLove from me, Kisah Tatie.
Siapa kata aku tak pernah duduk asrama? Pernahlah. Tapi sekejap sahajalah. Setahun di Malacca Girls High School, Melaka. Tapi kini dah menjadi history. Zaman sekolah pun dah lama berlalu. (OMGG I'm getting old). Tapi kadang-kadang aku rindu zaman sekolah. Zaman duduk dorm, suasana sekolah dan semualah tentang sekolah. Aku rindu zaman sekolah.


Nak kembali ke zaman sekolah adalah sesuatu yang mustahil. Tapi untuk menginap di dorm sekolah bukanlah sesuatu yang mustahil. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang (SGGS) kini menawarkan khidmat dormitory. 

Dormstay? Yes. Dormstay. Nak duduk di dorm? Inilah masanya. Jimat pun jimat. Tak perlu bayar lebih. Sesekali bertukar arah dan citarasa. Kembali ke zaman sekolah yuk!

Kembali Ke Sekolah

Awas, kanak-kanak melintas

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang ini adalah antara sekolah harian yang cemerlang di Malaysia. Pencapaiannya sangat tiptop. Maka tak hairanlah kenapa diorang boleh dapat idea untuk menghasilkan penginapan berasaskan dorm. Sesuatu yang unikkan? Aku pun tak pernah terfikir dorm sekolah boleh dijadikan sebagai penginapan untuk pelancong. Haha.

Dan dormitory ini dinamakan sebagai Casa Georgian. Ini adalah the real dorm yang dijadikan sebagai penginapan untuk pelancong. Tujuan sebenar penubuhan  Casa Georgian ini adalah untuk membimbing dan memupuk sifat keusahawan dalam diri pelajar. Selain daripada itu, mereka juga menyediakan khidmat team building. Hebatkan?


Bangunan Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang ini dibina pada tahun 1885 dan terletak di Jalan Macalister Pulau Pinang. Nak cakap dekat dengan tempat tourist tu takdelah, cuma sekolah ni mempunyai struktur bangunan yang menarik, suasana pun best dan tenang.



Lounge Area


The Room

katil
selimut dan sabun disediakan

almari/locker

The Toilet



Dan semua ini turut mendapat kerjasama dari Koperasi Pulau Pinang. Eh jap, jom tengok koperasi sekolah ni. Dengar cerita macam-macam ada. 


Coop Mart
Hari Guru tak lama lagikan?

Kat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George Pulau Pinang ni terdapat dua koperasi khas untuk pelajar. Satu koperasi yang seperti kedai buku, satu lagi koperasi yang menjual pelbagai benda ala-ala mini kedai runcit gitu.

Ada jual Keychains
Tagged & macam-macam lagi

Next time nak try stay sinilah. Maybe aku kena buat plan dengan rakan-rakan yang lain. Plan ramai-ramailah baru best. Betul tak? Tapi ada juga beberapa peraturan yang para pengunjung kena patuhi. Macam tak boleh merokok dan lain-lain. Tentang waktu pula, tiada had. Just bagitahu pak guard sahaja. Tapi bertanggungjawablah terhadap barangan anda.

kami dihiburkan dengan persembahan Jazz
shushhh, adik tengah study. haha
budak-budak nakal
with St Georgians
Live for Bernama TV

Thank you Suruhan Jaya Koperasi Malaysia & Gaya Travel
Thank you Pengetahua SGGS, Pn Sharifah Afifah
Thank you student SGGS

St George's Girls' School
Jalan Macalister, Penang

No Telefon :
04 229 5855

Maps :

(^_^)
American Airliner Plane