SARAWAK REGATTA 2014 | Masih ingat pepatah orang iban, "AGI IDUP, AGI NGELABAN" ?? Pepatah itu jugaklah aku guna selalu. Never give up!! Selagi hidup, selagi itu kena lawan. Bukanlah maksud kena melawan orang. Oh, tidak sama sekali. Maksudnya, selagi hidup, selagi tu kena berjuang.
Dan semangat itulah aku lihat begitu menonjol sekali masa event Sarawak Regatta 2014 yang berlangsung baru-baru ini. Terlebih dahulu, terima kasih Tourism Sarawak kerana sponsor trip aku ke Kuching baru-baru ni. Hilang rindu kat bandaraya Kuching yang aku anggap mempunyai 1001 keunikan yang tersendiri.
Sarawak Regatta ini telah berlangsung sejak beberapa tahun lamanya. Sebelum pembentukan Malaysia lagi. Dipercayai pada waktu ketika itu, suku kaum di Sarawak ini khasnya orang Dayak gemar bergaduh dengan musuh yang bukan dari suku kaum mereka.
Maka, dengan idea Rajah Brooke pada tahun 1872, telah berlangsunglah acara Sarawak Regatta. Sarawak Regatta dulunya disertai pelbagai kaum di Sarawak bagi menyatukan mereka. Agak bernas juga idea Brooke ni eh? Rasanya perlu dipraktikkan di Semenanjung Malaysia juga.
Sarawak Regatta 1960 .. Legend!
Sarawak Regatta ini adalah acara tahunan Sarawak dan ia dijalankan di Sungai Sarawak. Kebiasannya, kita tengok kat area Waterfront Kuching ni tenang je kan? Sekali, hamek kau!! Happening habis. Yang datang ramai, yang menyokong pun ramai dan the best thing, peserta bukan dari Malaysia sahaja tau. Ada dari Australia, Taiwan dan banyak lagi.
Masing-masing ada semangat Agi Idup, Agi Ngelaban. Tak mahu balik selagi belum menang! Wah, bagus gila. Bukan senang nak mendayung, lebih-lebih lagi dalam satu team yang mempunyai pelbagai pe'el perangai. Tapi ketepikan semua tu. Yang penting BERJUANG!!
Jalan Main Baazar Ditutup Sepanjang Sarawak Regatta
Tapi memang seronok sangat. Kali ni, bukan ada gerai je, malah ada macam-macam di sekitar Sarawak Regatta ni. Kan aku dah remind korang untuk pergi Sarawak hari tu? Baca sini : JOM GEGAR SARAWAK. Tak ingatlah tu.
Tapi don't worry. Hari ni, aku nak imbas kembali Kenangan Sarawak Regatta 2014. 11 negara bertanding merebut gelaran 'King Of The River'. 11 je? Itu negaralah. Yang menyertainya lebih daripada 500 orang. WOWWW!!! Memang meriahlah Sungai Santubong, Sarawak. BTW, siapakah yang menang? Siapakah yang hebat? Malaysia? Singapore? Brunei? Australia? Hurm..
Sungai Santubong
Semasa Pagi
Sarawak Regatta ini menggunakan dragon boat, bot kenyalang dan perahu tambang Acara yang berlangsung 4 hingga 7 September ini memang begitu exclusive sehinggakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup mencemar duli berangkat ke Bandaraya ini.
Dragon Boat
Gerai-Gerai Jualan
JOM TENGOK KEMERIAHAN SARAWAK REGATTA 2014
Lambaian Sultan Brunei
Kalau peserta melakarkan kenangan manis di atas bot, aku pula melakar kenangan manis di atas Catamaran. Oh, my sweetness! Kenangan tak boleh dilupakan. Pada mulanya, aku ingat hanya nak tumpang berteduh di atas bot Sayang Sarawak ini.
Tapi keadaan jadi semakin manis, bila aku dipelawa untuk turut sama berada di atas bot ketika Sultan Brunei membuat flag-off. Memang terkejutlah. Tergamam pun ya. Tak sangkakan? Thank you Tourism Sarawak. Meskipun tak dapat selfie, tapi dapat berdiri dekat pun okaylah.
Sayang Sarawak Catamaran
Hehehe
Sultan Brunei, Ketua Menteri Sarawak, TYT Sarawak & Menteri Sarawak
Mood Santai
Kat atas bot ini juga aku dapat melihat kemeriahan Sungai Sarawak dari jauh
"Sweet Memories will remain forever ..."
Bahagian Pengiraan Markah
Cuba Teka Kereta Siapa?
Menyesal tak, tak join? Tu la.. kamek dah bagitau. Tak apa. Next year ada lagi. Kenalah alert dengan FB Sarawak Travel. Dapat je tahu tarikh, terus booking flight cepat-cepat.
Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)
memang ngelaban gua tengok gambar ni semua..haha
ReplyDeletehahahahhaa
DeleteCantik2 gambar yg tatie ambik..buat saya teringin nak pergi Sarawak sebab memang belum sampai lagi ke sana. Hehe..
ReplyDeletepergila oja. sana best. makan best, budaya best, semua best
Deletebudaya tu best tapi nak naik mende tu..dah le tak reti berenang ni..hehe
DeleteIM pun teringin nak ke sana..
Deletenak pergi jg
Deletewah. cntik2ny gmbr2 tatie post.. menarik!
ReplyDeleteAgi idup agi ngelaban....huh..best ni....meriah betul waterfront. ..
ReplyDeleteMeriah kan. Dgn org luar join lg
Deleteramai yang join.. nmpak meriah sgt..
DeleteWah dpt jumpa sultan brunei face to face.
ReplyDeletebestnya..sultan yg pemurah..
Deleteagree
DeleteMasa saya pergi VMY2014 sedang dibuat..Ada lampu kat tulisan tu..
ReplyDeletecantik sangat..
wah..bagus..mcm org Jepun..tk mudah menyerah kalah sbb tu mereka berjaya..
ReplyDeletebetul tu, semangat tu yang penting
DeleteAgi idup Agi ngelaban, ada dalam buku sejarah sekolah mnengah dulu. hehe
ReplyDeleteAgi idup Agi ngelaban, ada dalam buku sejarah sekolah mnengah dulu. hehe
ReplyDelete