BENARKAH MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES BERHANTU? Semasa menginap di sana 4 hari 3 malam baru-baru ini, ramai yang whatsapp cakap hotel ini berhantu. Tapi benarkah?! Apakah aku diganggu dengan gangguan misteri di malam hari?
Merdeka Palace Hotel & Suites
Alhamdulillah, sepanjang berada di sana, tiada pula gangguan pelik seperti yang digembar-gemburkan. Bukan tu je, makin lama aku menginap kat MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES, makin aku jatuh hati. Rasa tak nak balik pun ada. Kesimpulannya, hotel ni sangat best dan cool.
Lobi Merdeka Palace Hotel & Suites
Bagi siapa yang suka subjek Sejarah macam aku, bila masuk je kat hotel ni seperti ada satu aura yang meresap dalam diri. Dah nama pun, Hotel 'MERDEKA', sana sini mestilah ada gambar bertemakan kemerdekaan. Semangat patriotik gittewwww!!
Merdeka Palace Hotel & Suites ini bertaraf 5 bintang dan mempunyai 213 bilik termasuk suite.
Ruang Menunggu di Lobi
Staff Yang Friendly
Dekorasi hotel ini bercirikan kotemporari dan dicampurkan sedikit dengan elemen moden yang menaikkan lagi seri di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini. Hotel ini memang unik dan lain dari yang lain. Persekitarannya juga berbeza.
Kat depan hotel ini ada sebuah Padang Merdeka, lebih kurang seperti Dataran Merdeka KL. Kat situ selalunya acara-acara seperti sambutan Hari Malaysia dan lain-lain diadakan.
Jom Naik Atas
Lift Yang Bercirikan Klasik
Kiri atau Kanan?
Hallway
Bilik Tidur Yang Luas Dan Selesa
Safety Box
Selalunya kat hotel ada bathrobe, tetapi di
MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES
mereka menyediakan ...
Hehehe. Klasik kan? Ala-ala perempuan Melayu terakhir.
Peti Ais
Seperti biasa, minuman and lln
Tandas
Toiletries
Selama 4 hari 3 malam menginap di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini, sempatlah aku menjelajah ke semua tempat yang ada kat hotel ni. Hotel ini bukanlah hotel baru, tetapi ia dijaga dengan rapi demi keselesaan para pengunjung.
Cuma, keadaan bilik agak lesu sedikit. Mungkin, hotel ini mahu mengekalkan ciri-ciri lama dan tidak memerlukan suntikan moden dalam hiasan bilik.
Jom Breakfast
Aurora Court
Terdapat kawasan liburan keluarga di bahagian atas MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini seperti swimming pool, gym, sauna, taman permainan dan lain-lain lagi. Tak perlu peningkan kepala. Mana tahu nak pergi gym, tetapi at the same time risau pasal anak. Kan?
Keluar Pintu Je, Ini View Pertama Aku Lihat
Meninjau Jalan Dari Atas
Kids Playground
Gymnasium
Swimming Pool
Ruang Lepak/Tinjau
Sauna & Steam Room
Kemudahan lain di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini seperti :
Seattle Coffee & Tea
Minum kopi di waktu petang, sambil melihat kereta lalu-lalang atau merasai roti-roti sandwich yang enak, kek-kek lazat, semuanya di Seattle Coffee & Tea.
Ristorante Beccari
Restoran Itali ini pernah dinobatkan sebagai 'the award-winning Italian Restaurant'. Dapur masak tradisional menggunakan arang. Antara yang wajib dicuba seperti Pizza.
The Victoria Arms
Menariknya kat The Victoria Arms ini, ahli kumpulan live band ini bukanlah berasal dari Sarawak. Kebanyakan daripada mereka berasal dari Semenanjung Malaysia, yang datang khas untuk mengadakan persembahan. Kumpulan live band ini akan ditukar setiap tiga bulan sekali supaya pengunjung tidak bosan dengar muzik yang sama je.
La Habana
La Habana ini adalah salah satu tempat yang mengumpulkan whiskies yang terbesar di Malaysia, mempunyai lebih 70 koleksi Malt yang diimport khas dari 5 kawasan berbeza di Scotland.
Souvenir Shop
De Batique
Lokasi Merdeka Palace Hotel & Suites ini sangat strategik.
- 4 minit jalan kaki ke Plaza Merdeka
- 10 minit jalan kaki ke Main Bazaar
- 3 minit jalan kaki ke Muzium Sarawak
- 5 minit jalan kaki ke Memorial Brooke
- 15 minit drive ke Kuching Airport
Plaza Merdeka Kuching
Harap anda berpuas hati dengan review MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini. Selamat bercuti...!! Ingat cuti, ingatlah Kisah Tatie. Hehehe.