CHATUCHAK WEEKEND MARKET IN BANGKOK | Dah lama mengidam nak ke sini since terlihat member post gambar dengan caption 'Borong baju di Chatuchak RM10'. Masa tu macam nak percaya ke tak. Sebab RM10 terlampau murah. Sedangkan jual kat uptown pun RM20 paling murah.
Finally, I made it. Memang murah barang-barang kat sini. Seluar jeans pun mereka jual dengan harga 150baht, tukar jadi rm15. Rambang mata!! No wonder ramai peniaga-peniaga baju kerapkali ke Bangkok. Anda akan jadi gila bila melihat harga-harga yang mereka tawar.
CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dah nama pun weekend kan? Bagi sesiapa yang bercadang untuk ke sini, aku suggest datanglah awal pagi sebab menjelang tengahari dah padat dengan orang ramai.
Pasar Minggu Chatucak
CHATUCHAK atau JATUJAK ini terkenal sebagai salah satu tempat borong dan mempunyai lebih dari 8000 peniaga. Malah, CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini adalah salah satu market terbesar di dunia. Eh, memang besar pun. Aku pun tak habis tawaf sebenarnya.
Waktu Operasi Chatuchak Weekend Market
Jumaat 6pm - 12 am
Sabtu & Ahad 9 am - 6pm
Cara-Cara Nak Ke Chatuchak Weekend Market
- menaiki teksi
- menaiki MRT Subway ke Stesen Chatucak Park
- menaiki BTS Skytrain ke Stesen Mo Chit
Berbalik kepada CHATUCHAK WEEKEND MARKET, sekiranya anda terlupa nak tukar wang, jangan risau. Kat sini terdapat van yang memudahkan urusan korang. Boleh tukar duit dan boleh keluarkan duit kat sini. Very easy! Kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET, anda takkan sesat. Kat sini ada tourist information yang sedia membantu.
Kami Jadi #villagepeople Kejap Bila Jumpa Mesin Ni.. Haha
Kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini terbahagi kepada 27 bahagian yang dinamakan sebagai SOI. Setiap bahagian ini menjual produk yang berbeza. Pening? Jangan pening-pening. Maps disediakan di beberapa tempat utama untuk rujukan para pengunjung.
Tetapi jika korang kesuntukan masa, aku suggest plan terlebih awal. Tetapkan nak beli apa, kemudian semak kat bahagian maps. Takut tersesat nanti. Ini for first timer. Kalau dah banyak kali datang, no hal lah!
179 baht je.. Murahkan?
Seluar Jeans 100 baht... Murah sangat!!
Ini lagi murah
Souvenir??
Iskkk. Kat KL Mahu RM50..
Antara barang-barang dijual kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini seperti barang-barang antik, souvenir, baju, bunga, binatang, makanan, accessories, barang rumah dan banyak lagi. Dijual dengan harga borong dan yang bestnya, anda boleh tawar-menawar kat sini.
Food Stall
Makanan Kering Seperti Keropok, Kuih & Lain-lain
Beli Souvenir (baju) Kat Sini Murah. Highly Recommended!
GERAI HALAL DI CHATUCHAK WEEKEND MARKET. Terdapat gerai yang menjual makanan halal di sini, SAMAN ISLAM. Gerai yang dimiliki oleh orang Islam ini mempunyai sijil HALAL yang diperakui Jabatan Agama Islam Thailand.
Dessert
SAMAN ISLAM CHATUCAK WEEKEND MARKET
Harga makanan kat Saman Islam Chatuchak ni boleh tahan mahalnya. Seperti contoh Nasi Goreng Seafood RM25, air bandung segelas RM5. Tapi memang mahal pun harga makanan kat Thailand. Tempoh hari masa di Krabi pun, duit banyak dihabiskan kat makanan. Bukannya sebab banyak makan, tapi sebab harga-harga makanan kat sana, kalau difikirkan harganya, boleh kenyang sepinggang Nachos kat Chili's
Nasi Goreng Ayam RM20
Nasi Goreng Seafood RM25
Terkejar-kejar aku kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini sebab kesuntukan masa. Chatuchak ni at least kena spend half day. Baru seronok dan jangan lupa bawa duit lebih.
[ Happy Holiday ]
eh, bukan barang 3 pund lagi murah ke? kekekeke
ReplyDeletediamlah! hahaha
Deleteheheh 3 pund ke pound ni?
Deletetypo tu..;-)
Deleteaah, typo kot :)
DeleteThats y akak suka bangkok...mkn senang dpt yg halal dan brg mmg murah2
ReplyDeletetapi cekik darahla makanan kat sana.. :(
Deletesblm ni dgr citer membe gi bangkok, katanya susah nak dpt mknan halal..rupa2nya byk gk tmpt yg boleh mkn kan
DeleteMungkin jugak ada tempat murah yg kita x jumpa....takpe la kena survey lg kan...
Deletemamber ckp if tomyam kat sana ada sedikit rasa manis.
Deletemurah2 brg, mesti shopping sakan..
Deletewah bangkok! bestny melancong merata tmpt. :)
ReplyDeletekan anaalut..tatie ni mmg kaki travel btol
DeleteBestkan dpt travel byk tempat. ;)
Deletetravel sambil bekrja...masyukk :-)
Deletebetul tu, byk tmpat dah kak tatie pegi, mmg seronok
Deletemurah bebenor tu kalo suar jeans pon leh dpt rm15..
ReplyDeleteBoleh borong buat meniaga ni..kan?
DeleteJual kat sini dua kali ganda pun ada org beli. Hehe
Deletemcm tak percaya rm15 boleh dpt jeans :-)
Deletekan..murah sgt .
DeleteMurahnyaaa harga pakaian tapi harga makanan hmmm, tak padan dgn hidangan.
ReplyDeleteok la..tapi maybe kualiti kurang kot
DeleteKalau nak beli borong pakaian areamna ye
Deletekenyang shopping dr makan..haha
ReplyDeleteitu yg best tu..shopping ..yeayy
DeleteTerubat jugakla dgn shopping. Hehe
Deletesetuju, mmg seronok shopping kat sini, murah2
Delete