Latest Posts

Showing posts with label SARAWAK REGATTA. Show all posts
Showing posts with label SARAWAK REGATTA. Show all posts
SARAWAK REGATTA 2014  | Masih ingat pepatah orang iban, "AGI IDUP, AGI NGELABAN" ?? Pepatah itu jugaklah aku guna selalu. Never give up!! Selagi hidup, selagi itu kena lawan. Bukanlah maksud kena melawan orang. Oh, tidak sama sekali. Maksudnya, selagi hidup, selagi tu kena berjuang. 

Dan semangat itulah aku lihat begitu menonjol sekali masa event Sarawak Regatta 2014 yang berlangsung baru-baru ini. Terlebih dahulu, terima kasih Tourism Sarawak kerana sponsor trip aku ke Kuching baru-baru ni. Hilang rindu kat bandaraya Kuching yang aku anggap mempunyai 1001 keunikan yang tersendiri.

Sarawak Regatta ini telah berlangsung sejak beberapa tahun lamanya. Sebelum pembentukan Malaysia lagi. Dipercayai pada waktu ketika itu, suku kaum di Sarawak ini khasnya orang Dayak gemar bergaduh dengan musuh yang bukan dari suku kaum mereka. 

Maka, dengan idea Rajah Brooke pada tahun 1872telah berlangsunglah acara Sarawak Regatta. Sarawak Regatta dulunya disertai pelbagai kaum di Sarawak bagi menyatukan mereka. Agak bernas juga idea Brooke ni eh? Rasanya perlu dipraktikkan di Semenanjung Malaysia juga.

Sarawak Regatta 1960 .. Legend!

Sarawak Regatta ini adalah acara tahunan Sarawak dan ia dijalankan di Sungai Sarawak. Kebiasannya, kita tengok kat area Waterfront Kuching ni tenang je kan? Sekali, hamek kau!! Happening habis. Yang datang ramai, yang menyokong pun ramai dan the best thing, peserta bukan dari Malaysia sahaja tau. Ada dari Australia, Taiwan dan banyak lagi.

Masing-masing ada semangat Agi Idup, Agi Ngelaban. Tak mahu balik selagi belum menang! Wah, bagus gila. Bukan senang nak mendayung, lebih-lebih lagi dalam satu team yang mempunyai pelbagai pe'el perangai. Tapi ketepikan semua tu. Yang penting BERJUANG!!

sarawak regatta
Jalan Main Baazar Ditutup Sepanjang Sarawak Regatta

Tapi memang seronok sangat. Kali ni, bukan ada gerai je, malah ada macam-macam di sekitar Sarawak Regatta ni. Kan aku dah remind korang untuk pergi Sarawak hari tu? Baca sini : JOM GEGAR SARAWAK. Tak ingatlah tu.

Tapi don't worry. Hari ni, aku nak imbas kembali Kenangan Sarawak Regatta 2014. 11 negara bertanding merebut gelaran 'King Of The River'. 11 je? Itu negaralah. Yang menyertainya lebih daripada 500 orang. WOWWW!!! Memang meriahlah Sungai Santubong, Sarawak. BTW, siapakah yang menang? Siapakah yang hebat? Malaysia? Singapore? Brunei? Australia? Hurm..

Sungai Santubong
Semasa Pagi

Sarawak Regatta ini menggunakan dragon boat, bot kenyalang dan perahu tambang  Acara yang berlangsung 4 hingga 7 September ini memang begitu exclusive sehinggakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup mencemar duli berangkat ke Bandaraya ini.

Dragon Boat
Gerai-Gerai Jualan

JOM TENGOK KEMERIAHAN SARAWAK REGATTA 2014


Lambaian Sultan Brunei

Kalau peserta melakarkan kenangan manis di atas bot, aku pula melakar kenangan manis di atas Catamaran. Oh, my sweetness! Kenangan tak boleh dilupakan. Pada mulanya, aku ingat hanya nak tumpang berteduh di atas bot Sayang Sarawak ini. 

Tapi keadaan jadi semakin manis, bila aku dipelawa untuk turut sama berada di atas bot ketika Sultan Brunei membuat flag-off. Memang terkejutlah. Tergamam pun ya. Tak sangkakan? Thank you Tourism Sarawak. Meskipun tak dapat selfie, tapi dapat berdiri dekat pun okaylah.

bot sayang sarawak
Sayang Sarawak Catamaran

Hehehe

Sultan Brunei, Ketua Menteri Sarawak, TYT Sarawak & Menteri Sarawak

Mood Santai


Kat atas bot ini juga aku dapat melihat kemeriahan Sungai Sarawak dari jauh



"Sweet Memories will remain forever ..."

Bahagian Pengiraan Markah

Cuba Teka Kereta Siapa?

Menyesal tak, tak join? Tu la.. kamek dah bagitau. Tak apa. Next year ada lagi. Kenalah alert dengan FB Sarawak Travel. Dapat je tahu tarikh, terus booking flight cepat-cepat.


Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)
Masihkah korang ingat lagi entry Kuching?? Kalau tak ingat, klik sini : TRAVELOGUE KUCHING. Bercuti di Kuching Sarawak selama 10 hari 9 malam masa tu benar-benar memberi kesan kat aku. Selain mengenali budayanya yang unik, aku juga terpikat dengan sungainya yang kaya dengan hasil seperti udang galah dan banyak lagi. Sungai Sarawak bersih tau, tak macam sesetengah sungai seperti di Semenanjung. Ops!

Bukan itu sahaja, sungai di Sarawak ini juga sangat aktif. Selain menjadi laluan lalu-lalang (especially di bahagian pendalaman), ia juga sering menjadi tumpuan bila aktiviti-aktiviti besar dijalankan seperti SARAWAK REGATTA.

SARAWAK REGATTA? Regatta bermaksud boat race atau dalam bahasa Melayu perlumbaan bot. Ada yang menggunakan cara tradisional dan ada juga menggunakan bot kuasa enjin. Tapi SARAWAK REGATTA adalah acara yang cukup unik kerana ia menggunakan dragon boat dengan kayuhan 'semangat' oleh para peserta.

Saban tahun SARAWAK REGATTA semakin mendapat perhatian malah sering menjadi tumpuan pelancong asing untuk berkunjung ke Sarawak. Kalau hari-hari biasa mungkin kita lihat Waterfront Kuching ini sibuk dengan bot penambang yang ulang alik dari Astana ke Waterfront, tapi bila acara SARAWAK REGATTA diadakan, ia menjadi 10 kali lebih sibuk berbanding biasa. Happening!

SARAWAK REGATTA 2014
gambar dari Sarawak Travel's FB

So, sempena SARAWAK REGATTA 2014 yang bakal diadakan tak lama lagi ni, aku nak ajak korang semua turun ke bandaraya Kuching. SAVE THE DATE, SAVE THE DATE AND PLEASE SAVE YOUR DATE. Jangan lupa book tiket flight dulu ke Kuching. Hihihi.

SARAWAK REGATTA
4HB hingga 7HB SEPTEMBER 2014
Waterfront Kuching (depan Hotel Hilton)

Tahun ni lebih semangat dan lebih meriah. Peserta-peserta bukan sahaja dari Malaysia, malah aku dengar jumlah penyertaan setakat ni dari 11 negara. WOWWWW!!!! 

Kalau nak tahu apa tu 'Raja Sungai', nak tahu bentuk dragon boat, nak rasai kemeriahan, nak lihat sendiri diorang bersemangat waja dan lain-lain lagi, silalah ke SARAWAK REGATTA. Mari, mari dan mari. Boleh jalan-jalan cari makan sekali di bandaraya Kuching ni.

Jom layan gambar-gambar SARAWAK REGATTA tahun lepas. Gambar kredit kepada Sarawak Tourism. Hurmm, tak sabarnya nak lihat sendiri kehebatan diorang ni. Hehehe.

SARAWAK REGATTA 2014
gambar dari Sarawak Travel's FB
SARAWAK REGATTA 2014
gambar dari Sarawak Travel's FB
SARAWAK REGATTA 2014
gambar dari Sarawak Travel's FB
American Airliner Plane