Kalau anda kata, pergi Penang kena makan kat kedai mamak je, ternyata anda silap. Kat Penang, terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, Peranakan dan lain-lain lagi. Bila dah banyak kaum, mestilah banyak variety of food. Betul tak?
Semasa kunjungan ke Penang baru-baru ini, kami singgah di sebuah restoran JAWI HOUSE CAFE GALLERY. Haa, lain dari yang lain kan? Jadi siapa yang datang ke Penang dan mencari makanan lain selain daripada mamak, saya cadangkan untuk ke JAWI HOUSE CAFE GALLERY ini.
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
JAWI HOUSE CAFE GALLERY ini terletak di jalan famous kat Penang, Jalan Armenian. Diusahakan oleh Datuk Dr Wazir Jahan Karim, seorang berdarah peranakan Jawi, kental dalam mengetengahkan makanan ruji ahli keluarganya.
APA TU JAWI PERANAKAN? Masa zaman dahulu semasa pendatang dari India, Arab, Parsi dan Turki datang berhijrah ke Tanah Melayu, mereka ini berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Kemudian mereka memperaktikkan budaya 'Peranakan' dalam kehidupan mereka.
Kalau Datang Siang Lagi Cantik
JOM TRY MAKANAN KAT SINI
JAWI HOUSE CAFE GALLERY HALAL. Dah nama pun owner Muslim. Makanan kat sini semua diilhamkan dari negara Arab, Parsi, Turki dan lain-lain. Owner restoran ini sangat sporting dan peramah. Sesekali dia datang ke meja kami.
JAWI HOUSE CAFE GALLERY ini terbahagi kepada dua, restoran dan galeri. Restoran di bahagian bawah, galeri di bahagian atas. Saya cukup tertawan dengan dekorasi JAWI HOUSE ini. Unik dan tradisional.
Guest Book
JAWI Peranakan
Dekorasi
Kaunter Minuman
Dessert & Drink
Hiasan
Meja Makan
JAWI HOUSE & Media
Ke Bahagian Atas
Tangga Untuk Ke Atas
Lukisan, Kraftangan dan lain-lain
Menu
Suasana Di Bahagian Hadapan
Suasana Di Bahagian Belakang
Meja Kami
Siapa sangka, walaupun dekorasi di restoran ini nampak seperti restoran ekslusif, tetapi harga makanan kat sini sangat affordable. Murah jika dibandingkan dengan restoran yang setaraf dengannya. Aku sendiri pun terkejut beruk bila melihat menu. Nasiblah perut masih kenyang, kalau tak macam-macam aku nak order.
Memang kalau lihat dari luar restoran, mesti hati terdetik. "Mesti mahal harga makanan dalam ni,"
Tapi don't judge a book by its cover. Tengok menu dulu, baru sembang later. Ewah! But seriously, makanan yang diorang jual takdelah mahal. Lagi mahal makan kat mamak.
Alas Meja
Memandangkan kami datang beramai-ramai, dapatlah makan sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah. Tidak mengecewakan. First time juga aku merasai makanan tradisi Jawi Peranakan ini. Not bad!
Lamb Bamieh W/ Okras Serve With Benggali Bread
Komen :
Nampak macam serupa dengan kari, tetapi rasanya lain sedikit. Enak dimakan semasa panas.
Nasi Lentil (kiri), Nasi Lemuni (kanan)
Nasi Lentil
Nasi Lentil atau Nasi Parpu atau Nasi Kacang Dhal. Sedap sangat! Eh, tak sama tau dengan nasi minyak.
Nasi Lemuni
Makanan tradisi Peranakan Jawi, beras yang digunakan sangat berkualiti. Nasi dimasak dengan halia, serai, santan, bawang merah, daun lemuni dan bahan-bahan lain ini ternyata memberikan satu 'kick' kepada selera anda. Fyi, daun lemuni ini banyak khasiatnya.
Spicy Black Beef
Komen :
Makanan sampingan yang dimakan dengan Nasi Lemuni. Daging yang lembut, rasa yang sedap.
Kari Ayam
Komen :
Sama seperti kari-kari lain kat luar sana
Komen :
First soalan aku, "Eh, makan sekali dengan nasi ke?," Sambil buat muka pelik. Haha.
Tapi memang pelik pun, tapi wajib makan sekali kalau nak feeling seperti Jawi Peranakan.
Ikan Bilis Goreng & Sambal
Komen :
Rangupnya ikan bilis ni. Fresh!! Sambal sedap, tidak terlalu pedas.
Penang Nutmeg
Komen :
Bila minum ni, baru saya tahu. Penang kaya dengan Nutmeg atau buah Pala. First time juga minum air perasa ni. Takdelah seteruk yang disangkakan. Tapi minuman ni sedap kalau minum sejuk-sejuk.
Bubur Kacang
Komen :
Agak pekat sedikit, tetapi sedap.
Red Velvet Galletes With Cream Cheese
Komen :
Masyallah. Sedapnya!! The best ever. Please try jika ke JAWI HOUSE ini. Please!!!
JAWI HOUSE BREW
Komen :
Kata orang Penang, kopi depa sedap. Tapi, saya rasa macam sama je dengan yang lain.
Alhamdulillah, kenyang. Marilah try makan kat JAWI HOUSE ini. Lupakan sebentar Nasi Kandar Penang. Rasai kelainan di JAWI HOUSE & CAFE GALLERY ini. :)
Datuk Dr Wazir Jahan Karim
ALAMAT JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Jawi House Cafe Gallery
85, Armenian Street,
10200 Georgetown, Penang
No Telefon :
04-2641 3680
Website :
JAWI HOUSE PENANG
JAWI HOUSE PENANG
Facebook :
Waktu Operasi :
Setiap hari 10 am - 7pm
Ditutup setiap hari Ahad
[ Selamat Makan ]
Pergggghhh....malam2 gini tengok gambar makanan2 sedap memang mencari pasal betul.... grrr....
ReplyDeleteTerliur jadinya..
Deletebetul, tetiba lapar tgk gmbar2 food ni
Deletenyesal pulak singgah baca2 ni ha...perut dah berbunyi pulak...demmm....
ReplyDeletejawi peranakan ni datang dari arab...
ReplyDeletesama macam india pranakan (malbari)..
sama ngan cina pranakan (baba nyonya)...
owh kalau tak baca komen PB, tak tahu tu sumer..tq bro
Deletetq for the info :)
DeleteSelalu dengar jawa peranakan...now ada jawi plak...erm...menarik sgt...
ReplyDeletehehehe. sama lah tu :)
Deletekat OU ada 1 kedai peranakan..tp tak pernah masuk hehe
DeleteSA dh pernah masuk yg kat OU...sedap...cuba la nanti...
DeleteBanyak makanan menarik.
ReplyDeletekena dua kali dtg gk ni kalau nak khatam makan kan hehe
Deleteitu slh satu lagi tarikan ...foods :-)
DeleteAgaklah kan. Sebab banyak sgt. Kena dtg dgn perut kosong..
Deletesemua nampak menyelerakan .
Deletenice place n food looks yummy :)
ReplyDeletelaksa best ..yummy
Deletemy fav tu.. mmg yummy
Deletefirst dengan nasi lentil..menarik gk rupanya kat penang ni ek
ReplyDeletePenang syurga makanan boh....
Deletesama la..tak pernah dengar..
Deleteme too..
DeleteLemuni tu sejenis apa?
ReplyDeletesejenis daun..ada rasa pahit2 sikit..tapi if biasa mkn lama2 rsa sedap :-)
Deleteow, 1st time dgr, pelik nama tu, nak kena try
DeleteNasi lemuni pernah mkn..sedap :-)
ReplyDeletetak pernah try lagi, mybe next time :)
DeleteRed velvet..my fav...
ReplyDeletenanti saya nak pi sana.. saya pun jawi peranakan juga. cuma anak anak sekarang lebih gemar samakan dengan mamak. memang tak sama. hal ni orang orang lama saja yg tau.generasi baharu agak kurang mengkaji.
ReplyDeleteha?? jauh beza mamak dengan jawi peranakan. peranakan kan macam baba nyonya tu..
Delete