STAR WARS LEGOLAND MALAYSIA REVIEW | Setiap kali filem Star Wars memanaskan panggung, pasti sana sini bercerita pasal kehebatan filem arahan George Lucas ini. Walaupun pada awal kemunculan filem Star Wars aku belum dilahirkan lagi (tahun 1977), tapi filem ini masih diminati ramai sehingga kini. Sebab tu, dari tahun ke tahun, pasti ada episod baru muncul.
Psstttt, dengar cerita tahun depan bakal dilancarkan siri terbaru Star Wars, Star Wars Episode VII. Yeay!!!! Tak sabarnya. Untuk menyemarakkan lagi semangat Star Wars, aku nak ajak korang semua ke LEGOLAND® Malaysia Resort, Johor Bahru. Wowowieeee....
Sesuatu yang baru, lebih hangat, lebih berbisa dan memenuhi citarasa peminat-peminat Star Wars di luar sana. LEGOLAND® Malaysia Resort, Johor Bahru dibuka pada 15 September 2012 lalu, kini menyediakan tarikan terbaru yang dinamakan sebagai Star Wars™ Miniland Model Display.
Dan aku berpeluang menjadi pengunjung terawal yang menyaksikan Star Wars™ Miniland Model Display ini. Untuk pengetahuan korang, ini adalah yang pertama di Asia dan dibuka pada 6 September lepas.
Sebenarnya, banyak promosi-promosi menarik sepanjang bulan September ini. KENAPA? Bulan ini LEGOLAND® Malaysia Resort menyambut ulangtahun kedua. Wah, dah 2 tahun dah? Sedar tak sedar je kan?
Actually, trip ke LEGOLAND® Malaysia Resort ni adalah sehari lepas aku pulang dari Osaka minggu lepas. Dalam kaki terhincut-hincut akibat melecet, tapi excited punya hal, aku redah je. Haha.
Thank You Legoland
Dalam sebuah bangunan yang fully air-conditioned menempatkan 2000 LEGO models yang diinspirasikan dari enam dari filem dan satu dari animated series. Struktur bangunan ini cukup unik, dimana ia berbentuk octagon.
Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia
Majlis Perasmian
Masih ingat dia ni??
Lebih dari 1.5 juta brick lego digunakan untuk Star Wars™ Miniland Model Display ini. Di sini juga turut memaparkan pre-screening filem Star Wars sebelum masuk ke bahagian display yang diilhamkan dari filem-filem Star wars seperti Christophsis, Endor, Geonosis, Hoth, Kashyyk, Mustafar, Naboo dan Tatooine.
Antara Yang Terawal Merasai Tarikan Terbaru Legoland Ini
Pre-Screening
Tapi benda-benda ni bukanlah lego yang kaku. Korang boleh klik button untuk mengerakkan ia. Ishh, susah nak cakap. Kena tengok sendiri.
Butang Ni laaa. Mohon Ditekan.
Bagi kanak-kanak pula, kalau nak masuk percuma, silalah pakai costume kegemaran dari filem Star Wars macam Darth Maul ke, Princess Leia ke, Yoda ke, Jedi ke dan lain-lain lagi. Promosi FREE ENTRY LEGOLAND® Malaysia Resort sempena pembukaan Star Wars™ Miniland Model Display ini berlanjutan sehingga 30 September 2014.
Dengan Watak-Watak Filem Star Wars
Kat bangunan ini juga terdapat kedai souvenir. Ampun maaf kengkawan yang kirim Lego tempoh hari. Satu benda pun aku tak beli. Aku ingatkan murah, telan airliur tengok harga. Yang pesan bukan satu dua, tapi ramai. Ampun!!!
Keychain Star Wars RM19.95
Dan kami juga turut diberi voucher makanan. Makan? Yeay!!!
Asian Deli
The best part, kalau beli set meal, hanya tambah rm5 sahaja untuk beli buku, keychain atau fridge magnet. Tapi kat Asian Deli sahajalah. Memang berbaloi...!!! Tak ramai yang tahu. Aku dah bagitahu ni, bolehlah korang terjah. Tapi yang ni aku tak pasti sampai bila.
RM5 tu untuk satu botol ice lemon tea + (keychain or book or FM)
Rebut Promosi Ini
Buku + Air = RM5
Inilah Meal Pilihan Saya
Last but not least, thank you LEGOLAND® Malaysia Resort kerana sudi menjemput Kisah Tatie ke Majlis Perasmian Star Wars™ Miniland Model Display. Tak sabar untuk datang sekali lagi. Tak tahu bila. I still have one pass Waterpark & Theme Park, siapa nak? Hahaha.
P/s : Sempena Anniversary KEDUA Legoland ini, akan diadakan pertunjukan bunga api.
Bila???
15 SEPTEMBER 2014
Save The Date !!!
Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari
Website :
Instagram :
woo yeah.. we pick same choice of food :D
ReplyDeletewah sherry pun pergi jugak ke time ni?
Deletemest seronok kan :)
Deletewahoo seronoknya orang johor
ReplyDeletekan?????????? untung
Deletemmg untung..
DeleteBestnyaa.. bilalah dapat jejak kaki kat legoland.. hari demi hari nak pergi tak pergi2
ReplyDeletesamalah kita.
DeleteSamalah kita kita. Hehe
Deletesamalah hehe
Deleteperghhhh... perghhh.. sape yg susun semua ni
ReplyDeleteberapa lama nak susun 1 figure kan?
Deletesure takes time
DeleteBukan mudah kann..
Deleteperlu kesabaran yang tinggi
DeleteTarikan yang menarik. Saya juga mengumpul koleksi Star Wars.
ReplyDeletetu mesti wajib pergi. tak payah pergi oversea
Deletebudak2 suka le pegi tempat mcm ni..:-)
Deletepass anual boleh masuk sini tak
ReplyDeletekalau ada of cse boleh ..tapi apa yg akak tahu kena renew every year..
DeleteX pernah jejak kai kat sini lagi ...kena pi jugak nanti..
ReplyDeleteSama sama..
Deleteme too
Deletesame here
DeleteMahalnyaa harga keychain. Memang tak terbeli bebanyak la. Tapi tempat dia memang menarik..
ReplyDeletekat situ semua mahal kot..:-)
Deletekan..
DeleteOrang Johor tapi tak pernah pergi..huhu~
ReplyDeletetu la..kwn akak org Muar pun tak pernah sampai
Deleteuntung org johor ada legoland :)
DeletePlan nak pergi..tapi kena bajet betul2 ni..semuanya mahal..hihi
ReplyDelete