Terlewat atau tidak, bukan itu persoalannya. Realitinya, aku teruja dan excited seperti kanak-kanak kecil dapat gula-gula bila ke Muzium Interaktif Made In Penang (MIPIM) baru-baru ini. Haha.
Entah mengapa, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak semena-mena Penang menjadi tumpuan dengan lukisan 3D di serata tempat di sekitar Penang. Baik di jalanan dan juga di dalam bangunan.
Maka, wujudlah Made In Penang Interactive Museum (MIPIM) atau dalam bahasa Melayu, Muzium Interaktif Made In Penang. Mungkin ini satu trend, sebab di mana-mana sekarang ni ada muzium 3D. Kat Penang, Korea mahupun Singapore.
Well, as a support to our local product, jom kita pergi MIPIM. Hasil kreativiti anak tempatan ini tidak menghampakan. Muzium ini berjaya mengkombinasikan antara sejarah dan kehidupan masyarakat dalam bentuk lukisan 3D.


Jom Ke MIPIM Pulau Pinang
Made In Penang Interactive 3D Museum ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau dari pintu masuk tu hingga kaunter bayaran masuk, adalah percuma. Antara bahagian-bahagian yang terdapat di Made In Penang Interactive 3D Museum ini seperti The Great Wall of Penang, Interactive Theater, Trick Art Gallery, Miniature Local Trade dan Miniature Weld Quay.
The Great Wall of Penang
Masuk-masuk je, korang akan jumpa The Great Wall of Penang dulu. Nak ambil gambar kat sini boleh dan ianya adalah FREE. The Great Wall of Penang menggambarkan kehidupan zaman dulu kala pada abad ke-19 di Weld Quay. Bergambarlah puas-puas!

Persekitaran Di The Great Wall of Penang





Breakfast With LGE.. Haha

Harga Tiket Made In Penang Interactive Museum (MIPIM)
Pemegang MyKad RM15 (kena tunjuk kad)
Student RM10 (kena tunjuk kad)
Foreigners/Tidak bawa MyKad RM30

Update Instagram & Hashtag #madeinpenang #mip #interactivemuseum #heritage #penang
Trick Art Gallery
Benda paling cool di abad ini tetapi kena kreatif bagi menampakkan gambar tu real. Untuk Trick Art Gallery MIPIM ni terbahagi kepada dua, satu di bawah, satu lagi kat atas. Aku sarankan datangla seawal yang mungkin. Menjelang tengahari dah ramai. Nak posing gila-gila pun terpaksa buat muka tebal. Haha.


Miniature Local Trade
Memaparkan kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman dahulu
Memaparkan kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman dahulu



Miniature Weld Quay
Memaparkan kesibukan Weld Quay dan persekitaran di MIPIM ini pada zaman dulu



Seterusnya, kita ke atas pula. Sila ikut anak panah pada tangga.

Meriahnya Tangga Ni

Ikut Anak Panah, Confirm Tak Sesat
Interactive Theater
Interaktif Teater ini bertempat di sebuah bilik kecil dan menyiarkan dokumentari mengenai sejarah Pulau Pinang dalam bentuk penceritaan 3D. Terdapat pelbagai bahasa khas dibuat untuk pengunjung.

Diulang tayang setiap 30 minit dengan berlainan bahasa
Last, di bahagian atas. Sambungan Trick Art Gallery
Kat ruang atas ini terdapat mesin canggih yang sangat best dan fun. Apa yang perlu korang buat, scan tiket masuk dan lihat apa yang berlaku selepas itu. Ada yang lucu seperti opera mask dan lain-lain.

Opera Mask

Paparan Bangunan Dalam Bentuk 3D
Inilah tarikan utama di Made In Penang Interactive 3D Museum.

Suasana di MIPIM Penang

Tarik, tarik, tarik

Kita Ketuk Budak Ni Pakai Terompah

1,2,3 Cut... ACTION!

"Cepat Kak Ryn, kita kalahkan beruk sebelah".

Cermin

Spiderman BFF

Jom Tangkap Dolphin.. Balik Masak Gulai

Muahhhh!!!

Nok, Marilah I Make Up You.

Kisah Tikus

"Amoi, Keluar Cepat. Nak Pam Tayar Ni"
Kepada photographer, korang tak payah pening fikir angle mana yang menarik. Apa yang perlu korang buat, berdiri di tempat yang disediakan. Very easy and helpful.

Berdiri Di Sini

Cak
Sebelum pulang, jangan lupa tulis nama di bawah ni.

Tulis Nama Korang
Masuk ke Made In Penang Interactive Museum ini sedikit sebanyak membantu korang memahami gaya hidup masyarakat di Pulau Pinang dengan cara 3D. Sesuatu yang fun dan tidak membosankan. Datanglah bersama rakan. Lagi ramai, lagi meriah, lagi banyak idea yang kita dapat.
MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
NO 3, PENGKALAN WELD,
10300 GEORGETOWN, PENANG
Operation Hours MIPIM
9 am - 6 pm
Telephone No :
04 2626 119
Facebook :
MIPIM PENANG
Website :
Made In Penang 3D
dah lama tak gi muzium bagai nih..eh tp ni muzium 3d..mcm menarik gk
ReplyDeletetakpe...lain kali boleh lah pi... buat tabung pi penang satu...
Deletekena masuk dlm list for next trip gamaknya ni ..
DeleteLain kalau dgn yg biasa ni..
Deletenak kena pegi ni.
Deleteperghhhh...memang best ngambik gambo gini...
ReplyDeletesemoga nanti boleh pi sana....untung laaaa... grrr....
jomla.. rugi tak pegi
DeleteOk good...masuk wishlist...
ReplyDeletepergi cepat-cepat sementara masih 'fresh' hahaa
Deletesama la kita SA..next trip!
DeleteJom la pi...lg ramai lg best...kan?
DeleteMasuk wishlist IM jugak. Hehe
Deleteme too :)
Deletemenarikny! :)
ReplyDeletekan..best utk snap pic ni
Deletebetul tu, puas bergambar kalau pegi muzium ni :)
Deleteseries! next trip ke penang aku kena rujuk blog ko ni ..
ReplyDeleteMmg kena rujuk dan yg penting sediakan kamera dan SD card byk2
Deletekan..boleh buat rujukan ni..
Deletekan. mmg rujukan utk pegi trip blog kak tatie ni
DeletePergghh. Terbaiklah lukisan 3d kat museum ni.
ReplyDeletenampak menarik kan. semua cntik2
Deletepernah masuk yg kat i city je :-)
ReplyDelete