Time aku kecik-kecil dulu, belum ada lagi Upin dan Ipin, Boboiboy, blablablabla .... Yang ada Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek dan Kampung Boy. Boleh kira pakai jari je kartun hasil kreativiti anak jati Malaysia pada masa tu.
Tapi antara bebanyak tu, Kampung Boy la paling menyerlah. Sampai sekarang pun kalau buka channel 611 Astro , masih ada lagi Kampung Boy. Legend sungguh!
Watak Utama Kampung Boy, Lat
Kampung Boy ni adalah hasil kreativiti kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat, anak kelahiran Perak. Kampung Boy ni bukan je famous kat Malaysia, malah pernah mendapat anugerah Fukuoka Asian Culture Prize pada tahun 2002.
Dan .... sejajar dengan namanya yang famous, Little Red Cube Johor telah berbesar hati membuka sebuah restoran yang diberi nama LAT'S PLACE. Tempatnya di Puteri Harbour, Johor. Pssstttt, ada sesape nak sponsor me buka Kisah Tatie's Place pula? Hak Hak.
LAT'S PLACE JOHOR BAHRU
Bahagian Luar Lat's Place
Pintu Masuk Lat's Place
Kaunter Bayaran
Bahagian Dalam Lat's Place
Sempatlah kitorang menjamah bihun Singapore dan air teh tarik kat Lat's Place ni sebelum lunch di Traders Hotel Johor tempoh hari. (aku lupa nak amek gambar.. lol).
Oh ya, sambil-sambil makan tu bolehlah berinteraktif bersama Lat yang muncul secara tiba-tiba di kaca kat dining hall tu. Kus semangat! Nasib tak tercekik masa tengah makan. Haha. Interaktif bersama kartun ini dikatakan first-of-its-kind in the world.
Tukar Kerja Sekali Sekala
Kedai Souvenir
Sesi makan kat Lat's Place ni terbahagi kepada tiga, iaitu
Breakfast Time at Lat's Place
hanya weekend & public holiday
9 am - 11 am
Lunch Time at Lat's Place
11 am - 7.30 setiap hari
Dinner Time at Lat's Place
6 pm - 8 pm setiap hari
*dinner show 6 till 7.30 pm*
Masa terbaik untuk ke Lat's Place adalah malam. Dinner selama 80 minit sambil dihiburkan dengan show yang pasti menghiburkan. Yang ni aku tak sempat nak 'rasa'. Tapi dengar cerita meriah uols! Tengokla kalau rajin, aku nak try datang time malam pula. Insyallah.
Nak book tempat kat Lat's Place? Sila book di sini : Lat's Place Johor atau call terus 1300 88 LATS (5287) Malaysia atau +603 2203 9667 (luar Malaysia).
Cuba Teka Apa Yang Sedang Aku Buat? Haha.
Sweet... entah bila Miera dapat sampai di sana... hehehe
ReplyDeletecuti sekolah ni lah miera
DeleteLat's place nie kalau gi reramai mmg bestkan...
ReplyDeletelagi meriah kalu buat lawatan sambil belajar dengan budak-budak
Deleteaah. buat birthday kat sana
Deletecerita kampung boy memang lagend
ReplyDeletebestkan?
DeleteWahhh, dapat jumpa dengan Datuk Lat. Kampung boy memang femes memes. Hehe
ReplyDeletehehehehe
Deletecite kampung boy pun dah glamer kat oversea..siap de alih bahasa lg...hebat Datuk Lat.... :)
ReplyDeletebangga kan dengan kejayaan kampung boy
Deletetatie terlepas satu katun dulu.. keluang man.... hehehe:)
ReplyDeletehaaa... ingat-ingat.. sampai sekarang ingat lagu tema dia. haha
DeleteJangan x pecaya Dato' Lat tu kan...abang kepada Mamat Khalid...akak baru tau ni....so mereka memang adik beradik yang talented...
ReplyDeleteeh? biar betul?
DeleteYes betul..prngakuan mamat khalid sendiri masa sembang teh tarik
Deletedulu sll tgk anak2 sidek je, my fav :)
ReplyDeletehaa tu pun best juga...
Deleteselalu baca koleksi buku kartun Lat je
ReplyDeleteif baca komik kurang best..tgok kartun Lat kt tv lgi best
DeleteSelalu tgok kat TV jer.. :)
ReplyDeletekecik2 memang tk miss :-)
ReplyDeleteSaja google lat's place sekali jumpa blog u... Detail... Good job...
ReplyDeleteMahal tak makanan kat situ? Huhu
ReplyDelete