AKTA 588 KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

By | 10/12/2014 10:26:00 pm Leave a Comment
Sesetengah orang dah lupa. sekarang kita ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, akta 588. Iaitu akta yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia. mungkin dia dah terlupa.. satu cara je buat dia ingat balik, report polis, settle kerja. mungkin kalau dia masuk penjara, insaf sikit. kalau tak insaf, kita report lagi. mungkin hobi dia keluar masuk penjara. hahaha. okay, just joking. :p

well, mengugut, mengancam atau apa-apa sahaja, boleh dikenakan hukuman PENJARA atau denda. kalau nak rasa hidup penjara, buatlah. kalau terlepas sekarang, besok-besok nak mati... belum tentu lepas. betul tak?

tapi ada sesetengah orang tu, mulut berpuaka tak berinsuran. kerja nak menyibuk pasal hal anak orang lain. hal anak sendiri tutup sebelah mata. macam mak cik peah dan mak cik bedah.. get a life mak cik. jagalah anak-anak makcik tu. jangan depan mak cik je baik, kat belakang mak cik buat hal tak senonoh.  bersekedudukan dengan bukan muhrim.. ha, ni banyak kes ni sejak kebelakangan ni. buka je newspaper metro, mesti ada. (maybe karma, sebab terlalu sibuk jaga tepi kain anak orang lain kan? kan?)

Tapi lantaklah orang tu. Pelik dengan dunia zaman sekarang. makin maju, makin busy body. low class minded betul. buatlah hal sendiri. tak payah penat-penat mengejar story. kalau wartawan takpe lah juga. ini mak cik bedah yang ntah apa-apa. hoho. okaylah sakit mental pula jadi kalau duduk fikir pasal orang ni. jom, kita tengok dan fahami apa tu akta 588. boleh dikongsi buat blogger-blogger lain. bukan setakat blogger, semua orang pun. wajib tahu!


Akta 588, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
BAHAGIAN X - AM

Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang : -

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar : -
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan

(2) Seseorang yang secara sedar : -

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane