THE REGENCY JERAI HILL RESORT : PUNCAK GUNUNG YANG MEMPERSONAKAN

By | 10/04/2014 09:00:00 am 16 comments
Pengalaman menginap di The Regency Jerai Hill Resort, Kedah.


Kami menginap di The Regency Jerai Hill Resort selama satu malam. Horey!! Siapa sangkakan, dulu masa first time datang, aku berangan nak tidur sini. Nampaknya angan-angan tu jadi kenyataan. Memang syoklah tidur di puncak Gunung Jerai ni. Hehe.


Dengan roommate, Fasha

The Regency Jerai Hill Resort ni bertaraf empat bintang dan sememangnya sejuk di waktu malam. Tak perlu aircond pun, tengah malam dah menggeletar kesejukan. Haha. Untuk ke sini, korang akan melalui jalan yang sempit dan kalau mudah lagi, tinggalkanlah kereta di bawah dan naik van. 


Dah alang-alang aku bercakap pasal sejuk dan roommate, kita mulakan dengan tengok bilik dulu. Aku ditempatkan dengan Fasha dan bilik kami menghadap pemandangan. Sejuk mata memandang especially time pagi dengan kabus-kabus pagi. Boleh bayangkan tak? Syok bak hang!



Chalet Kami

Jenis Bilik : Superior Room



 




Rekabentuk Chalet Yang Menarik


Kemudahan-Kemudahan Yang Terdapat Di The Regency Jerai Hill

Taman Permainan
Swimming Pool
Surau
Pool & Foosball
Mini Zoo (I think)

Yang memukau pandangan ku sejak kali pertama ke sini adalah landskap yang terdapat kat sini. Oh, mai gosh, cantik gila! Pelbagai bunga yang berwarna warni menghiasi setiap jalan di sini. Untuk pengetahuan korang, The Regency Jerai Hill Resort mula beroperasi sejak 18 May 2010 dan saban tahun ia sering menjadi pilihan pelancong setiap kali musim cuti sekolah.

Alangkah bahagianya jika dapat melihat panorama ni tiap-tiap hari

Peraturan : Dilarang Memetik Bunga

Berada di ketinggian 986 meter dari aras laut, aku dapat melihat sawah padi yang menghijau dan di bahagian lain pula terlihat laut yang terbentang luas. Subhanallah, cantik. Aku terpegun.

Restoran Puncak Kedah, The Regency Jerail Hill Resort

Salah satu masalah besar kat Gunung Jerai ni adalah LINE TELEFON. Memang kalau masuk bilik je, terus no network. Tapi apa ertinya percutian di puncak gunung kalau nak menghadap telefon 24 jam? You are wasting your time! Wohooo. Hahaha.

Tapi janganlah anggap tidak boleh berkomunikasi langsung dengan internet. Kalau rasa-rasa nak beranti-sosial pergi sahaja ke Restoran Puncak Kedah. Kat sini terdapat wifi percuma untuk pengunjung. Malah kat kawasan ini juga, line internet tiba-tiba muncul. Eh, pelik. Jeng, jeng, jeng. 

Sambil makan, sambil main internet.
Restoran Puncak Kedah

Last but not least, aktiviti kami kat The Regency Jerai Hill Resort ni. Supposedly masa petang tu kami ada Jungle Trekking ke Telaga Tok Sheikh dan Ladang Mushroom. Tapi cancel. Terus ke malam.

Pada sebelah malam pula, ada dinner dengan tema 'Pyjama Traditional Party'. Yang perempuan kena pakai baju kelawar dan lelaki pula kena berkain pelikat. Hahaha. Memang kelakarlah.

Segak dan Bergaya Tak?

Dan disebelah pagi, kami ada morning exercise. 


Satu malam tak cukup. Nak lagi dan lagi. Bestnya Gunung Jerai. Tak sabar nak pergi lagi. I wish boleh datang ke sini dengan family pula one day. Terima kasih Sahabat Media Santai Travel Magazine dan juga Tourism Malaysia Kedah kerana menganjurkan trip ni. =)

Newer Post Older Post Home

16 comments:

  1. Belum sampai lagi. Nampaknya cuaca dingin.

    ReplyDelete
  2. masa belajar dulu selalu join aktiviti lasak..skrg ni tak pasti stamina masih kuat ke tak..niat dihati nak panjat gunung Broga je la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah vgak sekali naik gunung jerai join xtvt masa student dulu....

      Delete
    2. bestnya..utg la..at least berpeluang sampai sana.

      Delete
  3. Mesti best hirup udara fresh ja kan ;)

    ReplyDelete
  4. syok tido time pagi, bangun je terus keluar feeling asap keluar mulut..

    ReplyDelete
  5. Mandi kat swimming pool tu x sejuk ker....

    ReplyDelete
  6. cntikny bunga2 tu.. great view.

    ReplyDelete
  7. Sygnya 2 program tu di skip ye....

    ReplyDelete
  8. Pernah daki Gunung Jerai ni..Penat sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. stamina kena kuat if bab mendaki ni..:-)

      Delete
  9. Best ni. Teringin nak daki gunung Jerai ni.

    ReplyDelete
  10. kalau skrg ni gunung Broga je la yg mampu kot..hehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane