TIPS PERCUTIAN KE OSAKA JEPUN

By | 10/01/2014 10:58:00 am 66 comments
BERCUTI DI OSAKA | Jepun adalah salah satu negara yang aku teringin nak pergi dari dulu. Selalu plan tetapi mesti tak jadi. Salah satu sebab, visa. Aku memang malas nak apply visa. Penat nak menunggu. Huh!

Dengan passport baru sekarang ni, dah tak perlu buat macam tu. Visa tetap ada, cuma dia ambil gambar semua sekali kat airport Kansai. Senangkan? Make sure passport baru yang hitam putih tu tau. 

Jangan lupa isi borang

Trip ke Osaka ni adalah trip main redah. Tak buat preparation langsung. Sehinggakan aku sendiri tertanya-tanya sampai sekarang. Betul ke aku dah pergi sana? Haha. Nasib ada seorang member baru balik dari Osaka. Dialah yang banyak membantu. Who you who you are. Thank You. =)

Osaka trip ini adalah trip solo aku. SOLO? Yes. Bagi wanita, jangan bimbang untuk ke sana. Memang selamat untuk travel solo. Bila ke tourist spot, korang akan jumpa beberapa orang lagi yang travel solo. Bertukar-tukar pendapat, saling tolong-menolong ambilkan gambar dan banyak lagi.

Dengan menaiki kapal terbang Malaysia Airlines, aku selamat mendarat di Kansai International Airport (KIX). Benda pertama sekali korang perlu buat setibanya keluar dari arrival hall, adalah jalan ke kiri. Kenapa? Jawapannya ada kat bawah.

Kansai Tourist Information Center
Inilah Jawapannya

Kat sinilah korang perlu beli travel pass. Ada sesetengah orang cakap, beli kat Kuala Lumpur lagi murah. Especially time Matta Fair. Travel pass 'Osaka Amazing Pass' ni memang absolutely amazing. Dengan harga 2300 yen around RM70 macam tu, korang boleh naik subway, bas dan masuk 28 tempat tarikan pelancong. Eh, murahnya!! Macam aku memang kesuntukan masa, seharilah aku ambil. Tapi kalau korang, aku suggest ambil dua hari. Just tambah 700 yen dan tiket ni valid untuk 2 hari.

Harga Tiket Osaka Amazing Pass

Tapi memang penatlah seharian nak pergi 28 tempat. Sampai melecet kaki. Melecet yang sangat teruk! Mohon pakai kasut yang sesuai dan tahan lasak bila ke sini. Sebab dari keluar train nak ke exit dia kemain jauh. Trust me. Sangat memenatkan! 

Seterusnya, aku sarankan korang sewa telefon kat Osaka. Berhadapan dengan Kansai Tourist Information Center, terdapat satu booth khas untuk sewa telefon. Jangan risau, harga sewaan yang amat berpatutan. Better rent the phone dari beli simkad. Lebih mudah.

Tempat Sewa Handphone Di Osaka
Tempat Sewa Handphone Di Osaka

Beli travel pass dah, sewa handphone dah, sekarang beli tiket bas ke bandar pula. Ada orang tanya, nak naik bas ke atau naik train ke bandar. Jawapanku, naiklah bas. Sama je perjalanannya, cuma kalau naik bas boleh lihat view dan harga tiket bas dari airport Kansai ke bandar Osaka pun jauh lebih murah dari naik train. Ikut hati koranglah.

Untuk beli tiket bas dari airport Kansai ke destinasi lain, bolehlah di beli kat Kansai Tourist Information Center atau mesin tiket yang terletak di bahagian luar airport. For first timer macam aku, belilah kat Tourist Information tu. 

Mesin Beli Tiket

Harga Tiket Bas Dari Kansai Airport ke Osaka, mak aih...!! Lagi mahal dari travel pass. Haha. 2760 yen untuk return. Kalau convert dalam RM90 macam tu. Tiket return ni valid untuk beberapa hari. 

Tiket Bas Dari Kansai Airport ke Osaka
Tiket Bas Dari Kansai Airport ke Osaka

MOH KITA KE OSAKA 

Bas yang selesa, tetapi no WIFI.
Layan Feeling
Dalam Bas Ni Lah Baru Aku Plan Nak Pergi Mana

Sampai je bandar Osaka, aku mengalami masalah komunikasi. Adoi. Padah tak buat research sebelum pergi. Tiada map, tiada kamus, tiada internet. Sesetengah kawasan je ada internet FREE, selebihnya nan hado. Kesudahannya, aku membazir masa selama sejam lebih pusing-pusing cari hotel.

Shopping Mall Bawah Tanah
Memang Ada Tulisan dalam ABC, tetapi nak tanya orang kat sini susah!

Small City 
Sesat??! Haha

Nasiblah ada seorang yang pandai berbahasa Inggeris. Dialah yang tunjuk hotel. Laaa, tak jauh pun dari tempat aku turun tadi. Haha. Pengajarannya, kalau ke tempat-tempat tak familiar, sila buat salinan maps pasal hotel tu atau bawalah kamus. 

Apa-apapun, Osaka memang best. Siapa tak pergi rugi. Best dari segi culture. Walaupun tak sehebat Tokyo, tapi aku suka Osaka. Dia tenang dan selamat. Bersambung~

Newer Post Older Post Home

66 comments:

  1. Trip ke Osaka tahun depan macam kelaut dah sebenarnya. Memang tak prepare apa-apa pun, study malas. Harap-harap dengan membaca cerita Cik Tatie dapat semangat nak pi Osaka balik. Menunggu dengan sabaq cerita seterusnya :) Salam kenal, Jaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. Insyallah. pergilah osaka. kalau suka culture and history. but kalau city better lagi tokyo

      Delete
    2. ooooo... tokyo dengan osaka ada beberapa perbezaan yea..

      Delete
  2. suka sangat baca tip tip Tatie semua... harap Miera boleh ke Osaka satu hari nanti... huhuhu... nak tengok Harry Potter world...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa apply #kelabbloggernorfanil tau. haha

      Delete
    2. aik... ada kelab kak norfanil pulak ke?

      Delete
  3. Mcm mn nk travel mcm tatie ni eh...seronok plak akak tgok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. menabung. usually saya travel guna duit blog. dari nuffnang, advertiser n lain-lain. so terkumpul barulah fly :)

      Delete
    2. waaaah, banyak juga duit kak tatie.. seronok kan banyak duit blog?

      Delete
    3. bestnya, smbl menyelam mnum air, smbl blog dpt duit g travel. best3 :)

      Delete
    4. Bagus la kan at least nampak hasil blogging...ye x...tips hebat ni

      Delete
    5. wow masyuk jugak duit dari blog ni

      Delete
  4. wah, bestny.. :)

    anaalut.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. macam seronok je ke Osaka.. cuaca pun menarik

    ReplyDelete
  6. Moga moga dapatlah jejak osaka jugak :)

    ReplyDelete
  7. bestny melancong merata tempat.

    ReplyDelete
  8. last jejak kaki ke Osaka, 10 tahn lepas..dr segi cerita tatie, dah banyak berubah skang ni

    ReplyDelete
  9. Belum ada keberanian nak travel sensorang..

    ReplyDelete
  10. Travel sorang memang en hubby x lepas la..hehe

    ReplyDelete
  11. Seronoknya berpeluang untuk bercuti di Osaka!

    ReplyDelete
  12. Teringin nak bercuti ke Osaka ni.

    ReplyDelete
  13. Seronok kalau dapat bercuti ke Osaka, melihat sendiri keindahan Osaka.

    ReplyDelete
  14. ada itenary x kt Osaka tu... leh email nurfarhaina.waheeda@gmail.com. if xkeberatan

    ReplyDelete
  15. Hi tatie,budget kalau ke osaka tu kira2 brapa? Termasuk flight, hotel & smua tu. Saya merancang nak melancong ke sana juga. Harap tatie dapat bantu bagi info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight depend pada promo. dari airport ke town naik bas 2760 yen/return
      then jalan dengan osaka amazing pass 2300 yen
      hotel kena tengok rate terkini.

      makan semua bawa dari malaysia. sebab macam susah gila nak cari makanan halal ... please wear comfortable shoes. sebab train sana macam jauh gile nak jalan.

      osaka amazing pass cover train & bas.

      kalau nak ke usj naik jr train dalam 140 yen kot.

      Delete
  16. Ada intenary tak... tgh bln sep nak pi...tlg email qq2011kk75@yahoo.com klu blh...tq..

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Wah menarik itinerary awak. Saya pun pernah ke Osaka dan Kobe. Untuk ke Bandar Osaka dari Kansai Airport tu ada reason kenapa awak pilih untuk gunakan bas? sebab saya gunakan train je

    Salam kenal dari saya.

    ReplyDelete
  18. salam hai..
    blh share itinerary x?
    mohammadikhwan.wahab@gmail.com

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane