Dalam banyak-banyak tempat dalam pakej Osaka Amazing Travel Pass, yang paling aku suka adalah Santa Maria Cruise. Santa Maria Cruise ni lah satu-satunya tempat dalam Osaka Amazing Travel Pass yang sentiasa dipenuhi pengunjung.
Sampai aku terpaksa berebut-rebut nak beraturlah. Hahaha. Untuk ke sini, aku menaiki Subway Chuo Line dan turun di Stesen Osakako atau Cosmosquare. Yang tak bestnya, aku pergi seorang. Jadi sepanjang pelayaran, ibarat lone rangerlah aku. Tsk Tsk. T_T
Tempozan
Santa Maria Cruise ni terletak di Tempozan Harbor Village. Kat sini juga terdapat attraction lain seperti Tempozan Ferris Wheel, Osaka Aquarium Kaiyukan dan Captain Line. Dalam semua ni, hanya Osaka Aquarium Kaiyukan sahaja tak termasuk dalam pakej. Yang tu kena bayar asing.
Tempozan Harbor Village
SANTA MARIA CRUISE OSAKA
Ramai yang suggest pergi malam. Sebab waktu malam, pemandangan sekitar bay sangatlah cantik. Diserikan lagi dengan limpahan cahaya malam. Tapi aku lagi suka siang sebab boleh nampak pemandangan jauh (kalau tak hujan dan tak berkabuslah). Ha, tak kisahlah mana-mana. Dua-dua pun okay.
Bila aku naik Santa Maria Cruise ni, maka aku boleh skip Captain Line. Captain Line tu kat mana-mana pun ada. tapi Santa Maria Cruise ni unik sikit sebab reka bentuk kapal yang sangat menarik dan antik. Pelayaran selama 45 minit dan mengelilingi kawasan-kawasan menarik di Osaka.
Dan, bagi yang suka anti-social, kat Santa Maria Cruise ni juga ada FREE WIFI untuk korang. Bahaha. Untunglah kan? Boleh update Instagram terus.
Santa Maria Cruise
Antara Pemandangan-Pemandangan Dari Atas Kapal
Tempozan Bridge
Bridge lagi
Pemandangan Bangunan
Santa Maria Cruise Osaka ini sangat luas. Korang boleh pilih nak duduk atas, dalam (beraircond) atau bawah. Tapi kebiasaannya, orang tak duduk tetap pun. 45 minit tu dipenuhi dengan jalan-jalan di atas kapal. Rugi kalau duduk setempat je.
Bahagian Atas Kapal
Bahagian Bawah Kapal
Bahagian Dalam Kapal
Kafe
Terdapat juga galeri mengenai dunia pelayaran dan lain-lain..
Kalau korang beli Osaka Amazing Travel Pass ni, kira free je masuk Santa Maria Cruise. Sebab termasuk dalam pakej. Tapi kalau beli asing, korang kena bayar 1600 per entry untuk ke Santa Maria Cruise ni. But for me antara Captain Line dan Santa Maria Cruise ni, lagi baik naik Santa Maria Cruise. Lain dari yang lain.
Santa Maria Cruise
Kaigandori Minato-ku, Osaka
Operation Hours :
11am - 4 pm
Harga Tiket :
1600 yen
(Free Jika Guna Osaka Amazing Travel Pass)
Next ke Tempozan Giant Ferris Wheel Osaka.
Tempozan Giant Ferries Wheel
Sebelum kewujudan ferris wheel London Eye, Tempozan Giant Ferris Wheel menduduki takhta nombor satu sebagai ferris wheel tertinggi di dunia. Berdiameter 100 meter dan tinggi 112.5 meter, Tempozan Giant Ferries Wheel ini mempunyai 60 buah tempat duduk.
Setiap orang dibenarkan naik satu pusingan. Kalau nak naik lagi terpaksalah beratur sekali lagi. Dari atas ni korang boleh nampak pemandangan sekitar Tempozan Harbor Village, Jambatan Akashi, Gunung Rokko dan bandar Osaka.
Ini Baru Selfie.. Haha
Pemandangan Bawah
Tempozan Ferries Wheel
Kaigandori Minato-ku, Osaka
Operation Hours :
10am - 9.30 pm
Harga Tiket :
700 yen
(Free Jika Guna Osaka Amazing Travel Pass)
waho best naik tempozan gaint ferries wheel tu
ReplyDeletehuuu..gayat tu dik oii..:-)
Deletecntk2, bestny g jln2.. :)
ReplyDeleteSian pi sorang...tp if dh biasa x per kot kan? Sapa amik gambar kat atas tu tatie? Self timer or mintak org amikkan?
ReplyDeleteBoleh tahan harga tiket tu..dah boleh sewa hotel 1 mlm..;-)
ReplyDeleteBestnyaaaaa. Awak pergi travel sorang2 ke?
ReplyDeletebestnya pegi melancong :)
ReplyDelete