Pstttttt, ada sesiapa kat sini suka main LEGO? Atau masa kecik-kecik berangan jadi Jedi Knights? tak pun Young Padawans? Urm, Sith Lords mungkin? Straight to the pointlah, anda minat filem Star Wars ke tak???! Hahaha.. Kerana ada sesuatu yang lebih hebat bakal dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi di Legoland Johor Bahru.
Sempena ulang tahun kedua Legoland Johor Bahru, Legoland dengan bangganya mengumumkan tarikan terbaru di Legoland Johor Bahru, Lego Star Wars™ Miniland Model Display. Walaupun aku dah pernah pergi Lego Star Wars™ Miniland Model Display di Legoland Windsor, tapi aku gembira bila mereka mengumumkan perkara ini. Horeyyyy!!! Lain negara, lain pengalamannya.
#throwback Star Wars Miniland di Legoland Windsor
Maklumlah, feeling-feeling nak merdeka ni, kenalah patriotik sikit. Mahu tak bangga? Negara sendiri dah ada Legoland, tak perlu pergi jauh dah. Tambah pula Lego® Star Wars™ Miniland Model Display yang bakal dibuka tak lama lagi. Of course, aku tak sabar nak jadi antara yang terawal untuk menyaksikan sendiri kehebatan Lego Star Wars™ Miniland Model Display ni.
Lego Star Wars™ Miniland Model Display di Legoland Johor Bahru ni sangat istimewa. Sebab ia dibina di sebuah bangunan yang berbentuk oktagon dan mempunyai lebih dari 2000 model Lego dan menggunakan lebih daripada 1.5 juta brick lego. Tak dapat ku bayangkan kehebatannya. Hehehe.
Aku jangka, ia adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Walaupun Lego Star Wars™ Miniland Model Display dibina di dalam bangunan dan tertutup, ia mampu memberikan pengalaman yang berbeza untuk anda. Berjalan ke dalam dan melihat sendiri model-model lego sambil mengimbas kembali zaman kegemilangan Star Wars. Ehem, ingat lagi tak Star Wars : The Clone Wars?
Kos pembinaan Lego Star Wars™ Miniland Model Display menelan belanja lebih dari RM6 juta. Fuh, berpeluh aku dengar. Nak tahu pasal Lego Star Wars™ Miniland Model Display ni kenalah tunggu entri seterusnya. Jeng, jeng, jeng...
Pelbagai aktiviti berkaitan dengan Star Wars bakal berlangsung di Legoland Johor Bahru dalam bulan September ni. Untunglah siapa duduk Johor Bahru. Hari-hari boleh pergi Legoland kan? =)
Antaranya ialah :
:: FREE TICKET bagi kanak-kanak yang berpakaian mengikut tema Star Wars
:: Pemegang PAS TAHUNAN boleh menikmati special review dari 1 hingga 5 September
Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari
Website :
Instagram :
Jangan lupa baca Entri Lama : Legoland Windsor
Kantoi, Curi-Curi Main Lego.. Hahaha
Saya orang Johor ;)
ReplyDeletemesti dah pergi legoland kan
Deletemest seronok kan.. :)
Deletex pernah g legoland lgi. :)
ReplyDeletesaya pun tak pernah pergi lagi
Deletealahai comelnya tatie duk main lego
ReplyDeletekan, nampak fokus kak tatie dgn lego tu..hehe
DeleteNtah bila nk sampai....seronok plak tgok tatie tgh main lego tu
ReplyDeletehopefully dapat smpai sini nnt :)
DeleteSempat lagi main sekali. Hehe
ReplyDeleteteringin nk bawa ank ke sana..
ReplyDeletebudak2 memang seronok ah kat sini, org dewasa pun.hehe
Delete