Hai, Assalamualaikum.
Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Walaupun raya tahun ni disambut dengan sederhana, tapi Alhamdulillah. Meriah dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai. Anda pula bagaimana? Hopefully begitulah.
Raya ketiga sebagai isteri. Masih mengekalkan konsep yang sama, homemade cookies dan tidak beli di luar. Raya tahun ni aku buat 7 jenis kuih dan antaranya Tart Nenas, Biskut Red Velvet, Semperit Putar, Cornflakes Coklat, Chocolate Chips, Biskut Coklat Kisah Tatie dan Biskut Arab. Biskut-biskut ni dibuat dua hari sebelum raya. Bergegar kejap rumah. Last minute baru timbul mood raya.
Manakala untuk open house pula (lain hari lain menu), aku buat Pavlova, Nutella Cheese Cake, Red Velvet Cake, Cheese Tartlet dan lain-lain lagi. Masih dalam perancangan. Hehe. Siapa FREE 10hb ni angkat tangan??!! Haha.
Ada yang tertanya-tanya, kenapa aku tak ambil je kuih kat kedai mummy. Kan senang dan tak payah penat-penat buat kuih. Jawapannya, simple sahaja. Inilah yang dikatakan kepuasan. Baking, baking, baking. Lagipun tahun ni, aku jarang bebenar 'memanaskan oven' dek kerana sibuk ke sana ke sini. =B
Kuih dan Kek
So, perkara pertama aku buat, adalah menghantar baju-baju raya tahun lepas ke dry cleaning. Bukan semua baju, tapi baju yang aku rasa nak pakai sahaja. Haha. Mujur sempat hantar dan ini pun last minute. FYI, diorang usually dah tak nak ambil lagi baju seminggu sebelum raya. Penatlah aku merayu dan berdrama kat kedai tu. >_<
Baju-baju tahun lepas
Selain dari baking, kalau korang follow blog ni dari tahun-tahun lepas, mesti tahu, tak sahlah kalau aku tak menambah-nambah manik kat baju. Tapi tahun ni agak malas sikit, plus baju siap lambat. So aku hanya sempat menambah manik kat satu baju je. Tambah manik dan tampal batu. Nampak tak kemalasan kat situ berbanding tahun lepas? Haha.
Sesi jahit dan tampal
Dan, baju raya tahun ni .... pun simple-simple je. Semua very last minute. 4 helai tempah, 3 helai beli siap. Thank you Ruby Exclusive Fabrics kerana sponsor satu baju. Yeay. Nak tengok?? Tunggu next update. Gamaknya bila Syawal dah habis kot. Haha. =P
Baju Raya Tahun Ni
DUIT RAYA, DUIT RAYA .. Siapa nak?
Sila bawa anak-anak korang ke rumah kami CEPAT
Terima kasih Encik Suami kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk handle bab-bab persiapan raya, kepada mummy, mertua, siblings, kawan, saudara dan semua yang memeriahkan Syawal kami untuk tahun ni meskipun Encik suami terpaksa bekerja dari first sampai third raya..
Soalan bonus : Siapa FREE 10 HB Ogos ni?? Haha.
Ada open house ke....wah tatie...meriah jugak persiapan tuh...
ReplyDeleteMeriah sungguh baju Raya Tatie..
Deletemeriahnya ;)
Delete:)
ReplyDeleteSaya senyum jugak
Deletegreat :)
Deletesenyum itu sedekah. hehe
Deletetahun depan kena pergi beraya rumah tatie
ReplyDeletekan, mesti meriah
DeleteTahun depan jgn lupa jemput akak dtg rumah tau..hihi
ReplyDeletesediakan kita duit Raya kan..
Deleteaah, hehe
DeleteBusy busy pun sempat buat kuih raya, terbaiklah kak tatie..
ReplyDeletesaya semua kuih tunjuk2 n bayar je..hehe
DeleteIM pun selalu mcm tu. Yg sempat atau simple ja buat.
Deleteif buat pun samperut je sbb anak suka
Deletehaha, sll bt kuih 'tunjuk ' juga
DeleteDear..if kt tempat akak ni 2 bulan bfore Raya dh ttup tarikh ambik tempahan tau
ReplyDeletekalau tempahan mmg mostly ttup awal kan.
Deleteorg mesti sibuk kan buat prsiapan kalau raya. tukar bju baru prabot baru.. mmg kna time raya je ke? kalau time tak raya tak tukar eh brg baru? huhu
ReplyDeletepuasa sebulan, pas tu raya.. Hadiah la dgn benda2 baru..
ReplyDeletenak tukar prabot la. tgk promosi raya courts bnyk yg cantik. courts pon promosi raya awal2 elok gak. snang nk wat bajet nk bli prabot baru. usha koleksi raya nya bnyk gak yg murah2, diskaun pon bnyk. boleh la bli prabot baru sbb raya ni nk masuk umah baru. hehe
ReplyDeletebazir je bli bnda2 baru mcm prabot smua tu. slagi elok pakai je. kalau baju tu lain la bli baru.
ReplyDeletemcm best je promo courts raya ni. siap dpt duit petrol smpai seribu. cash back pon dpt smpai 10k. masyuk ah. kna g usha cepat ni kat courts sblm dpt kt org lain. haha
ReplyDelete