Johor dan Nanas memang sinonim. Sebut je Johor , aku mesti teringat kat nanas. Entah kenapa entah. Oh ya, sebut betul-betul N-A-N-A-S. Ramai yang konpius dengan ejaannya, termasuklah aku. Tapi bila ke Johor baru-baru ini barulah aku tahu, ejaannya adalah NANAS, bukan NENAS.
Cakap pasal Nanas, aku beli buah ni setahun sekali je. Tu pun masa nak raya. Buat jem Nenas untuk kuih tart. Bukannya apa, baik kat rumah mummy mahupun rumah aku, tak ramai yang gemar buah ni. Berlainan dengan rumah babah. Oh, arwah babah suka gila buah ni okay? Aku pula, bolehlah. Orang serve aku makan. Hehehe.
Tapi bila kunjungan ke Sahabat Media ke Ladang Nanas Alor Bukit baru-baru ini buat aku ketagih Nanas. Oh my nanas... Sedapnya tak terkata. Dikatakan terdapat lebih 80 spesis nanas di sini (daripada 200 spesis di seluruh dunia) dan ladang nanas ni mempunyai keluasan 300 ekar.
Ladang ini juga menjadi tempat kajian tanah gambut (urm, terbesar di dunia.. katanya).
LADANG NANAS, ALOR BUKIT
Spot the pineapples
Eh, kekeliruan identiti
Sedapnya tak terkata
Yummy
Panas-panas pun sanggup. Haha
First time jejak kaki ke ladang nanas
Bersiar-siar di ladang nanas
Begini rupanya pokok nanas
NICTAR, PONTIAN
Selepas lawatan ke ladang nanas, kami ke Nictar pula. Nictar? Apa tu? Bunyinya macam ada kaitan dengan lebah. Ye ke? Yes, betul. Memang Nictar ini berkait rapat dengan lebah. Cumanya ia terhasil dengan wujudnya ladang nanas. HAAAAAAAAAAA?
Nictar Bee Farm yang terletak di Parit Sikom, Pontian ini cukup unik. First time jugalah aku tahu terdapat perbezaan rasa madu lebah dari pelbagai spesis buah-buahan. Kalau tak, nan hado. Rasa macam semuanya sama. Kan??
Persekitaran di Parit Sikom
Kat sini juga terdapat Ayam Kampung dan lain-lain lagi
Bergambar dengan Nanas Gergasi. Haha
'Anak Nanas'
Oh, mural 3D pun ada..
Jagung Mentah Yang Manis.. Enak dimakan begitu sahaja. FRESH!
Daun nenas juga boleh dijadikan sebagai benang. Fuyoo!!!
Mawardi dan lebah ...
Inilah aku cakap. Ada Madu Durian, Pineapple, dan Melaleuca
Jangan konpius kawan-kawan. Madu ni bukan perisa durian pun. Hahaha. Cumanya, lebah ini diternak dan dibiakkan di kawasan ladang durian. Begitu juga Nanas dan Malaleuca. Uniknya, setiap madu ini mempunyai lain-lain rasa. Takde langsung rasa durian or nanas okay. Rasa madu, cuma... cuma... ishh, susah nak describe. Korang kena cuba sendiri baru tahu. :)
MUZIUM NANAS, JOHOR
Kalau dah sampai sini, tak sahlah kalau tak melawat Muzium Nanas (klik sini : Muzium). Muzium Nanas yang dirasmikan oleh Dato' Haji Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor ini dengan rasminya dibuka pada Mei 2002.
Kunjungan ke muzium ini banyak faedahnya. Kalau dulu, kita cuma tahu MAKAN NANAS, tetapi bila balik, kita dah tahu nanas ni sebenarnya banyak manfaatnya. Selain dari makan, ia juga boleh dibuat sebagai beg, baju dan lain-lain lagi.
Dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, apa lagi penggemar-penggemar nanas. Ayuh ke sini.
Muzium Nanas, Johor
Baju Kain Benang Nanas
Pelik sungguh nama kain ni.. Kain Bodo
Ananas - Comosus
Produk Nanas tempatan juga diimport ke luar negara.. *bangga*
Beg Nanas
Ini terbaik.. Ais Krim Nanas
Seriously, makan nanas FRESH dari ladang memang terbaik. Rasanya menyegat sampai ke tekak. Makan sekali pasti nak lagi. Sedapnya. Sungguh aku tak tipu. Kalaulah rumah belakang ladang nanas Alor Bukit ni kan bagus. Hahaha.
Bagi sesiapa bercadang nak ke Pontian, jangan lupa pekena NANAS. Sedap wei. YUMS!
wah.. nmpk fresh n yummy sgt nnas tu :)
ReplyDelete:)
Deletesedapnya makan nenas fresh dari ladang
Deletesuka sgt mkn nenas..especially nenas madu..manis sgt :-)
Deletebetul tu.. yummy
Deletenenas nenas nenas!
ReplyDelete:)
DeleteAkak suka nenas cicah kicap cili...mesti pedas2...pas tu nasib la...lidah luka kan....
ReplyDeletekecur air liuq igt nenas cicap kicap bercili..nyum2
Deletewah, sedapnya tuu, terliur..
DeleteIM pun tak gemar sgt nanas tp ladang sia cantikkllaahh..
ReplyDeletebuat pajeri sdp ...
Deletekan, :)
DeleteIM pun tak gemar sgt nanas tp ladang sia cantikkllaahh..
ReplyDeleteikutkan org tua x glkkn sgt ank mkn nenas especiallh ank dara :-)
DeleteHehe. Ada dengar jugak :)
DeleteYup, pontian memang terkenal dengan nenas.. :)
ReplyDeletesedapnya..cicah dgn sambal kicap..nyum2
ReplyDelete