Masihkah korang ingat lagi entry Kuching?? Kalau tak ingat, klik sini : TRAVELOGUE KUCHING. Bercuti di Kuching Sarawak selama 10 hari 9 malam masa tu benar-benar memberi kesan kat aku. Selain mengenali budayanya yang unik, aku juga terpikat dengan sungainya yang kaya dengan hasil seperti udang galah dan banyak lagi. Sungai Sarawak bersih tau, tak macam sesetengah sungai seperti di Semenanjung. Ops!
Bukan itu sahaja, sungai di Sarawak ini juga sangat aktif. Selain menjadi laluan lalu-lalang (especially di bahagian pendalaman), ia juga sering menjadi tumpuan bila aktiviti-aktiviti besar dijalankan seperti SARAWAK REGATTA.
SARAWAK REGATTA? Regatta bermaksud boat race atau dalam bahasa Melayu perlumbaan bot. Ada yang menggunakan cara tradisional dan ada juga menggunakan bot kuasa enjin. Tapi SARAWAK REGATTA adalah acara yang cukup unik kerana ia menggunakan dragon boat dengan kayuhan 'semangat' oleh para peserta.
Saban tahun SARAWAK REGATTA semakin mendapat perhatian malah sering menjadi tumpuan pelancong asing untuk berkunjung ke Sarawak. Kalau hari-hari biasa mungkin kita lihat Waterfront Kuching ini sibuk dengan bot penambang yang ulang alik dari Astana ke Waterfront, tapi bila acara SARAWAK REGATTA diadakan, ia menjadi 10 kali lebih sibuk berbanding biasa. Happening!
gambar dari Sarawak Travel's FB
So, sempena SARAWAK REGATTA 2014 yang bakal diadakan tak lama lagi ni, aku nak ajak korang semua turun ke bandaraya Kuching. SAVE THE DATE, SAVE THE DATE AND PLEASE SAVE YOUR DATE. Jangan lupa book tiket flight dulu ke Kuching. Hihihi.
SARAWAK REGATTA
Waterfront Kuching (depan Hotel Hilton)
Tahun ni lebih semangat dan lebih meriah. Peserta-peserta bukan sahaja dari Malaysia, malah aku dengar jumlah penyertaan setakat ni dari 11 negara. WOWWWW!!!!
Kalau nak tahu apa tu 'Raja Sungai', nak tahu bentuk dragon boat, nak rasai kemeriahan, nak lihat sendiri diorang bersemangat waja dan lain-lain lagi, silalah ke SARAWAK REGATTA. Mari, mari dan mari. Boleh jalan-jalan cari makan sekali di bandaraya Kuching ni.
Jom layan gambar-gambar SARAWAK REGATTA tahun lepas. Gambar kredit kepada Sarawak Tourism. Hurmm, tak sabarnya nak lihat sendiri kehebatan diorang ni. Hehehe.
gambar dari Sarawak Travel's FB
gambar dari Sarawak Travel's FB
gambar dari Sarawak Travel's FB
fuh meriah betul
ReplyDeletekan..bestnya..
DeleteRamai yg join..
Deletebetul tu, nampak seronok sgt..
DeleteKawan akak org sarawak siapa ajak akak pi tahun depan...menarik ni....kena explore...
ReplyDeleteKena travel ke sarawak jugaklah. Hehe. Teringinnn..
ReplyDeleteMember pesan if pergi serawak mesti pegi rumah pjg :-)
ReplyDeletewah, sungguh meriah hingga ke peringkat international tu :)
ReplyDelete