Latest Posts

Showing posts with label AIDILFITRI. Show all posts
Showing posts with label AIDILFITRI. Show all posts
Hai, Assalamualaikum.

Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Walaupun raya tahun ni disambut dengan sederhana, tapi Alhamdulillah. Meriah dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai. Anda pula bagaimana? Hopefully begitulah.

Raya ketiga sebagai isteri. Masih mengekalkan konsep yang sama, homemade cookies dan tidak beli di luar. Raya tahun ni aku buat 7 jenis kuih dan antaranya Tart Nenas, Biskut Red Velvet, Semperit Putar, Cornflakes Coklat, Chocolate Chips, Biskut Coklat Kisah Tatie dan Biskut Arab. Biskut-biskut ni dibuat dua hari sebelum raya. Bergegar kejap rumah. Last minute baru timbul mood raya. 

Manakala untuk open house pula (lain hari lain menu), aku buat Pavlova, Nutella Cheese Cake, Red Velvet Cake, Cheese Tartlet dan lain-lain lagi. Masih dalam perancangan. Hehe. Siapa FREE 10hb ni angkat tangan??!! Haha.

Ada yang tertanya-tanya, kenapa aku tak ambil je kuih kat kedai mummy. Kan senang dan tak payah penat-penat buat kuih. Jawapannya, simple sahaja. Inilah yang dikatakan kepuasan. Baking, baking, baking. Lagipun tahun ni, aku jarang bebenar 'memanaskan oven' dek kerana sibuk ke sana ke sini. =B

Kuih dan Kek

So, perkara pertama aku buat, adalah menghantar baju-baju raya tahun lepas ke dry cleaning. Bukan semua baju, tapi baju yang aku rasa nak pakai sahaja. Haha. Mujur sempat hantar dan ini pun last minute. FYI, diorang usually dah tak nak ambil lagi baju seminggu sebelum raya. Penatlah aku merayu dan berdrama kat kedai tu. >_<

Baju-baju tahun lepas

Selain dari baking, kalau korang follow blog ni dari tahun-tahun lepas, mesti tahu, tak sahlah kalau aku tak menambah-nambah manik kat baju. Tapi tahun ni agak malas sikit, plus baju siap lambat. So aku hanya sempat menambah manik kat satu baju je. Tambah manik dan tampal batu. Nampak tak kemalasan kat situ berbanding tahun lepas? Haha.

Sesi jahit dan tampal

Dan, baju raya tahun ni .... pun simple-simple je. Semua very last minute. 4 helai tempah, 3 helai beli siap. Thank you Ruby Exclusive Fabrics kerana sponsor satu baju. Yeay. Nak tengok?? Tunggu next update. Gamaknya bila Syawal dah habis kot. Haha. =P

Baju Raya Tahun Ni

DUIT RAYA, DUIT RAYA .. Siapa nak?
Sila bawa anak-anak korang ke rumah kami CEPAT

Terima kasih Encik Suami kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk handle bab-bab persiapan raya, kepada mummy, mertua, siblings, kawan, saudara dan semua yang memeriahkan Syawal kami untuk tahun ni meskipun Encik suami terpaksa bekerja dari first sampai third raya..

Soalan bonus : Siapa FREE 10 HB Ogos ni?? Haha.
Design Baju Raya. Berbeza dengan tahun lepas -"2011",  baju raya tahun ni, sempat ditempah dan dipakai masa raya.. Alhamdulillah. Biarpun sibuk dengan beberapa urusan luar.

Terima kasih tukang jahit. Saya puas hati sangat-sangat dengan hasilnya. Now, jom tengok keseluruhan baju raya untuk tahun ini. Mungkin boleh dijadikan idea untuk anda di luar sana. Hehe. Maaf, saya masih baru dan mentah. Mungkin design agak serabut tapi memenuhi citarasa saya. :)

1 - Fuschia Heart
material from jakel, lace from jakarta
and DIY batu-batu swarovski dan manik-manik

Design by me 
Kurung modern, kain berlayer-layer.


2 - Romantika black lace
mix and match.. just tambah brooch bunga kat bahu.. hehehe
dan paling BEST lace ni sangat murah. beli kat jakarta rm5/meter. murahkan?
bila beli lace murah, make sure lining mesti dari good quality.. baru nampak class! 

Design by me
Kurung modern, belakang ala-ala peplum (kipas)

 add a flower brooch .. 
peplum kat belakang

3- Simple Kurung Modern 
(salah satu hadiah masa kahwin hari tu.. thanks to my guest *opsie lupa nama..sorry*)

Design by me 
Baju kurung Modern, kain mermaid


4 - Sweet Polkaraya
material from Jakel - rm50/4mtrs ONLY (murah gile kan?)
brooch - unbranded brand

Design by Me
Gabungan polkadot besar dan polkadot kecik


5- Orange Layer
(thanks to my sis for this baju raya.. from my mom's boutique. suka sangat!)


6- Jovian Aviraya - Janiya
seriously comfortable gila.. menyesal tak beli banyak!! now, countdown for aviraya for aidiladha collection.. all the clothes nampak sangat yummy! hahaha


7- Pinky Saree
material i beli masa kat mumbai januari lalu - RM16 ONLY! murahkan? tapi kain dia sangat sedap dan sejuk! dan bila dah jadi baju macam wowww.. suka!!!

Design by me
Labuci tu saya jahit sendiri, manakala baju tailor yang jahit. 
Ilham dari google, cuma tambah sikit-sikit bagi menaikkan lagi seri baju ni.

bahu , bawah&lengan , belakang

8 - Dusty Pink 
(thanks mak tua - relatives from Bukit Tinggi Padang for the material.. special gift from Indon)
"sulam indonesia"

Design by me
Tak sempat nak gosok dek non masa amek gambar ni. haha. as usual butang tu trademark saya. haha. manakala ni kurung modern simple. tak payah nak jahit manik ke apa-apa, kain ni memang dah siap sulam. *legaaaa*


9- Red Hot Modern Kurung
sumpah menyumpah kat tailor satu ni.. sebab baru siap! raya dah habis kot! gamaknya pakai masa raya haji nanti lah nampaknya! hishhh!! nasibla banyak wedding so boleh pakai for wedding.. pfftttt... *okay yang ni takde gambar* sebab belum ambil dari tailor.. bile dah ade besok, i updatelah yeeee... ;p

hai assalamualaikum

still dalam mood raya.. walaupun kuih raya at my house dah nak habis tetapi, kunjungan tetamu yang datang tak henti-henti. opss... my mom's house. my house this year, officially closed for guests.. =p

as i said earlier, this year adalah tahun pertama beraya sebagai isteri.. hurmmm.. okaylah not bad. ada yang OK ada yang KO...hahaha.

seperti tahun-tahun sebelum ini, first raya wajib pakai cantik2. 
wajib bangun waktu subuh, mandi sunat, pergi kubur, sembahyang raya
dan paling best, bersalaman sambil tukar2 angpau

Then, raya kedua.. pagi-pagi dah bergegas ke airport.. dengan harapan ada lagi tiket flight untuk kami laki bini.. fuh!! nasib ada.. flight? penuh babe!!

posing ala-ala diva @ Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu

raya kat sini berbeza dengan raya kat belah2 selatan & utara.. tak berapa nak meriah sangat! (tapi i dengar diorang lebih kepada raya aidiladha).. mana taknya.. kalau kat belah2 selatan, raya kedua dan ketiga, still ada rendang kalau xde pun mungkin soto, laksa, nasi ayam sampai penuhlah meja.. tak pun jenis hidangan 3-4 macam..  and jalan ke kampung encik suami pun sunyi je.. yang meriah bila di kuala terengganu.. baru terasa suasana raya..dengan kereta, mercun dan lain-lain.. =)

Raya ketiga @majlis orang kahwin
meriam paip...kau hado? ;p
jalan-jalan kampung naik motor
lepak at kedai makan is so weird for me.. raya usually lepak kat rumah member sambil makan kuih.. tapi diorang lepak kat kedai makan .. LOL!
kitorang raya 4 hari je kat sana. so pagi 23hb (raya keenam) tu bergegas ke airport. takut terlepas flight! itu pun nasib-nasib ada seat kosong. cuma kami terpaksa duduk separate.. dia duduk di depan. aku duduk di belakang! sobsobsob.
inilah reason kenapa nak balik awal! tradisi tiap-tiap tahun berconvoy raya.. dari rumah ke rumah.. wajib dibuat! itupun, ada yang tak sempat terpaksa continue hari lain.. I LOVE THEM SO MUCH! kawan sampai mati .. ingat tu! =)

raya ketujuh ... kenduri kat rumah my bro
pagi sabtu tu.. (25hb) - raya kelapan, i jadi inang untuk sati's solemnization. FYI, sati ni isteri kepada rakan sekerja encik suami.. tapi duduk kat seremban.
tema : padang pasir.. cuba teka mana saya? =p
 rakan-rakan seperjuangan mereka
kami
 then, sempatlah mereka singgah kejap kat rumah my mum.. thanks for coming everyone! 

malam tu my ex-schoolmate pula kahwin, zetty ozleen.. majlis bertemakan english garden.. very santai @ botanical garden, putrajaya..


so, how about you?
enjoy tak raya?
=)
 Assalamualaikum.

Happy Ramadan. Berakhir sudah my flashback about wedding. Now, jom kita ke persiapan raya pula. Sudah tentu ramai yang sedang berkira-kira tentang RAYA. nak beli baju apa, nak kuih apa, dan lain-lain lagi. ME? ala kadar je tahun ni. =)

so, tengahari tadi tak plan pun nak ke Jalan TAR. my mum tetiba ajak. so apa lagi. yeayyy..!! FYI, i nak juga tengok kehebatan baju Jovian Mandagie ni. Yela, tengok asyik sold out je. Why not dah alang-alang kat Jalan TAR, so marilah kita pergi tengok! hehe.

Jalan TAR jam 3pm tadi
antara baju Jovian RTW
this one I suka.. tapi dah tinggal 2 helai saja! 
this one Jova.. sold out! ini pun i jumpa kat fitting room!

and


and


and


and


dah alang-alang peminat setia JM, mestilah grab satu 
for my wardrobe collection
hihihi

i suka paperbag dia!! so creative



and 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
my Jovian Mandagie Ready To Wear (RTW) 

my Janiya

Thanks Mum
I love you so much
=)
Raya lambat lagi.

Tapi rata-rata tailor sudah mula menerima tempahan. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat!  

Saya? hehehe. tengah gelabah mencari design.. susahnya nak buat keputusan!!!  design yang tu saya nak, yang ni saya nak.. EH.. mana satu ni??? haa.. anda pula bagaimana? tahun ni tema apa? tempah kat mana? ehhh banyak pula soalan saya ni! hehehe.

Tahun ni juga tahun pertama saya beraya dengan encik H dan sudah tentulah kena fikir untuk dia sekali! hehehehe. Matching2 gitu! alah, baju lelaki simple je.. tak baju melayu johor, baju melayu pahang dan baju melayu apa pun boleh!!! tak ditelan dek zaman! senang bukan?

untuk raya tahun ni, saya dah kemukakan beberapa warna tema kat encik H, antaranya....

i) aqua green
ii)lavender
iii)sky blue
iv) dusty teal
v) light coral

dan, of course my favourite colour ... ivory white


untuk design pula, saya dah dapat beberapa design yang saya suka .. tapi sebelum tu minta maaflah sangat2..lupa nak save dari mana dapat gambar2 ni semua. hehehe. SORRY! (mana yg saya tak credit tu sorry tau! sumpah lupa!)

old time favourite! chiffon - jahit dengan lace/sulam+manik
dress dari Rizman Ruzaini 
kebaya pendek ni nampak sangat menawan!
design musim sekarang ke? ramai je buat bahagian leher macam ni!
meletup nyah!! mungkin ambil yg bahagian atas sahaja! 
kalau bawah pengsan! nak kahwin lagi kah?
design mcm ni pun saya suka jugak! (esp tang ribbon tu)
by FF Couture ... macam tak kena je dengan gaya ni
yang ni lawa juga. simple dan cantik
by Nurita Harith ..
by syara kim
i love this design but macam tak sesuai dengan saya je
baju Scha Al Yahya by Baharim ni pun cantik jugak!
sweet kan? especially bahagian ribbon tu
abaikan veil tu, tudung tu, dan kain panjang tu. 
ambil baju sahaja. OK TAK?
mungkin boleh ambil design dari bridesmaid dia ni! 
dari dulu sampai sekarang, baju Zery Zamry ini menjadi pujaan hati
putih bersih digayakan dengan bunga besar! 

banyak lagi design-design meletup dari pereka-pereka tempatan! i'm proud of them!!! baju diorang memang gah! duit saya je yang tak gah-gah! ($_$)

so, macamana? susah kan nak buat keputusan! tapi this year but hook or by crook, saya nak hantar kain awal! serik dah 3 tahun berturut-turut baju tak sempat siap! at last, kena pakai baju beli.. tak mahu lah macam tu.. dah la badan saya ni makin lama makin montel! confirm susah nak dapat size! 

anda tahu kat mana ada tailor yang affordable tetapi hasil jahitan mereka kemas dan cantik? berkongsilah dengan saya! email me : izzati_ghafur@yahoo.com
American Airliner Plane