SELAMATKAH AKTIVITI PARASAILING DI LANGKAWI?

By | 2/18/2015 05:01:00 pm 1 comment
Aku memang mudah percaya cakap orang. Kalau orang tu cakap tempat tu bahaya, memang aku percaya. Macam tu la gamaknya bila ke Langkawi baru-baru ni. Beberapa tahun lepas, aku terbaca pasal kes orang mati semasa sedang berparasailing di Pantai Cenang. Sejak dari hari tu memang trauma betul nak naik parasailing. Cuak wei.. Isk, isk.

Asal sebut parasailing je, mesti aku teringat artikel tu. Tapi bila ada itinerary kat dalam trip Langkawi baru-baru ni memang aku tak boleh menolak. Rugilah kan?? Lebih-lebih lagi aktiviti ni under NAAM Langkawi. NAAM Langkawi terkenal dengan aktiviti rich and exclusive di Langkawi. Kalau korang nak bercuti ala-ala datin atau dato' bolehlah contact diorang. Hahaha. 

Tapi untuk aktiviti parasailing, harganya masih affordable lagi. Safetynya 100% boleh dipercayai. NAAM lah katakan.. Memang korang wajib percaya kat diorang. Hehehe.

So, SELAMATKAH AKTIVITI PARASAILING DI LANGKAWI?

NAAM LANGKAWI

First sekali, lokasi aktiviti parasailing under NAAM ni adalah di Pantai Tanjung Rhu, jauh dari kesibukan pelancong berbanding di Pantai Cenang. Lokasi di sini sangat privasi dan memang mudah untuk diorang fokus kat pelanggannya. 

Toilet RM2 (bersih dan selesa)

Sebelum melakukan aktiviti air, tak kiralah parasailing ke, banana boat ke atau jet-ski, korang wajib dengar taklimat keselamatan dan juga mengisi borang. Ini wajib!!

Ruang Menunggu
Isi Borang

Dah bayar dan isi borang, jom dengar taklimat parasailing pula. Sangat berbeza dengan tempat lain, aku suka perkhidmatan pelanggan kat NAAM Langkawi ni. Diorang sangat menitikberatkan soal keselesaan dan keselamatan pelanggan. Thumbs up!! Bermula dengan meet and greet, then bayar, naik, and blablabla. Memang salute lah!! Friendly betul.

Pantai Tanjung Rhu
Inilah Tali Parasailing
Taklimat Keselamatan Parasailing

Sampai-sampai je kat lokasi, diorang bagi refreshing towel, kemudian ada pelayan datang dengan variasi air yang boleh korang pilih. Semua ni dah termasuk dalam pakej. Wah, bagus gila. Lebih-lebih lagi matahari tengah mencanak time tu. Memang semua ni sangat-sangat diperlukan. 

Ambil Banyak Pun Takpe.. Free Flow!
Tanggalkan Kasut/Selipar Di Pantai
Bergambar Dulu Dengan Jaket NAAM Langkawi

Dari pantai kitorang naik bot kecil untuk ke bot parasailing. Satu bot kecil ni muat dalam 10-15 orang. Jangan lupa dapatkan jaket keselamatan kat pantai sebelum menaiki bot.

Muka Tak Sabar

Aku ada juga bertanya punca kematian warga arab kat Pantai Cenang tu. Kata mereka, kalau di Pantai Cenang, aktiviti parasailing bermula dari tepi pantai. Korang kena berlari dan fly. Which is lagi bahaya compare dengan parasailing under NAAM Langkawi ni.

Itulah Bot Parasailing.. Berdebar!!

Ini adalah kali pertama aku melakukan aktiviti parasailing ni. Sejujurnya memang cuak gila. Tambahan lagi dengan berita negatif tu, lagilah aku cuak. Huh! Tapi berkali-kali ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain. You can do it Tatie!!! Hahahaha.

Turn By Turn
Dibantu Oleh Pekerja NAAM Langkawi
Terbang.. Weeeee
'Celup Air' By Request Only
Ini Pula Bila Aku Naik .. Hahahaha. 

First time naik, cuak. Bila dah naik terus rasa nak naik lagi. Tak terasa langsung lah, tup tup dah sampai atas. Dari atas boleh menikmati panorama di sekitar Tanjung Rhu. Aku bertuah sebab dapat naik dua kali. Hahaha. Disebabkan group lelaki terlebih berat, si Shahril kena naik sorang-sorang. Maka, aku dan Eli pun naiklah untuk kali kedua. Huahuahua. 

Kali kedua ni, aku beranilah bawa handphone naik atas. Digenggam handphone tu erat-erat takut terjatuh ke bawah. Memang kerja gila wei. Tapi nak merasa selfie kat atas, terpaksalah abaikan perasaan negatif tu. Korang cubalah. Mengigil-gigil? Tu pasti!! Hahaha.

Selfie Di Atas

Nampak Rendah Sebenarnya Tinggi Gila
Pulau-Pulau Di Sekitar Tanjung Rhu

Aktiviti parasailing di Langkawi sangat berbaloi sebab kat sekitar kawasan ni banyak pulau-pulau yang cantik. Kalau ada gopro silalah bawa. Aku nak cepat punya pasal, gopro dengan monopod pun tertinggal kat rumah. Menyesal betul.

 
Blogger Fuad Layan Feeling Nampak?? Hahaha
Refreshing Towel

Berapa harga parasailing di Langkawi??


Masa nak ke tandas, terserempak pula dengan selebriti Siti Saleha. Apa lagi, ajaklah bergambar sama-sama. Jelesnya dengan Sally, kulit maintain putih dan berseri walaupun dah berhari-hari menghadap matahari. 


Kenangan Dengan Siti Saleha

Video Parasailing NAAM Langkawi




Untuk info lanjut bolehlah layari website NAAM Langkawi :

Booth NAAM Langkawi ni pun ada di luar pintu arrival Langkawi International Airport. Dari 10 bintang, aku bagi 9 bintang kat NAAM Langkawi ni. Aku suka gila servis yang diberikan. Tiptop! 

________________________________________________________

Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. we also did para-sailing at langkawi ,

    http://30andon.blogspot.com/2015/05/para-sailing-at-langkawi.html

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane