RESTORAN EKSOTIK LEMBAH BERNAM HJ JAAFAR

By | 12/14/2013 12:15:00 pm 17 comments
RESTORAN EKSOTIK DI SELANGOR | Hai semua. Selamat berhujung minggu. Hari ni buat apa? Saya tahu ada di antara anda yang pergi Malaysian Bloggers Assemble di MIECC kan? Ada juga yang mengambil kesempatan menghabiskan masa dengan keluarga, sahabat dan kekasih. Tapi, apa-apahal dulu, jangan lupa isi perut ya. Penting!

Cakap pasal 'isi perut' ni atau senang cerita MAKAN... Pernahkah anda cuba makanan eksotik seperti landak dan rusa? Mungkin ada sesetengah pihak menganggap landak adalah sesuatu yang menggelikan. Tapi tahukah anda, daging landak dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah dalam badan manusia?


Jom pakat pergi hujung minggu ni

RESTORAN LEMBAH BERNAM HJ JAAFAR

Ratings :
Food : 5/5
Service : 4/5
Cleanliness 4/5
Current Visit : 7/12/2013

100% Halal

Baru-baru ini, saya dijemput menyertai Program Tourism Selangor ke Sekinchan bersama pelakon Talha Harith, Kay AF9 dan YB Sekinchan, Ng Suee Lim. Dalam lawatan itu, kami sempat menjamu selera di Restoran Lembah Bernam Haji Jaafar yang terletak di Sekinchan.

Restoran ini bukanlah sebuah restoran yang baru. Malah, restoran ini semakin dikenali dari hari ke hari kerana hidangannya yang eksotik seperti landak, rusa, belut, ikan puyu, ikan baung dan banyak lagi. Malah, ada yang sanggup ke sini walaupun rumah mereka jauh berbatu-batu.

persekitaran yang bersih

harga yang berpatutan

anda boleh memilih untuk dihidang atau layan diri


nak order sesuatu yang manis? kat sini pun ada
sedia menerima tempahan

kerepek-kerepek juga turut dijual

jagung yang fresh dan murah

suasana di sini

team media dan selebriti

WARNING :
sila jangan view gambar di bawah ini jika anda sedang berpuasa

HE HE HE HE

my favourite

tapai kat sini agak berlainan
rasa dan warnanya juga agak kekuningan

Seterusnya, jom lihat apa yang kami makan petang tu ... 

Kenyang ... ini untuk kami bertiga

ulam-ulaman

Sambal belacan dan tempoyak
sangat sedap

udang galah masak cili

rendang landak

ikan baung masak lemak

ayam kampung goreng

kari rusa

ikan keli goreng

Paling teruja bila YB Sekinchan, Ng Suee Lim senduk nasi ke pinggang setiap seorang daripada kami. Ini bukan promosi parti tau. Ini acara santai pelancongan. Tolak ketepi politik.. Jangan salah faham!! YB pun tak cerita langsung pasal politik. Banyak pasal Gangnam Style dia. Hahaha.

thanks YB

dessert yang sungguh menyelerakan


Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini seperti tempat basuh tangan, surau, bilik air dan bilik mandi. Jangan risau, semuanya bersih dan selesa.

Surau

Luas dan selesa

Thanks YB Sekinchan sebab belanja kami

ladang jagung terletak bersebelahan dengan restoran ini


Nak tahu kat mana???

Restoran Lembah Bernam Hj Jaafar
Parit 9, Sungai Leman,
Sekinchan Selangor.


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...
#FOODTOURISM #VMY2014 #TMM2014

Newer Post Older Post Home

17 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane