The Hobbit : The Desolation of Smaug's review

By | 12/11/2013 02:27:00 am 10 comments
Terima kasih Nuffnang. Sekali lagi saya berpeluang untuk menonton Nuffnang Premiere Screening. Kali ni agak special kerana ia bertempat di Imax 3D TGV Sunway Pyramid. Panggung yang luas, imej yang umph, dan paling best, tentulah the moment semasa menonton bersama bloggers lain. hihihihi...

The Hobbit diadaptasikan daripada novel fantasi yang dikarang oleh J.R.R Tolkien. Saya percaya ramai yang dah menonton The Hobbit : An Unexpected Journey sebelum ini dan The Hobbit : The Desolation of Smaug adalah sambungan daripada siri pertama.

as usual,line Nuffnang, Churp2 and another one saya lupa apa.

Desolation, atau terjemahan dalam bahasa Melayu bermaksud kemusnahan. Jika sebelum ini, Bilbo Baggins, Wizard Gandalf dan 13 orang dwarfs terlepas daripada bloodthirsty orc, tetapi dalam The Desolation of Smaug ini mereka terpaksa berdepan dengan labah-labah besar, Mirkwood elves, dan last sekali, terpaksa bertarung dengan seekor naga Smaug untuk menuntut Erebor sebagai tanah milik mereka. Siri kedua ini lebih banyak scene action berbanding siri pertama dahulu. Nak tahu selanjutnya?? Kenalah tonton di panggung wayang berhampiran anda. :)



Thanks Nuffnang

Dalam siri kedua ini, terdapat watak baru seperti Luke Evans' Bard the Bowman, Evangeline Lilly's Elf Warrior Tauriel dan paling teruja apabila pelakon Orlando Bloom yang memainkan watak sebagai Legolas dalam Jackson's "The Lord of the Rings" turut serta dalam The Desolation of Smaug untuk memberi gambaran jelas mengenai peranan Elf King Thranduil sebagai bapanya. Bagaimana pun cerita ini tergantung dan akan bersambung di siri seterusnya, The Hobbit : There and Back Again yang akan ditayangkan pada penghujung tahun hadapan.

Duration filem ini adalah 2 jam 45 minit dan mula ditayangkan di panggung wayang berhampiran anda pada 12 Disember ini. Selamat Menonton!!!

Trailer:




Newer Post Older Post Home

10 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane