HARGA MASUK I-CITY SHAH ALAM | Dah lama saya tak ke sini. Seingat saya, masa belajar di semester 4 kat UITM dulu dan masa tu, Icity masih lagi baru dengan kadar masuk RM2/parking dan hanya ada lampu sahaja. Tapi kini, I-city dah berubah. Semakin banyak attraction yang dibina dan dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Bandar Anggerik ini.
Dan semasa trip Sahabat Media SMCC1M ke Hulu Selangor yang lepas, kami turut singgah ke I-city Shah Alam. Dah lama dah rasa nak ke sini, tapi dek kesuntukan masa.. selalu sahaja cancel last minute. Tapi bila trip sahabat media ke sana, mana boleh lepaskan peluang.. ye dop? dah la free, boleh masuk semua tempat pula tu. Tapi sayang, saya terlupa nak ke Trick Art Museum. hurmm. Nampak sangat alasan untuk ke sana balik kan? haha.
Terlebih dahulu, terima kasih Santai Travel, Tourism Malaysia dan I-city kerana menaja sahabat media ke sini. Dahla dapat ke sini, dapat pula free dua voucher ke water world dan voucher tu selamat saya guna semalam. Selanjutnya, saya ceritakan kat bawah ini.. (habislah korang.. entry panjang lebar).
kata-kata aluan dan pengenalan terhadap I-city
Kat I-city ni terdapat beberapa attraction seperti :
- Red Carpet Wax Museum
- WaterWorld
- Trick Art Museum
- City Of Digital Lights
- Fun World
- Snowalk
- House Of Horror
- 5D Theatre
- City Walk
kehebatan, keriangan dan keseronokan
RED CARPET WAX MUSEUM
Harga Masuk Muzium Patung Lilin I-City Shah Alam
normal rate : adult (RM50) child/senior (rm35)
mycard rate : adult (RM35) child/senior (rm30)
Kadangkala tak semua antara kita mampu untuk ke sesuatu tempat. Ada kalanya, kita hanya mendengar kawan bercerita tentang pengalaman mereka ke sesuatu tempat contohnya, Madame Tussauds. Sambil telan air liur, dalam hati berkata.."bilalah aku nak ke sana.. asyik dengar si Milah ni bercerita je...Haih".
Kini, impian anda untuk melihat sendiri betapa uniknya patung lilin tercapai apabila I-city Shah Alam membuka sebuah patung lilin, iaitu Red Carpet Wax Museum yang menempatkan 100 patung lilin seperti Angelina Jolie, Mr Bean, Barack Obama, Bruce Lee dan banyak lagi. Feeling-feeling artis berjalan kat red carpet sesuatu yang marvellous dan ohsemmm. | Patung Lilin di I-City Shah Alam.
Menariknya kat sini, anda juga berpeluang untuk bergambar bersama bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman. Jadi jangan lepaskan peluang. Teruja ai tau!
tokoh-tokoh sukan terkenal seperti David Schumacher, dll pun ada
tokoh-tokoh politik seperti Kofi Annan & lln pun ada juga
benda ni supposedly bergerak-gerak.. tapi masa kami pergi tu
still dalam proses pengujian lagi
tokoh-tokoh World Guinness Records pun ada
macam kenal je.. macam comel je
bapa kemerdekaan negara pun ada
HOUSE OF HORROR
Harga Masuk Rumah Hantu I-City Shah Alam
normal rate : adult (RM30) child/senior (rm25)
mycard rate : adult (RM25) child/senior (rm20)
Sukakan sesuatu yang seram? mistik? misteri? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. House Of Horror I-City Shah Alam yang terletak bersebelahan Red Carpet Wax Museum juga tidak kurang hebatnya. Mereka menggunakan teknologi 3D dan terdapat 6 bahagian yang pastinya akan memberikan pengalaman yang luar biasa untuk anda.
Saya tak dapat mengambil banyak gambar di dalam House Of Horror I-City Shah Alam ini. Tapi jangan khuatir, bukan sebab mereka tak kasi, tapi sebab asyik terkejut-terkejut sampai lupa nak ambil gambar. HAhaHA. *padahal takut dan tutup mata sepanjang lalu masuk.. kahkahkah* | Rumah hantu I-City Shah Alam.
SNOWALK
Harga Masuk Rumah Salji I-City Shah Alam
Sebelum 6pm : adult (rm25) child (rm20)
Selepas 6pm : adult (rm35) child (rm30)
Berbeza dengan 'snow world' lain yang terdapat di negara kita ni, Snowalk I-city ni menjanjikan satu kelainan buat anda. Snowalk I-City Shah Alam ini adalah rumah salji buatan yang terbesar di Malaysia.
Kat dalam ni, terdapat igloo, rumah-rumah salji, slide, mini-bobsled run, snowmen, ice penguins dan banyak lagi. Winter jacket diberi sewa percuma, tetapi saya galakkan anda pakai kasut siap-siap dari rumah. Kalau tak mungkin anda terpaksa menyewa kasut berharga RM10/sepasang.| rumah salji I-City Shah Alam.
if taknak sewa kasut, bersejuklah macam saya...grrr
(tapi bahaya boleh terkena frostbite kalau lama-lama sangat)
Waterworld
Harga Masuk Waterworld I-City Shah Alam
Isnin - Jumaat : adult (rm40) child (rm40)
Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah : adult (rm30) child (rm40)
Antara yang paling menjadi tumpuan pengujung adalah Waterworld. Bayaran serendah RM30-RM40, anda boleh mandi sepuas-puasnya dan mencuba beberapa tarikan seperti slide dan lain-lain.
Selain itu, pengunaan pelampung tiub juga adalah percuma. WOW!!! best dan murah. Cuma, anda tidak dibenarkan bawa masuk makanan dari luar. Jadi, siap-siap bawa duit lebih. OKAY? | Taman Tema Air I-City Shah Alam.
tengok video di bawah ini :
bestkan? semua tempat dalam satu kawasan. anda hanya perlu nikmati
keseronokan tanpa batasan bersama mereka yang tersayang. SEGALANYA ADA DI
I-CITY SHAH ALAM
Peta I-city
P/S: Semua harga-harga di atas tertakluk pada tarik semasa,
mungkin berubah mengikut musim dan promosi.
perghhh... best nyer. slalu pegi waktu malam je
ReplyDeleteactually malam lagi best.. dengan lampu warna warni
Deletewah, mesti menarik je kan :)
Deletefollow follow
ReplyDeletejom jom :)
Deletebestny!
Deletetgk je pon dah jatuh cinta :)
ReplyDeletejatuh cinta kat mana? water world? snowalk? atau patung mr bean? haha
Deletedah pegi tapi hanya masuk 3D muzium je..nxt time kna pegi lagi
ReplyDeletewah, mest seronok kan.. next time boleh try aktvti lain pla ;)
Deleteamboi mr bean, cmel sungguh :)
ReplyDelete& best ny byk aktiviti
Delete: )
ReplyDeletebest best best
ReplyDeleteI-city makin diupgrade walaupun haritu kena sabotaj..
ReplyDeleteNak kena try semua yg ada nanti..
ReplyDeletebetul2, rugi kalau tak try :)
Deletenampak seronok i city ni, next time nak pegi jg :)
ReplyDelete