Pernahkah anda terfikir, kehidupan yang jauh dari kesibukan kota? Sambil hirup udara segar, cuci mata dengan keindahan banjaran Titiwangsa dan berlari-lari anak di tepi sungai yang jernih? Segalanya ada di Teratak Riverview Resort, Ulu Bernam.
Maps to Teratak Riverview Resort
Teratak Riverview Resort adalah sebuah eco-resort yang mula beroperasi sejak beberapa tahun lepas, kini semakin berkembang dan dikenali ramai. Siapa sangka, di sebalik ladang kelapa sawit dan durian, terdapat sebuah sungai yang terbentang indah dan dibelakangnya terletak sebuah banjaran yang cantik? Ibarat sebuah lukisan yang sering dilukis oleh adik-adik. Ada gunung, ada sungai, ada rumah dan ada pokok. COMPLETE. Ternganga mulut ni bila sampai kat sana. Fuyooo!! Sebijik macam apa yang saya selalu lukis masa zaman sekolah rendah dulu..
pemandangan pagi yang sangat mengasyikkan
Terima kasih Tourism Malaysia dan Santai Travel. Sekali lagi saya dipelawa untuk mengikuti lawatan Sahabat Media Cuti-cuti Satu Malaysia. Trip kali ini kami ke Hulu Selangor. Ada apa kat Hulu Selangor? Haaaaa, ni kak bedah nak bercerita. hahaha..
Pada mulanya, aku agak ragu-ragu nak pergi ke tak nak.. Memandangkan itinerary trip agak berbeza dengan sebelum ini. Hurm. Kecik besar, kecik besar mata ni tengok itinerary tu. Haih.
road to Teratak.
kenderaan khas disediakan untuk ke Teratak Riverview Resort ini
perjalanan kami bermula
misteri di sebalik ladang kelapa sawit
menyusuri jambatan Sungai Bernam
dan akhirnya sampai juga ke destinasi..
FUHHH, lega.
Sebaik sahaja sampai, kelunya lidah.. tak boleh nak cakaplah betapa cantiknya tempat ni. Tapi sayang, lokasi dia jauh ke dalam membuatkan ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini. But in the other way, saya rasa baguslah dia jauh ke dalam senang nak maintain kebersihan dan keindahan yang sedia ada.
bertingkek-tingkek
untuk info mengenai harga, boleh click sini : HARGA
sungai yang memisahkan negeri Perak dan Selangor
Actually banyak aktiviti yang dirancang pada hari first tu. Tapi faham-fahamlah, time hujan camni, takde siapa pun berani cecah kaki kat sungai.. lebih-lebih lagi bila hujan lebat. oh ye, lupa pula pasal bilik kan?
Kat sini, anda boleh pilih. Nak sewa khemah ke, nak duduk asrama yang disediakan ke or nak menginap di chalet. Semuanya bergantung kat bajet anda. Apa yang pasti semuanya menjanjikan satu pengalaman yang indah yang anda takkan dapat kat tempat lain.
Untuk pengetahuan anda, saya dan Ain dapat chalet di tingkat yang paling atas. Jenuh jugaklah kami nak tarik bag untuk sampai ke atas. Tapi berbaloi-baloi bila sampai kat chalet. Kat tingkat atas ni, anda boleh nampak pemandangan banjaran titiwangsa dengan lebih jelas. Ish, susahlah nak cerita kat blog.. Anda kena pergi sini dan rasai pengalaman ini dengan sendiri. Sumpah takkan menyesal.. hihi
persekitaran di luar bilik
cuba teka mana satu bilik kami?
inilah bilik kami .. pstt bilik air dalam bilik tau.
Jenis Penginapan :
chalet
Bilangan bilik :
1 bilik attached dengan bilik air sekali
Keselesaan :
3/5
Kebersihan:
4/5
Keluasan :
3/5
Keadaan kat sini sangat tenang. Kalau malam, jangan cakaplah, sejuk dan nyaman. So, kalau serabut kat kota tu, AYUH KE SINI...
Selain dari merehatkan minda, anda juga berpeluang untuk cuba beberapa aktiviti yang disediakan kat sini.
Seperti ....
meniti Jambatan Gantung
water tubing
meniti sungai
(eh ni selepas water tubing. kahkah)
4x4 water river crossing
abang sham dari MHI TV3
kami excited nak try flying fox..
psssttt.. yang kat sebelah saya tu blogger pemes, Nisa Kay
(visit her blog : Nisa Kay)
dan BANYAK LAGI BENDA YANG BOLEH ANDA CUBA.
paintball, jungle trekking , rentas halangan, night walk, dan banyak lagi.
hey Mawardi jogging ke?
dan nak tahu, apa yang paling best sepanjang kami kat sini??
ce teka ..
ce teka ..
TEKALAH..... !!!
.
.
.
.
.
DURIANNNNNNNN !!!
OMG , OMG, OMG
makan puas-puas..
satu bakul ... YUMS!
tengok durian tu.. menggoda tak?
amboi Ain.. siang-siang dah ketepikan durian eh?
p/s : thanks Ain sebab sudi share beberapa gambar.
Chacha Maembong, Melia Aimielia, Rayndra Putra (kump VIP) dan
Iqwal pun turut serta Program Tourism ini.
masing-masing sedih nak balik
sesuatu yang berbeza bukan? hehe.
Rindunya Teratak Riverview Resort. Saya dah pergi, anda pula bila?
Hubungi mereka sekarang !!
Hakim : 0135335033
Hanah : 0195115033
atau email :
teratakriverview@yahoo.com
Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...
thanks a lot for the information provided
ReplyDeletetq kak tatie :)
Deletemenarik.... menarik,...
ReplyDeletecantik view wif fresh air..
ReplyDeletekan. cantik je view, nampak sangat menenangkan :)
Deleteback to nature! cool :)
ReplyDeleteBestnya. Tempat yg menenangkan..
ReplyDeleteenvironment pun nampak calming je.
DeleteDekat dengan sungai. Mesti sejuka ja kan. :)
Delete:)
Deleteaah :)
Delete: )
ReplyDelete