BUFFET LUNCH AT HARBOUR CAFE TRADERS HOTEL JOHOR

By | 10/05/2014 02:30:00 pm 7 comments
Dengan perasaan sengaja, kali ini aku nak buat korang terliur dengan kelazatan makanan yang terdapat di Harbour Cafe, Traders Hotel Johor Bahru. Hahaha. *evil laugh*

Harbour Cafe

Bukan setakat korang je yang terliur, dengan aku sekali terliur. Adeh, sedap wei. Nak pergi jauh pula. Tapi mana tahu kot-kot korang ada perancangan untuk ke Johor Bahru pada musim cuti sekolah akan datang. Bolehlah singgah makan tengahari di Traders Hotel Johor ni.

Actually ni sebahagian dari trip Sahabat Media ke Johor Bahru bulan Ogos lepas. Tapi tiba-tiba tekak mendambakan makanan-makanan sedap. Maka, teringatlah kat Harbour Cafe Traders Hotel Johor ni. 

Tapi masa kunjungan aku ke sana, aku mendapati ramai warga Singaporean singgah sini untuk makan. Mungkin sebab lokasi Traders Hotel ni berdekatan dengan jambatan Tuas yang menghubungkan Singapore dan Johor. 


Makanan-makanan yang diorang sajikan memang cukup enak. Terdapat pelbagai pilihan makanan dari western, mee-mee, salad, Indian food, Chinese food sampailah ke dessert dan macam-macam lagi. Rambang mata wei. Tetiba jadi tamak. Semua benda aku nak makan. 

Laparnya bila tengok balik makanan-makanan kat Harbour Cafe ni. T_T


Yang paling WAJIB try kat  Harbour Cafe :


Alhamdulillah. Aku dapat merasai keenakan makanan yang terdapat di Harbour Cafe ni. Terima kasih Santai Travel Magazine dan Tourism Johor. Next, nak try stay sini pula lah. Hehehe. =)


Gendang Gendut Tali Kecapi, Tatie Kenyang Suka Hati

Harga Buffet Harbour Cafe Traders Hotel
RM78 (dewasa)

Traders Hotel Puteri Harbour
Nusajaya, Johor Bahru

No Telefon
07 560 8888


Newer Post Older Post Home

7 comments:

  1. mata tengok, perut cakap makan makan lagi lagi

    ReplyDelete
  2. Wow...awesome. ..x leh thn tgok mknn tu semua...harga pun reasonable utk buffet....mkn sampai meletup perut

    ReplyDelete
  3. dessert semuanya nampak best :-)

    ReplyDelete
  4. Lapar pulak tengok gambar makanan diatas ni. Haha

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane