Kami sampai hotel around 9 pagi macam tu. Tapi masih belum boleh check-in. Nak check-in kena tunggu 11 pagi baru boleh. Then, Rasyiqah suggest jalan-jalan area pantai Ao Nang sementara tunggu jam 11 pagi. Hurm. Idea menarik!
"Eh, jap. Nak jalan?", bisik hatiku.
Terus aku cadangkan untuk sewa motosikal di hari pertama kami di Krabi. Apa salahnya jika hari pertama sewa motosikal dahulu, pusing-pusing Krabi dan mengenali Krabi dulu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Ewah! Bukan kekwat, rasanya kalau sewa motosikal tu at least bolehlah pergi jauh sedikit berbanding jalan kaki. Biarpun kami berdua tak tahu nak pergi mana, tapi redah sahajalah.
Harga sewa motosikal di Krabi adalah 250 baht/sehari (kalau sewa di hotel kami) dan tungganglah ke mana sahaja anda nak pergi. Ada sekali tu, kami sampai rasa nak ke Phuket terus (Phuket-Krabi takdelah jauh mana pun), tapi memandangkan kami fikir naik motor??? Terus cancel. Hahaha.
nasib hotel kami ada khidmat sewa motosikal
Seterusnya, misi mencari stesen minyak. Ini rare! Kami tak perasan stesen minyak berdekatan dengan hotel, sehinggalah terjumpa ini...
satu-satunya pam minyak di tepi jalan
Yang RARE adalah cara nak isi minyak. Tiada satu pun ayat Inggeris kecuali danger & inter pump. Selebihnya tulisan Thai. Terpaksalah kami minta bantuan orang. Memang pelik pam minyak ni. Dahlah self-service, satu-satunya yang terpacak di tepi jalan, lepas tu tempat masukkan duit kat atas.
Lepas tu, bila dah masuk duit, ada pula muzik. Hahaha. Pelikkan? Unik dan rare. Tapi salute sebab kat Malaysia belum ada benda ni lagi (kalau ada pun guna kad kredit/debit). Kalau ada seperti ni mudahlah, tak perlu berjalan untuk bayar minyak. Bayar kat mesin tu sahaja.
need taxi?
Kemudian, kami berdua jalan-jalan sekitar Ao Nang sehinggalah kami teringat pasal Fazreen and the geng. Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya trip ke Krabi ni meriah. Kami ingatkan kami berdua sahaja, rupa-rupanya tidak. Secara kebetulan, Fazreen and the geng pun ada di sini. Sama flight dengan kami cuma menginap di hotel lain dan sepatutnya Emmie dan suami pun turut serta. Tapi last minute cancel akibat hal-hal dalaman.
Teruslah kami ke hotel Fazreen dan pujuk mereka sewa motor sekali. Hahaha. Bertambah meriahlah percutian kami dari dua orang jadi sepuluh orang. Alhamdulillah, seronok!
merempit di Krabi
konvoi cari makan
Pantai Ao Nang Krabi Thailand
cak!!
Memandangkan Fazreen and the geng pun senasib seperti kami, tak boleh check-in, terus kami decide nak isi perut terlebih dahulu. Percaya atau tidak, sepuluh antara kami, tiada seorang pun pernah ke Krabi sebelum ni. Maka, terdapatlah konflik di situ. Nasiblah ada di antara kami, dah buat research pasal Krabi terlebih dahulu. Me? Tak sempat nak buat research dan yang I tahu Krabi senang cari makanan halal. Hahaha.
berhadapan dengan Pantai Ao Nang
Pelik sungguh Krabi, selang 6-7 kedai pasti ada farmasi. Kenapa eh?
motosikal di mana-mana
Seperti yang saya bagitahu sebelum ini, Ao Nang ni adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Daerah Mueang Krabi. Jadi, kalau jalan kaki boleh, naik tuk-tuk boleh, naik mini lori aka teksi pun boleh dan sewa motor pun boleh. Ikut suka hati anda.
kawasan cantik untuk camwhore
mini lori
Next, salah seorang daripada kami cadangkan untuk singgah makan di gerai tepi jalan or sinonim dengan nama 'gerai cucuk-cucuk'. Katanya, tak sah ke Krabi jika tak singgah sini. Kalau ikut blog-blog yang kami baca, rata-ratanya pun suggest makan di sini. JOM, kita terjah!
sapedek di tepi jalan
kata mereka ulam, kata anda??
nasi goreng ayam
Paling wajib anda cuba adalah JUS. MasyaAllah, terujanya bila dapat pekena jus ni. Sedap gila! Pure jus. Takde campur-campur. Boleh bayangkan betapa sedapnya jus ini. Lebih-lebih lagi Thailand terkenal dengan kelazatan mangganya. Jadi, jika ke sini singgahlah gerai yang ada jual jus ni. Memang sedap! Tak rugi beli banyak kali. Selain tu, adalah beberapa jus lain seperti nenas, kelapa, oren dan banyak lagi.
terbaik! - 30 baht
mangga.. ini harus!
Antara lain yang best di sini adalah Pancake. Kalau Portobello Road di London, saya selalu sarankan pelancong cuba Nutella Crepe yang menjadi trademark kat sana, tetapi di Krabi, anda wajib cuba Pancake di sini. Mungkin sedikit berminyak, tetapi kerangupannya menjadi ketagihan untuk membeli pancake lagi dan lagi.
Memula kami tak tahu pun pancake ni adalah makanan special di Krabi, sehinggalah ramai yang suggest di Instagram kami untuk cuba Pancake Rotee Yaminlah Krabi. Sedap sangat ke sampai orang Malaysia dok bercakap pasal pancake ni?
pancake famous di Krabi
Cashew Nuts Pancake
Banana Cheese Pancake
Hasilnya, NOT BAD. Sedap!
Dan banyak lagi gerai kat sini yang anda boleh singgah. Tapi pastikan ada logo HALAL ye sebab ada sesetengah tiada logo. Hehehe..
ikan keli pandan?
cucuk-cucuk bak kata Fazreen
Perut pun dah kenyang, seterusnya... kita ronggeng sekitar Ao Nang. Kat sinilah timbulnya idea gila nak meronggeng ke Phuket, tapi ada bantahan sebab takut besok tak bangun pagi dek kerana sakit belakang melampau. Hahaha.
kami di Krabi
The best place adalah di The Hilltop. Perghhh, wajib pergi! Dari atas ni, anda boleh nampak view menarik dari puncak bukit. Kat sini juga terdapat restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan. Bagi pasangan yang sedang mood cinta cintun honeymoon, kat sini terdapat pakej makan malam romantik sambil menyaksikan sunset.
nampak tak ada dua couple kat hujung tu?
pemandangan senja
hati Syiqah tertinggal di Krabi.. katanyaaa.
'KAMI'
Sebelum pulang ke hotel, sempatlah menjamu selera di restoran berdekatan. Tak lengkap percutian anda, kalau tak pekena tomyam dan makanan-makanan lain jika ke Thailand. Jangan tak tahu, masakan Thai sedap-sedap tau. Lebih-lebih lagi jika tukang masak tu original from Thailand, memang terbaiklah.
pilihan kami
segar dari laut
besar gila udang ni
dinner time
sotong masak steam
tomyam
yang lain-lain dah selamat dimakan. Alhamdulillah.
my travel partner, Rasyiqah
Terima kasih Rasyiqah sebab sudi jadi penunggang motosikal. Tanpa Rasyiqah, tak mungkin saya jadi pembonceng. Hahaha. Bagi yang nak sewa motosikal kat Krabi, saya sokong 100%. Pengalaman menarik dan jangan lupa ambil map sebagai panduan. Takde map pakai waze pun boleh. Hehehe.
Kat Krabi ni, nak pakai topi keledar boleh, tak nak pakai pun boleh. Tapi disebabkan Rasyiqah tak confident nak bawa kat sini, terpaksalah saya pakai topi keledar. Hahaha. Mengenai isi minyak pula, kami isi minyak full tank/rm8. Murah ke tidak entahlah. saya tak bawa motor. Tapi sebenarnya jika anda isi half tank pun dah cukup. Bukan pergi mana pun. Pendek kata, semuanya terletak di tangan anda. Selamat bercuti!